CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kan Dah Banyak Kali Cakap Jangan Pakai Krim Timbang Kilo" - Wanita Ini Sampai Masuk ICU

3-9-2018 11:40 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 21334| Komen: 68|Original author: Oleh: Azza




Biarpun banyak berita kerosakan kulit wajah akibat penggunaan produk timbang kilo dipaparkan media massa, namun masih ramai yang tidak peka atau terpedaya dengan teknik promosi dan penjualan produk yang didakwa boleh menjadikan mereka secantik selebriti ini.

Terbaharu di laman Twitter, seorang rakan kepada pengguna produk yang popular ini memuat naik gambar rakannya yang menderita kulit muka menggelupas teruk hingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Lebih menyedihkan apabila dikhabarkan rakannya  terpaksa dimasukkan ke unit penjagaan rapi (ICU) kerana sistem ginjalnya mengalami masalah.

Shidotdaboom menerusi akaun Twitternya (yang telah pun diprivasi) menjelaskan produk tersebut membuatkan rakannya terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan setelah menggunakan produk yang dipercayai timbang kilo ini.


Kredit foto: Twitter
Menurut Shido, rakannya terpengaruh dengan testimoni pengguna produk ini yang dikatakan mampu menghasilkan kulit yang lebih cerah, halus dan cantik setelah melalui penggelupasan. Biarpun telah dinasihati, namun rakannya berdegil lalu tetap menggunakan produk ini.


Ramai netizen yang bersimpati dan dalam masa sama hairan dengan sikap sesetengah wanita yang tidak peka langsung dengan berita mengenai produk berbahaya ini.



"Mana ada skincare yang perlu duduk rumah ja sebab tak nak kena matahari, kalau tak pedih. Nak suruh kita support produk lokal tetapi kesihatan orang ada kisah? Tahu nak untung ja."

Hinggakan ada juga warga Twitter yang pernah menggunakan produk ini kerana terpengaruh dengan 'review' daripada Insta Famous.



Kredit foto: Twitter
Netizen mengecam teknik promosi dan testimoni keterlaluan tersebut hingga pengguna terpaksa melalui penggelupasan teruk seperti di dalam gambar tersebut.

Yang sebenarnya, ramai terpengaruh dengan produk tempatan kerana ia dipromosi secara meluas menerusi laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter hingga mereka akhirnya membeli walaupun ia lebih mahal berbanding di drugstore. Lebih penting mengapa golongan yang mahu cepat cantik ini terpengaruh dengan produk yang sangat berbahaya hanya kerana promosi di radio dan televisyen?


Lebih membimbangkan adalah ramai pula yang menyatakan produk ini tidak berbahaya, sebaliknya pengguna tersebut yang tidak tahu menggunakan dengan betul.

Hal inilah yang membuatkan pengamal perubatan menasihati pengguna di laman media sosial masing-masing supaya berhati-hati apabila membeli sebarang produk. Namun peliknya, doktor ini pula yang dikecam kerana didakwa tidak tahu cerita sebenar.
Foto : Google

Sememangnya ramai wanita yang inginkan kulit secantik selebriti dan insta famous. Jadi, apa sahaja produk yang mereka menjadi duta atau pun sekadar review,  peminat ini akan membelinya tanpa menyedari yang golongan tersebut sebenarnya menghabiskan ribuan ringgit di spa bukannya menerusi produk ini.

Menjadi tanggung jawab kita untuk menyedarkan golongan wanita ini bahawa kecantikan tidak datang sekelip mata menerusi produk yang tidak diketahui kesahihannya, namun perlu mencari sumber-sumber sahih sebelum membuat sebarang pembelian produk yang keterlaluan testimoninya. Semoga tidak ada lagi wanita yang menjadi mangsa kerakusan pengasas produk timbang kilo ini. - CARI 
42

Bagus
20

Marah
33

Terkejut
27

Sedih
29

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (179 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 3-9-2018 11:46 AM
Produk timbang kilo bersepah di pasaran. Kebanyakkannya beracun.
Quote ckenj 3-9-2018 11:47 AM
tolong la...nak kata tak educate..rasenya byk je sahre2 kat fb tu psl bahaya kesan product timbang ni..tp npe la beli gak..warna da la pelik2.
Quote insulin 3-9-2018 11:53 AM
Masalah ginjal? Chemical apa yang menyebabkan masalah ginjal tu? Mercury?
Quote zulka 3-9-2018 12:01 PM
biarla kulit aku mcmni...tak cantik pun takpe
Quote mizruncing 3-9-2018 12:05 PM
alahai rakyat malaysia ni kan taksub nak cantik. pape produk sume nk try. bila dh tak sesuai bru nk viral la ape laa. dah terang2 bodoh pegi beli produk timbang kilo
Quote Artemesiaa 3-9-2018 12:07 PM
Dah banyak kali dan dah bertahun ramai yang nasihatkan jangan beli product timbang kilo ni tapi masih jugak ada yang terjebak.  Bila jadi macam tu baru ler gigih nak nasihatkan orang lain tapi masa orang lain menasihatkannya dulu tak nak pulak dia dengarnya.  
Quote Nana_Man 3-9-2018 12:10 PM
Tu sbb aku tak beli benda2 kosmetic/jamu2/ubat2 dari online atau yg org2 approach biler kat supermarket/shopping centre.even kawan2 yg jual pun aku tak layan. Harga dah lah mahal. Kalau ade promo pun mahal jgk. Baik beli kat kedai2 seperti watsons/guardian. Lg murah dan tentu nyer dah sah selamat untk digunakn. Cumer ade jgk produk yg mengandungi parabens misalnyer yg aku elak dari membeli.
Quote kucingitam 3-9-2018 12:12 PM
dyxy tu pun timbang kilo juga ke eh..? tak pakai tp member dok promote..kesian lah kat dia kalau betul timbang kilo
Quote mieymiey 3-9-2018 12:24 PM
Sanggup tu sapu racun kat muka semata-mata nak dapatkan kulit putih melepak glowing bersinar bak matahari, padahal tona kulit lain tak la seputih kulit muka
Quote 234126 3-9-2018 12:25 PM
Tahniah pada kawan dia yang dah nasihat. Mangsa yang degil so mendapat.
Quote coconico 3-9-2018 12:28 PM
i dulu kulit tak berapa nak elok. berjerawat, sunburn due to selalu pi site. waktu mula nak berjinak dgn skincare i start ngan pharmacy punya produk. lepas mcm mampu sikit guna lancome & estee lauder. ya, agak mahal, tapi tahan guna 4-5 bln sbb i tak guna lebih2, just enough je sekali sehari. alhamdulillah skrang kulit improve banyak though bukan flawless macam gambar kene filter kaw2. sekarang i guna set produk korea; history of Whoo. so far, so good untuk kulit menjangkau tahap matured mcm i.

