CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hakim Tanya Adakah Si Isteri Kebulur Sebab Suami Tidak Bagi Duit? - Isu Cerai

21-8-2018 12:36 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9270| Komen: 30|Original author: Oleh: Whitney


Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan hubungan mereka berkekalan buat selamanya. Pergaduhan dalam sesebuah perkahwinan juga adalah perkara biasa dan menjadi asam garam kehidupan. Kadang kala pasangan suami isteri berjaya menyelesaikan masalah yang timbul dengan baik bagi mengekalkan rumah tangga mereka tetapi ada yang gagal dan terpaksa memilih jalan untuk bercerai. 

Seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie telah berkongsi satu kisah tentang kliennya yang menuntut perceraian kerana suaminya telah mengabaikan tanggungjawabnya. Bagaimanapun, kesnya tidak dipersetujui oleh pihak hakim kerana dikatakan dia belum lagi sampai ke tahap kebulur akibat pengabaian si suami sepanjang perkahwinan mereka. 



 Netizen sedih dan terkilan
Ramai netizen yang berasa sedih setelah membaca kisah yang dikongsi oleh wanita ini. Seringkali wanita diabaikan hak-hak mereka dalam rumah tangga. Ada wanita yang hanya berdiam diri malah ada yang lantang menuntut hak mereka. 



Nasib wanita tidak terbela

Rata-rata netizen turut geram dan marah dengan sikap hakim yang tidak adil dan mengambil mudah tentang kes-kes tuntutan nafkah si isteri sedangkan dalam Islam, sudah digariskan tentang hak-hak seorang isteri  yang wajar di berikan oleh pihak suami. Tindakan sambil lewa dan tidak tegas pihak hakim membuatkan ramai wanita merana kerana tidak mendapat hak yang sepatutnya. Ia turut menjatuhkan imej institusi kehakiman negara. 


Pengalaman netizen sendiri
Ada beberapa orang netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah turun naik mahkamah bagi kes perceraian dan tuntutan nafkah. Mereka juga mengakui ada hakim yang tidak tegas dalam arahan pemberian nafkah oleh pihak suami dan ada yang serik untuk menuntut hak mereka lagi. 


Jika institusi kehakiman turut gagal dalam mengadili hak wanita selepas bercerai, kepada siapa lagi mereka harus tuju bagi menuntut hak yang sepatutnya. Sebab itulah ramai wanita yang berdiam diri dan ada yang sanggup digantung tidak bertali kerana kecewa dengan sikap institusi kehakiman negara. Apa pendapat kalian? - CARI 

5

Bagus
7

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
22

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 21-8-2018 01:09 PM
kalau i, i jawab hakim tu balik..
ye memang kelak jadi urusan suami dengan tuhan..
tapi tuan hakim juga kelak berurusan dengan tuhan sebab tak jadi hakim yang adil..
Quote cucuq 21-8-2018 01:29 PM
utk pengetahuan uolls suzana ghazali ni bukan lawyer ea..die punye sijil dh kene tarik balik  tapi gigih dok sebut die peguam syarie or penasihat syariah tpi buat talk kata xperlu lantik lawyerr boleh buat sendriii..dh lama dh die x bramal as lawyer syarie ntah ingat lagi ke idok prosedur2 mahkamah tu

