CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dituduh Makan Daging Khinzir, Wanita Ini Cuba Tegakkan Kebenaran!

30-8-2018 11:07 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 21849| Komen: 64|Original author: Oleh: Whitney


Umat Islam baharu saja meraikan Hari Raya Aidiladha dan berjaya menunaikan ibadah korban. Mungkin ramai yang masih lagi menyimpan stok daging korban di rumah masing-masing dan merancang untuk memasak dengan pelbagai resipi. Banyak resipi berkaitan masakan daging yang dikongsi oleh netizen di media sosial dan rata-rata netizen teruja untuk mencuba dan memasak mengikut resipi tersebut.
 
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah berkongsi resipi daging bakar Danok yang cukup menyelerakan berserta dengan videonya yang sedang memakan daging bakar di Danok, Thailand. Sememangnya di Danok, hidangan daging bakar amat popular dijual dan menjadi kegemaran ramai orang. Bagaimanapun, dia dikecam oleh ramai netizen kerana dituduh memakan daging khinzir. Oleh itu, wanita ini telah memuat naik status di Facebooknya bagi menjelaskan perkara sebenar. 


Tiga lapisan pada daging bakar ini dilihat seakan daging babi.

Benar, itu daging babi!

Walaupun wanita ini sudah menerangkan keadaan yang sebenar dan yakin daging bakar Danok yang dimakannya itu bukan daging babi, tetapi netizen tetap mempertahankan bahawa daging bakar yang dimakannya itu adalah daging babi. Lebih-lebih lagi, ia adalah komen daripada netizen non-muslim yang begitu kenal dan selalu memakan daging babi. 


Bukanlah, itu bahagian daging lembu yang dipanggil 'harimau menangis'!

Netizen masing-masing berbalah dan cuba menegakkan pendirian mereka. Bagi netizen Islam yang mempunyai pengetahuan tentang bahagian-bahagian daging pada seekor lembu, mereka yakin bahawa wanita tersebut memakan daging lembu dan bukannya daging babi seperti yang dituduh. Bahagian daging yang dikatakan menyerupai daging babi itu dipanggil daging 'harimau menangis' dan ramai orang yang tidak tahu tentangnya. 

 Netizen sekadar nasihat dan ambil berat

Walau bagaimanapun, netizen cuba menasihati wanita ini dan umat Islam yang lain supaya berhati-hati dalam memilih makanan lebih-lebih lagi apabila makan makanan yang dijual dari negara lain. Netizen mengakui yang mereka bukan sengaja mengecam wanita ini tetapi ia lebih kepada memberi peringatan dan sekadar mengambil berat tentang isu makanan halal dan haram buat umat Islam. 

Wanita ini tahu apa yang dimakannya
Ada juga netizen yang cuba menenangkan wanita ini yang teruk dikecam dan difitnah oleh kebanyakan netizen. Mereka berharap agar wanita ini bersabar dan tidak mengambil hati dengan komen-komen netizen. Netizen yang mengenali rapat dengan wanita ini begitu pasti yang dia masih waras dan tahu tentang halal dan haram tentang apa yang dimakannya. 


Benarlah, bagi umat Islam isu halal dan haram sangat dititik beratkan agar ia tidak mendatangkan mudarat dan dosa kepada mereka. Jadi, pastikan makanan yang dimakan adalah halal dan bersih tidak kiralah makanan yang dimasak sendiri atau yang dibeli. Setuju tak? - CARI   

18

Bagus
25

Marah
12

Terkejut
25

Sedih
20

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 30-8-2018 11:12 AM
sepatutnya ko diam je kalau dorang tuduh ko makan daging babi

netizen tu kat luar tu perangai cam babi so takde beza pun makan babi ngan netizen

keturunan sama je

asal daging nampah putih dituduh babi
Quote matkpop 30-8-2018 11:17 AM
dia yang makan, netizen yang panas
Quote biskutraya 30-8-2018 11:29 AM
Sedap nya daging bakar.. Cecah air asam.. {:good
Quote fox. 30-8-2018 11:29 AM
nampak sedap. tapi pokoknya skang tuh daging babi atau daging lembu?
Quote palmolive 30-8-2018 11:37 AM
so summary dia babi ke lembu? naper rimau pulak menangis
Quote tanakkampung1x 30-8-2018 11:37 AM
Macam daging bakas kan @Chazey?
Quote CardiGans85 30-8-2018 11:56 AM
Daging lembu..

