Sesiapa yang suka makan mi segera namun inginkan resipi yang lebih berkhasiat dan pedas mengancam bolehlah cuba buat Maggi goeng ala Thai ini.
Bahan-bahan : Mee maggi(celur) Cili padi Bawang merah Bawang putih Udang (ditumis dahulu) Sotong (ditumis dahulu) Sos tiram maggi Sebiji Limau Nipis Sebiji kiub ikan bilis maggi Daun limau purut (dihiris) Daun ketumbar Serbuk cili
Cara-cara: 1. Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama cili padi 2. Goreng bahan tumbuk tadi sebentar kemudian masukkan sebiji kiub ikan bilis. Kacau rata. 3. Masukkan sos tiram secukup rasa kemudian masukkan daun limau purut. 4. Perah limau nipis ke dalam kuali. 5. Kemudian masukkan udang dan sotong yang telah ditumis. 6. Masukkan maggi diikuti daun ketumbar dan serbuk cili. 7. Gaul sebati. 8. Siap untuk dihidangkan. Ringkas sahaja resipi ini namun ia boleh dinikmati beramai-ramai, bersama keluarga atau sahabat handai. Cubalah buat sendiri! -CARI
|
26
Bagus |
29
Marah |
31
Terkejut |
15
Sedih |
20
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT