CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Pulang Cuma RM1.64 juta, Penonton Kita Tak Suka Berat-Berat?

29-8-2018 02:48 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 22808| Komen: 209|Original author: Oleh: Azza





Citarasa peminat filem Malaysia sememangnya boleh diteka berdasarkan jumlah kutipan tiket wayang iaitu genre berunsurkan hiburan dan tidak terlalu berat. Bukan mahu membandingkan dengan filem Hantu Kak Limah yang sudah pun melebihi RM30 juta dan masih ditayangkan hingga kini, namun ia sudah jelas membuktikan genre berat seperti filem Pulang hanya ditonton oleh segelintir penonton sahaja.

Ia mencetuskan polemik yang menyatakan apa penonton Malaysia mahukan? Jika kurang promosi jawapan mereka, maka ia tidak benar sama sekali kerana Media Prima menjadi tunjang promosi dengan memaparkan trailer, memberi slot dalam Majalah 3, 'countdown' dan pelbagai lagi promosi yang membabitkan pelakonnya di media cetak serta media sosial.

Netizen ini meluahkan kekesalannya dengan sambutan dingin rakyat Malaysia.



Kredit foto: Twitter

Jika hendak dikatakan, masa filem Pulang tidak kena kerana bertembung dengan filem HKL juga tidak tepat. Ini kerana Pulang muncul dua minggu lebih awal namun penonton Malaysia masih tidak mahu menontonnya. Jadi, sekali lagi ia bukan kerana HKL semata-mata.





Biarpun banyak ulasan yang dilakukan oleh ramai pengulas filem serta mereka yang menonton Pulang masih tidak mampu membuatkan lebih ramai untuk menonton filem berkualiti ini.

Bagaimanapun, ini antara punca yang membuatkan filem Pulang tidak mendapat sambutan. Antaranya ialah ia perlu dijadikan drama bersiri sebenarnya.







"Bukan tak nak tengok, tapi bajet ketat."

Kredit foto: Google

"Salahkan panggung wayang yang tayang slot sedikit sahaja!"

"Kena faham, kalau cerita sedap, 1 family tengok, tapi Pulang ni..."


Bagi Meishelmie, bukannya niat dia untuk menidakkan alasan tersebut, maklumlah duit masing-masing. Namun ini sekaligus membuktikan penonton Malaysia sendiri yang menyebabkan filem berkualiti sukar dihasilkan pada masa akan datang kerana sambutan dingin ini.


Kredit foto: Google

Sememangnya untuk menghasilkan filem berkualiti memerlukan bajet yang banyak dengan harapan penonton juga menyukainya hingga menyumbang kutipan yang berbaloi. Namun, untuk menyalahkan penonton semata-mata juga tidak tepat dalam konteks ini kerana pelbagai alasan. Mungkin pembikin filem boleh memikirkan alternatif seperti menayangkan filem ini ke luar negara serta mendapat pengiktirafan yang lebih berbaloi. Semoga filem kita berjaya menambat hati lebih ramai penonton di luar sana. - CARI 