ok ade sorang tu  punye pengalaman kan selpas kene ceramah n nasihat dri auntie suzana ni..die salah nasihat so akk ni ni buat sendri sebb yakin kan boleh buat skali hakim tolak tuntutan akk ni..trus meroyan salahkan mahkamah la apalah x adil la ape skali crita kat cucuq erm senyum jelah so x plik kenapa hakim tolak tuntutan kakk tu.. tpi akk ni masih nak salahkan mahkamah ckp xpikir ke kt kaum wanita ape lah bagai..so ckp xadil sbb ex suami die lantik lawyer.so ckp hakim pilih kasih sbb die xde lawyer..padahal trang3 ko slah prosedur kak lepas ko dengar nasihat acik suzana ni..
Quote Bijasura 21-8-2018 01:37 PM
kawan aku kerja O&G, biasa elok je  duit, makan, pakai dia bagi.isteri mintak barang stakat rm500 senang je dia bg.
tapi lepas dia kena berhenti kerja.duit dia x dpt bagi dah.makan pakai dia tanggung lg cuma x mcm dulu dah.terduduk dia hancur hati bila isteri dia mintak cerai sbb ckp x bagi lama nafkah.
Quote cucuq 21-8-2018 01:39 PM
ckp x hbis..ape maksud tanpa syarat..hakim akan tye suami stuju atau x nak lepaskan isteri ate kalo suami xstuju ko nak suh hakim buat ape? ugut laki ko utk ceraikan ko ker bru ko nak puashati..so ade prosedur die utk bercerai so uolls boleh pergi next stage follow jelah stage tu..kalo ikutkan prosedur cerai ni laki byk xdpt keadilan yg sewajarnya...

yup urusan nafkah adalah urusan suami dgn allah..sepanjang cucuq gi mahkamah xde plak hakim ckp mcm tu kebulur ke nak duit suami..hakim pon tahu bnder tu tanggungjawab hakim siap nasihat lagi suami2 yg malas nak bgi nafkah ok..

tpi mosty orng2 awam nak bercerai ni kadang2 dpn hakim ko nak crita a to z yg xde kaitan dgn kes ko..so thats y la hakim kdg2 mlas nak dngo bnde xde kaitan..byk lagi kes yg die nak dengo bukan kes ko sorang jerr.. kalo btul lah hakim ckp mcm tu cube ko buat aduan datangkan saksi skali yg ade dengo hakim ckp mcmtu..so kalo hakim malas nak dengo trus ko cop hakim kejam la ape la

Quote BoLapciOus 21-8-2018 01:44 PM
Tiada lg keadilan..yg adil hanya Allah shj..
Quote fushimi 21-8-2018 01:46 PM
lain kali viralkan sekali nama hakim tu

ni cerita sekerat sekerat koser sangat nak baca

lain kali kalau nak tuntut nafkah buat cam rita rudaini buat
Quote saviour_09 21-8-2018 01:51 PM
baca sebelah pihak je terus melantun acik2 bawang komen itu ini
masalah nya betul ke hakim tu cakap gitu?

kalo tak betul?
pakai knee pad la korang kat sana esok merangkak cari hakim tu
Quote salmon-suki 21-8-2018 01:51 PM
prettyuglybabe: kalau i, i jawab hakim tu balik..ye memang kelak jadi urusan suami dengan tuhan..tapi tuan hakim juga kelak berurusan dengan tuhan sebab tak jadi haki ...

indeed..hehe..tp ikut kes2 sbelum ni,ada y kes kena pukul etc,pun ssh nak dpt cerai walhal dah terang2 bukti depan mata...cerai tu mmg dibenci oleh Allah,tp antara cerai drpd suami y kaki pukul,dgn menjaga nyawa kita,mana lagi wajib?
Poor those fellas..y akak ni xtaw ler pasal ape die nk cerai ngn hasben die,tp if that hakim betul2 ckp cmtu,mohon semua doakn agr die akn dpt pembalasan y sama atau lebih sbg pengajaran..
Quote abangadek 21-8-2018 02:28 PM
lobai2 kat pejabat agama pun sama naik celakanya.. nampak alim tapi benak
Quote fifie_olin 21-8-2018 03:03 PM
Bijasura replied at 21-8-2018 01:37 PM
kawan aku kerja O&G, biasa elok je  duit, makan, pakai dia bagi.isteri mintak barang stakat rm500 se ...

knp dia kne benti kje

Quote buapakperut 21-8-2018 03:27 PM
iols tak baca abis tapi ayat hakim tu macam bung mortar la huhu
Quote munchkin 21-8-2018 04:21 PM
Tak boleh nak husnozon. Ada je. Mmg wujud.

