Pag tadi, tujuh orang pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang di Shah Alam mengadu sakit tekak dan sesak nafas. Memetik laporan Bernama, Pengetua sekolah, Lin Peck Poh berkata beliau mengesyaki kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi itu berpunca daripada kebocoran gas ammonia kilang ais yang terletak bersebelahan dengan sekolah tersebut. Menurut Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim, empat daripada pelajar berkenaan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang manakala bakinya termasuk guru dihantar ke Hospital Shah Alam. “Kesemua mereka kini berada dalam keadaan stabil.” Manakala memetik laporan Kosmo, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, hasil pemeriksaan mendapati bacaan di dalam kilang di kawasan mesin adalah 200 part per milion (PPM) manakala bacaan di luar kawasan kilang adalah normal. "Kejadian tersebut dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemilik kilang tersebut membaiki sepenuhnya lima tangki yang menyalurkan gas amonia ke mesin memproses ais." "Kini anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja menyahcemar kuantiti gas amonia di dalam kawasan kebocoran tersebut." Berikutan kejadian itu, sesi persekolahan di sekolah itu terpaksa dibatalkan.- CARI |
24
Bagus |
29
Marah |
22
Terkejut |
29
Sedih |
42
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT