Tahukah anda, sebelum meledaknya drama Korea di kaca televisyen (TV) tempatan, telenovela dari Amerika Latin terlebih dahulu beraja di hati rakyat Malaysia sekitar tahun 2000 sehinggalah tahun 2010?
Saluran tempatan NTV7 merupakan penyiar telenovela pertama di Malaysia dengan membawa masuk drama bersiri Maria Mercedes pada tahun 2000 yang kemudiannya menjadi ikutan saluran-saluran TV lain. Jom kita tengok senarai telenovela di bawah yang pernah ditayangkan di Malaysia! Maria Mercedes - Mexico Maria Mercedes merupakan telenovela pertama disiarkan di rangkaian televisyen Malaysia melalui saluran NTV7. Dibintangi Ariadna Thalía Sodi Miranda yang merupakan ratu telenovela Amerika Latin ketika itu, ia mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita miskin bernama Maria Mercedes, menempuh ranjau dan liku-liku kehidupan untuk mengejar cinta dan cita-citanya.
Rosalinda - Mexico TV3 juga tidak melepaskan peluang untuk merancakkan lagi penayangan telenovela dari negara Amerika Latin dengan menayangkan drama bersiri 80 episod berjudul Rosalinda yang turut dibintangi Thalia sebagai teraju utama bersama pelakon Fernando Carrillo. Telenovela Rosalinda juga merupakan telenovela terakhir lakonan Thalia yang kemudiannya mengambil keputusan untuk bergerak aktif dalam dunia nyayian selepas berkahwin dengan bekas suami Mariah Carey, Tommy Mottola pada tahun 2000. Mis 3 Hermanas - Venezuela Mis 3 Hermanas dibintangi Scarlet Ortiz dan Ricardo Alamo dan disiarkan di saluran NTV7. Mengisahkan tentang hubungan kekeluargaan yang mempunyai pelbagai konflik serta hubungan cinta yang penuh dengan rintangan, telenovela ini juga merupakan detik perkenalan kepada percintaan di antara pelakon Scarlet Ortiz serta pelakon kepada watak antagonis bernama Anibal lakonan Yul Burkle yang membawa mereka ke jinjang pelamin. Yo Soy Betty La Fea - Colombia Yo Soy Betty La Fea pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia dan boleh dikatakan menjadi antara telenovela yang paling berjaya pernah dihasilkan. Disiarkan di saluran NTV7, drama ini dibintangi Ana Maria Orozco sebagai Betty yang digambarkan sebagai wanita hodoh berkerja di sebuah syarikat fesyen terkemuka, Ecomoda. Bermula dengan pelbagai rintangan dan cabaran, Betty juga menaruh hati kepada majikannya, Armando Mendoza yang dilakonkan Jorge Enrique Abello sehinggalah Betty berusaha untuk mengubah penampilannya dan cuba untuk menjadi cantik. Telenovela ini turut mempunyai sekuel drama berjudul Ecomoda, tetapi tidak pernah ditayangkan di Malaysia. Yo Soy Betty La Fea menjadi inspirasi kepada drama-drama di seluruh dunia, di antaranya adalah drama terbitan produksi Hollywood berjudul Ugly Betty. Ia turut menjadi inspirasi kepada drama bersiri terbitan produksi Malaysia, Emil Emilda dan beberapa siri drama lagi di seluruh dunia. Mi Gorda Bella - Venezuela Menggunakan konsep dan jalan cerita yang agak sama seperti Betty La Fea, Mi Gorda Bella pernah ditayangkan di TV3. Ianya turut mendapat perhatian peminat-peminat telenovela Amerika Latin di Malaysia. Lakonan Natalia Streignard sebagai Bella, seorang gadis berbadan gempal bersama hero kacak, Juan Pablo Raba - ianya menjadi inspirasi kepada drama Malaysia berjudul Manjalara lakonan Emelda Rosmila dan Jehan Miskin. Secreto De Amor - Venezuela Secreto de Amor yang menampilkan Scarlet