17

Bagus
27

Marah
30

Terkejut
40

Sedih
27

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (162 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 29-8-2018 02:50 PM
Sorry, akak pon tak tertarik nak tengok. Cast nampak bosan. Poster pon. Promo juga kureng. If Bront jadik protagonis, gedik juga la akak nak tengok.
Quote jlo 29-8-2018 02:52 PM
i tengok 2 kali cerita Pulang.. 2 kali gak la sedu sedan dalam panggung
Quote RatuDunia94 29-8-2018 02:57 PM
Skala nguapan tinggi sgt lah cast nya..
Quote matkpop 29-8-2018 02:59 PM
maybe sebab movie ni takda "wow factor"
Quote chanteksekali 29-8-2018 03:00 PM
I sejenis - cite seram je mampoooo menarik minat i ke pawagam. Cause tgk kat umah ssh nak dpt suasana ngerik ketakutan. Kalau cite2 mcm redha pulang semua ni ill watch them later on VOD bayo sajalah sama je mcm g wayang.
Quote moonbug 29-8-2018 03:03 PM
Nanti saya tgk kat Astro First ok
Quote kucingitam 29-8-2018 03:11 PM
mungkin cgi tak berapa nak real kot (based on trailer yg dok tayang kat tv). aku minat nak tgk tapi as parent yang bertanggungjawab takmo anak tido kat tepi tangga wayang, aku tahankan aje tunggu astro first.
Quote jacktothequeen 29-8-2018 03:18 PM
Nak buek camno..ughang da tak goma..
Quote Badigol 29-8-2018 03:22 PM
bkn ke remy actor malaya..pandai berlakon serba boleh..xkn sikit je kutipan?ke sbb jln cerita?kesian producer knon nk kelainan dlm penceritaan tp last last netizen suka cerita ringan merapu meraban lawak mcm HKL je.huhuhu..tp film action skop production laku je tinggi juga kutipan..
Quote abangadek 29-8-2018 03:26 PM
nampak mcm best ja, tambah pulak filem dari kabir bathia tapi aku kalau pegi tengok wayang mesti nak angkut anak2.. anak2 pulak takkan nak enjoy filem berat mcm ni.. HKL tu oklah semua boleh masuk cerita ringan mcm tu.. walaupun aku suka je layan genre filem cam cerita pulang ni tapi aku takleh selfish okay pegi tengok wayang sebulan 2x.. poket tak tebal
Quote fahima80 29-8-2018 03:33 PM
Aku tengok both Pulang dan HKL. Reakse selepas keluar panggung, dua2 best tapi aku lebih suka Pulang. HKL mmg byk lawak2 or isu tersirat tapi separuh daripada movie macam ulangan Pee Mak dan even ada scene filem P.Ramlee. Pulang lebih original dan aku tak menyesal pergi menonton Pulang
Quote kecikgurl 29-8-2018 03:34 PM
bru lepas tgk cite nih ahad ari tu..cite die oke..jalan cite ade..gamba pon cun..cgi aku xmo komen lebih sbb biase la pon kan..ade part2 yg x real..tu tolak tepi la..

masalah yg paling besa utk aku adalah heroin..mcm xkena? kayu? xtau na ckp mcm mne..tp tu la yg aku rase
Quote manehnya 29-8-2018 03:36 PM
dah cukup stress dah idup nih, nk suh tgk filem sedey lagi.. no thanks lah
Quote kecikgurl 29-8-2018 03:36 PM
abangadek replied at 29-8-2018 03:26 PM
nampak mcm best ja, tambah pulak filem dari kabir bathia tapi aku kalau pegi tengok wayang mesti nak ...

aku g tgk show pukul 11.15 malam..ade 3 4 fmly bawak anak..ade anak yg mcm da skolah..ade jugak yg aku rase bru umo staun lebih..pelik2 la perangai...
Quote prettyuglybabe 29-8-2018 03:38 PM
tak berapa minat pelakonnya
Quote fushimi 29-8-2018 03:43 PM
Badigol replied at 29-8-2018 03:22 PM
bkn ke remy actor malaya..pandai berlakon serba boleh..xkn sikit je kutipan?ke sbb jln cerita?kesian ...

kena terima hakikat orang pergi wayang sebab nak relax

nanti marah pelakon gred A nanti
Quote azimodin 29-8-2018 03:46 PM
ada a few sebab untuk aku personally pilih HKL over Pulang
1. money...money... money & time - Kalau ada kelapangan poket & waktu mmg aku nak tengok dua2
2. Pelakon - dalam pulang aku hanya tertarik dengan remy, meanwhile HKL ade awie, kak limah & yeh sekupang. lagipon ni lakonan terakhir yeh sekupang kan, tu yang rasa nak tengok
3. Tema - hari2 pon stress, xkan nak tengok wayang cerita berat kan.
4. CGI pulang yang xberapa cantik - ni aku tengok berdasarkan trailer la. citer HKL cgi hampeh tapi acceptable untuk light comedy
5. promosi - filem pulang ni ada je iklan kat tv tapi gitu je la. HKL mmg go big walaupon produksi tahu yang kalau x promo pon mesti orang nak tengok
Quote kekekek 29-8-2018 03:47 PM
Jalan citer ok, menarik.
Cuma bab CGI memang sedih...tak real, macam katun sangat.
Dan heroin tu Puteri Aisyaj cam turn off sket, muka dia petak sket kan..pastu film ni selalu ada close up shot muka dia so nampak besar sangat dan bertambah petak kat screen.
Lagu ost best nak mampos..by dayang.
Quote kekekek 29-8-2018 03:48 PM
Btw citer ni mana ada berat pun...light jer.

Lihat semua komen(209)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068482 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top