Perkahwinan adalah takdir jodoh yang telah ditetapkan Tuhan. Biarpun mempunyai karakter berbeza, namun jodoh Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya sangat kuat. Walaupun kelihatan seperti kebudak-budakan dan kelam-kabut, namun sebenarnya Aliff Syukri mempunyai kelebihan yang hanya isterinya tahu.
Baru-baru ini, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi bagaimana suaminya sebenarnya seorang yang amat berdisiplin dan tidak boros. Menurut Shahida, sejak awal perkahwinan Aliff telah mengajak untuk membuat akaun bersama. Ia bertujuan supaya Shahida berupaya menyimpan wang kerana sikapnya yang agak boros. Bermula dengan kutipan RM100 setiap orang, wang tersebut menjadi simpanan buat mereka suami isteri. Selain itu, Shahida mendedahkan suaminya juga seorang yang sangat menepati masa. Sekiranya ditetapkan jam 9 bertolak ke suatu tempat, sejam awal persiapan telah tersedia. Sekiranya lewat, pasti akan ditinggalkan! Ia adalah tabiat Aliff Syukri yang harus dipuji. Menurut Shahida, lebih banyak lagi kebaikan yang dimiliki oleh Aliff, tetapi sering kali kelemahannya diperkatakan. Dengan ilmu kelangsungan hidup yang di pelajari daripada Aliff, Shahida juga mengakui dia kini lebih mudah menghadapi apa sahaja cabaran di persekitarannya. Nasihat Shahida lagi, setiap manusia mempunyai kelemahan, jadi perlu perbaiki diri dan memandang dari sudut positif. Bertuah Aliff Syukri mempunyai isteri yang serba boleh dan memahami. Sama-sama di waktu susah dan senang. Ada baiknya kita jadikan kejayaan Aliff Syukri sebagai pembakar semangat. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|