Akibat beban hutang, seorang peguam berbangsa Cina bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat 9 dari kediamannya yang terletak di sebuah apartmen di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pagi kelmarin.
Memetik laporan Kosmo, lelaki berusia 45 tahun itu ditemui berlumuran darah tertiarap dengan kepalanya pecah dan luka pada anggota badan di atas jalan dalam apartmen tersebut. Menurut Ketua polis Sentul ACP R Munusamy, sepucuk nota yang tertulis 'please call my son and my daughter' berserta nombor telefon dan alamat rumah anak perempuannya ditemui dalam gengaman tangan mangsa. Anak mangsa kemudian bergegas ke lokasi kejadian setelah dihubungi pihak polis dan dilaporkan menangis sekuat-kuatnya apabila melihat mayat bapanya.
Menurut anak perempuan mangsa, bapanya berdepan bebanan hutang berikuatn masalah dalam urusan perniagaan. Sehari sebelum kejadian tersebut, bapanya pernah menyatakan berniat bunuh diri, tanpa disangka-sangkakan bapanya betul-betul melakukannya. Tambah Munusamy, pemeriksaan di rumah mangsa juga menemui nota bunuh diri yang disahkan anaknya bahawa tulisan tangan di nota itu adalah daripada mangsa. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.- CARI
|
45
Bagus |
52
Marah |
40
Terkejut |
35
Sedih |
35
Lawak |
48
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chazey replied at 19-8-2018 11:35 AM
Terjatuh terjatuh.
Tulis ja bunuh diri takleh ka?
kechikchomel replied at 19-8-2018 07:21 PM
Ayah dgn anak tinggal asing?
Pink_Purple replied at 19-8-2018 07:30 PM
peguam banyak hutang
mjla replied at 19-8-2018 10:09 PM
Peguam pun tak boleh manage stress
Mai la join porum cari
Boleh ilang stress
jazaa100 replied at 19-8-2018 10:15 PM
Iya ke blh hilang stress?...
Ramai je otai otai dah hilang dari porum ni....
aku rasa sbb stress ...
jazaa100 replied at 19-8-2018 10:09 PM
Iyalah.....
peguam kan dapat komisen berdasarkan kes yg di handle....
jazaa100 replied at 19-8-2018 10:15 PM
Iya ke blh hilang stress?...
Ramai je otai otai dah hilang dari porum ni....
aku rasa sbb stress ...
Pink_Purple replied at 20-8-2018 09:07 AM
tak ade pun laba
pengecatbintang replied at 20-8-2018 10:12 AM
setelah...
ku telek telek...
Pink_Purple replied at 20-8-2018 11:44 AM
haha..
kan ku perhatikan..
ADVERTISEMENT