Quote tobobon 21-8-2018 06:56 PM
cucuq replied at 21-8-2018 01:29 PM
utk pengetahuan uolls suzana ghazali ni bukan lawyer ea..die punye sijil dh kene tarik balik  tapi g ...

so uols nak ckp acik suzana ni kak hasanah lah kan?


sheolskan ala2 pembela wanita teraniaya.. dulu sheols ada column kat majalah mingguan wanita ker apa kalau x silap
Quote Bijasura 23-8-2018 09:34 AM

masa tu harga minyak jatuh teruk.syrikat kecilkan operasi.buang orang.lama la dia menganggur.sekarang dah kerja bahagian human resource jadi kerani.tp mmg beza la kan hidup dr jurutera jadi kerani ofis
Quote JerukBuaya 23-8-2018 09:41 AM
Kopun FREE untuk  2 orang,tekan link  https://STARPROMO.sharethislah.com/419831-547677

Kopun FREE untuk 20 orang terawal ,tekan link  https://UPDATE20FREECOUPON.sharethislah.com/425096-549677
Quote cammie1711 23-8-2018 09:59 AM
what ever it is.... kalau x betul, takkan la ramai ibu2 tunggal teraniaya kat luar sana. berhentila hidup dlm penafian. memang ada kepincangan dalam sistem syariah di malaysia ni.
Quote kucengcomel 23-8-2018 11:33 AM
hmmm..mmg payah nk cakap..kazen kuceng sendiri kene..sbb asben dier mg berkawan ngan hakim tu (n masa tu ade projek antara xasben n hakim tu), nafkah edah pon xdpt.last2 kazen kuceng cakap kt dlm mahkamah dier redha ngan keputusan dunia.biar Allah yg balas perbuatan 'org2' yang menganiaya saya. tertunduk hakim tu.
Quote gam_gajah 23-8-2018 12:51 PM
cucuq replied at 21-8-2018 01:29 PM
utk pengetahuan uolls suzana ghazali ni bukan lawyer ea..die punye sijil dh kene tarik balik  tapi g ...

yg pasal suzana tu mmg betul sgt.


dulu i pun refer dia tapi bila nak naik turun court, blh nmpk segala pendapat dia takleh pakai. ilmu dia outdated abis takleh pakai dah dgn sistem undang2 syariah skrg

zaman dia jadi peguam syarie tu ntah ler zaman bila dah tu. dia pun ngaku dia dah tak prektis tapi still nak ngaku dia berilmu bab2 undang2 syarie ni

tolong la ibu2 tunggal/bakal ibu tunggal sekalian, cari la org lain utk refer

diakui jugak dia ni byk propa jugak




Quote nbtech78 23-8-2018 02:13 PM
Bijasura replied at 21-8-2018 01:37 PM
kawan aku kerja O&G, biasa elok je  duit, makan, pakai dia bagi.isteri mintak barang stakat rm500 se ...

ada isteri yang tidak faham nafkah....

isteri ingat nafkah tu adalah duit cash yang di beri kepada isteri di tangan....

sebenarnya nafkah itu adalah keperluan kehidupannya...

sebagai contoh...jika suami membayar rumah, beli keperluan rumah....bayar semua urusan rumah....yang membolehkan seisi keluarga menjalani kehidupan....

jika suami menjalankan kewajipan keperluan asas di atas...lelaki tersebut di katakan telah menunaikan nafkah yang telah wajib ke atasnya...

ada pun jika ada lebihan..sii suami memberikan wang kepada isteri...itu di kira sebagai hadiah @ upah kerana membantu suami menguruskan rumah tangganya...yang mana itu semua adalah kerja suami....


kerja isteri adalah melayan suami dan menjaga harta suami....itu sahaja kerja isteri...yang wajib ke atasnya...ramai yang salah faham....

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.064945 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top