i titik beratkan serum, moituriser dan sun block. cleanser guna brand biasa2 je.

btw, sebenarnya for me, produk timbang kilo mahal. tak terasa sgt coz packaging kecik. bila compare volume to volume dgn branded skincare ala2 lebih kurang gak.
Quote kikuri 3-9-2018 12:42 PM
tayah la nak taksub jadi putih bagai... hargai apa yang ada... banyak je produk yang selamat jual kat stor dadah nun... ni watson tgh sale... pergilah serbu... meols waktu stadi dulu penah beli produk timbang kilo jemana ape eh lupe pulak... mcm dah tak wujud je jenama tu sekarang... mula mula pakai memang helok lah... nampak putih kemerahan gitu siap pegi buat facial bagai padahal merempat dengan ptptn... bila kena panas kulit macam terbakar pastu jerawat kasar naik kat dahi... dah la nak cuti sem... mampus aku kene ngan mak aku... mujur ade safi balqis... hilang semua sengsara kulit aku... skang ni memang elakkan produk timbang kilo oem nih... dah la mahal... pastu bahaya pulak tu walopon sesetengah testimoni agak menggiurkan...
Quote haryatie 3-9-2018 12:43 PM
produk timbang ni bila guna mmg glowing bg sesetengah org
nyamuk nak landing pun susah licin ya amat kulit muka..
mcm plastik..
tp bila stop..segala cucu cicit mak nenek jerawat kuar
Quote pittjie 3-9-2018 01:16 PM
dulu2 .. masa zaman product dr becky .. apa ke nama .. neuvoux vissage ke hapa tu .. ngetop... kawan2 aku ramai yang guna. muka jadi merah macam udang kena bakar. kulit jadi nipis. buruk ok dimata ku. tp itu yang dia org suka & ttp jgk guna. aku pulak cuma percaya product atas shelves kalau tak kaunter sekali pun. now .. kawan2 aku yang guna product dr becky tu menderita pigmentasi yang amat teruk yach! bercapuk2 warna hitam di muka dia org. besar2 setompok2 di situ dan di sinin. penuh sepipi pun ada .. penuh sedagu pun ada. bawah hidung pun ada ... sampai jadi macam misai. salah sorang tu ada duit .. dia buat rawatan la pegi doktor pakar aesthetic. dibagi makan ubat bagai .. baru nampak elok. aku percaya product dr becky tu product timbang kati jugak. sejenis pelopor product timbang kati sebelum kemunculan product org2 melayu ni. dan kalau gugel nama dr becky tu .. ya ampun yach wajah beliau sekarang. menggerunkan. she herself pun obviously went under knife. atau cucuk2 botok. but botox went wrong laaaaa.
Quote Cyempaka 3-9-2018 02:17 PM
nak cakap cash xsampai hati pulak kan. tp dah sana sini orang cakap jangan guna, macam2 berita keluar. dok xreti bahasa degil keras kepala situlah. nak guna jugak.
cakap banyak2 kali dituduhnya kita dengki sesama melayu pulak
Quote Foxey 3-9-2018 02:33 PM
jangan mudah percaya dengan product2 macam ni. mesti ada catch di sebaliknya. kalau nak guna product, baik beli yang jual proper kat pharmacies...
Quote MadameOnion 3-9-2018 02:43 PM
Cyempaka replied at 3-9-2018 02:17 PM
nak cakap cash xsampai hati pulak kan. tp dah sana sini orang cakap jangan guna, macam2 berita kelua ...

pengguna tati skincare paling kuat merempan/merentan/meroyan kalau kita cakap pasal ni..dikatanya kita dengki sbb kulit kita tak floles mcm depa.."i pakai ok je" macam dah scripted dikalangan pengguna tati
Quote idakamaruddin 3-9-2018 03:09 PM
x yah nk puntih2 bg janji kulit ko sihat n flawless.. pakai aloevera yg jual kt farmasi/drugstore malam2 pn ok dh

Quote BoongaKertas 3-9-2018 03:38 PM
Nana_Man replied at 3-9-2018 12:10 PM
Tu sbb aku tak beli benda2 kosmetic/jamu2/ubat2 dari online atau yg org2 approach biler kat supermar ...

meols mcm chuols gak dulu tp lpstu meols baca blog iman abd rahim and follow ig siti awe (farmasis yg comel lawa) tu. deme kata parabens ada yg bahaya, ada yg ok ikut kuantiti. ada 5 jenis yg bahaya sekali. kiranya, tak semua parabens tu jahat lah gittew.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.142448 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top