Ortiz dan Jorge Aravena sebagai teraju utama juga pernah disiarkan di saluran NTV7. Siri drama ini turut menampilkan pasangan kepada Scarlet Ortiz iaitu Yul Burkle yang menjadikan drama ini sebagai drama kedua yang menampilkan pasangan suami isteri ini di dalam satu drama. Drama ini mengisahkan hubungan cinta di antara Maria Clara dan Carlos Raul yang penuh ranjau dan onak yang berduri. Juana's Miracle - Venezuela Telenovela Juana La Virgen, atau lebih popular di Malaysia dengan judul Juana's Miracle turut ditayangkan di saluran NTV7 suatu ketika dahulu. Mengisahkan tentang seorang pelajar cemerlang bernama Juana yang dilakonkan Daniela Alvarado, hidup Juana mula berserabut dan huru hara apabila disahkan hamil akibat kesilapan teknikal dari pihak hospital. Daniela digandingkan bersama Ricardo Alamo sebagai Mauricio de la Vega, bintang utama Mis 3 Hermanas yang turut disiarkan di saluran sama. Juana La Virgen turut diadaptasi ke drama bersiri terbitan produksi Hollywood yang menggunakan judul Jane The Virgin yang masih ditayangkan sehingga ke hari ini. La Usurpadora - Mexico Siapa yang boleh melupakan lakonan cemerlang Gabriella Spanic sebagai Paola Bracho dan Paulina Martinez, iaitu pasangan kembar di dalam drama ini? Tetapi tahukah anda, Gabriella sebenarnya mempunyai pasangan kembar yang sebenar bernama Daniela Spanic yang turut muncul di dalam telenovela ini? Namun, jangan salah sangka! Daniela hanya melakonkan watak tersebut sekiranya adegan di dalam drama ini memerlukan Paola dan Paulina muncul bersama di dalam satu babak. Terutamanya untuk adegan bergaduh di antara kedua-dua watak tersebut! La Intrusa - Mexico Turut menampilkan Gabriela Spanic sekali lagi di dalam dua watak sebagai Virginia dan Vanessa Martinez, telenovela ini ditayangkan di saluran TV3 pada tahun 2003. La Intrusa yang bermaksud Orang Asing dalam bahasa Malaysia, mengisahkan tentang penderitaan Virginia Martinez yang merupakan pekerja di rumah milik majikannya, kemudian berkahwin dengannya selepas kematian isterinya. El Amor No Es Como Lo Pintan - Mexico TV1 juga tidah mahu ketinggalan untuk menyiarkan telenovela Amerika Latin yang berjudul El Amor No Es Como Lo Pintan. Turut mempunyai jalan cerita yang agak sama dengan telenovela Yo Soy Betty La Fea, ia mengisahkan gadis hodoh bernama Alicia lakonan Vanessa Acosta yang akhirnya terjatuh cinta kepada lelaki kacak dan popular lakonan Hector Soberon. Ahhh, rindunya nak menonton kembali telenovela-telenovela di atas. Mujurlah sebahagian drama di atas ada yang masih disiarkan di saluran berbayar tempatan di Malaysia. Sangat menggamit memori zaman muda remaja kita dahulu! - CARI
|
20
Bagus |
29
Marah |
36
Terkejut |
31
Sedih |
18
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
BedahBedul replied at 3-9-2018 12:29 PM
La Mujer en el Espejo
Ni pun best gak ni, tt tak include ke?
AbukRokok replied at 3-9-2018 12:38 PM
wahhh thanx dah lama aku cari tajuk citer el amor no es loco pintan ni
sbb nk tgk Alejandra Lazcano ...
dauswq replied at 3-9-2018 12:57 PM
wah TT dah jd wartawan cari erk... tahniah
Ferr_Remy replied at 3-9-2018 12:58 PM
Cite ni dlu siap dubbing bahasa Malaysia hokeys hahaha.
KILL_NANCY replied at 3-9-2018 11:42 AM
María Mercedes pa' servirle a usted
un buen día mi son cambió
compró un cachito y me conoció
...
ADVERTISEMENT