Ada satu bahagian lembu tang peha, orang gelar harimau menangis sebab sedap.
Quote achilles_heel 30-8-2018 12:08 PM
daging tu penjual tu campur...daging babi n daging lembu. bukan semua org Siam tu betul2 muslim, tambah plak kat Danok nun. Penjual Siam ni nak tarik pengunjung Muslim, dia kata dia Islam n pakai tudung padahal tidak. siapa yang nak pantau? dorg bukan ada JAKIM, JAIS macam negara kita. sebab tu kalau pergi negara orang, berhati2 bab benda shubhah ni. lain la kalau x kisah....
Quote irwansuhadi 30-8-2018 12:18 PM
tuuuuu diaaa.....

analisis terperinci setiap komen & hencapan netizen-netizen ttg daging lembu harimau menangis babi pula ketawa.
Quote kucingitam 30-8-2018 12:22 PM
palmolive replied at 30-8-2018 11:37 AM
so summary dia babi ke lembu? naper rimau pulak menangis

sbb rimau ingat lembu, rupanya babi...wahahaha

Quote mieymiey 30-8-2018 12:33 PM
Harimau menangis ni jarang jarang ada sebabtu non muslim tak pernah tengok


HAHAHAHA. Agaknya harimau menangis ni muslim jer la yang pernah tengok
Quote saviour_09 30-8-2018 12:36 PM
rimau teriak la tu bak kata sabri yunus  
Quote Iema5008 30-8-2018 12:45 PM
Hahaha aku pernah p n try. And mmg ni part bahagian peha tu yg ada lemak seakan akan 3 layer mcm babi. Kwn aku non muslim p sama. Rasa daging babi mmg bbeza terutama tang bau. Sbb tu la orang galakkan anda travel n explore. Bukan travel bajet n kepam.... ni tak ada peluang travel n explore hampa semua p makan maggie jnji jejak kaki kekdahnya. Bukan p explore mknn sekeliling dan belajar budaya apa semua. Jadi la msyarakat kurang ilmu.
Quote sufi^_^ 30-8-2018 01:06 PM
Minah ni makan berbunyi, btw, nak2 bila kunyah sayo mentah dia tu  
Quote sufi^_^ 30-8-2018 01:12 PM
Iema5008 replied at 30-8-2018 04:45 AM
Hahaha aku pernah p n try. And mmg ni part bahagian peha tu yg ada lemak seakan akan 3 layer mcm bab ...

Jam ni kalau dapat travel europe serendah rm1k-2k tu dianggap hero dunia backpacking katanya. Lagi sikit kos lagi berjaya, boleh viral, walaupun hari2 makan megi dengan biskut tiger, tido hostel paling murah dan mampu ambik gambar depan pintu je sebab tak cukup bajet nak bayar entry fees
Quote Teru2Bozu 30-8-2018 01:56 PM
pompuan ni kan yang selalu up video kat fb makan benda crunchy2 sampai berbunyi?
Quote palmolive 30-8-2018 02:11 PM
kucingitam replied at 30-8-2018 12:22 PM
sbb rimau ingat lembu, rupanya babi...wahahaha

komplikatednya suasana
Quote sufi^_^ 30-8-2018 03:34 PM
Teru2Bozu replied at 30-8-2018 05:56 AM
pompuan ni kan yang selalu up video kat fb makan benda crunchy2 sampai berbunyi?

Dialah tu. Makan sayo mentah sebab nak ajar orang ramai camana nak makan sihat nak kurus. Kot iye pun tak payah tunjuk video kau ngunyah sayo mentah sampai berbunyi2.

Quote zameyla 30-8-2018 03:41 PM
aku tengok macam rupa daging lembu jah...
tang mana daging babi nya...

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.065842 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top