CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak-Anak Ditinggalkan Dan Menangis Dalam Kereta! Mak Ayah Diorang Pergi Mana?

3-9-2018 03:59 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6641| Komen: 28|Original author: Oleh: Whitney


Anak-anak adalah amanah dan menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk menjaga keselamatan mereka. Walaupun banyak kes yang melibatkan kecuaian ibu bapa ke atas anak-anak mereka, tetapi masih ada sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku. 

Seorang pengguna Facebook telah memuat naik kisah tentang ibu bapa yang meninggalkan dua orang anaknya di dalam kereta dengan enjin dan pendingin hawa yang dihidupkan, tingkap kereta tertutup rapat dan pintu kereta tidak berkunci. Hal ini membuatkan wanita ini geram dan marah dengan sikap ibu bapa tersebut yang langsung tidak bertanggungjawab dan meletakkan anak-anak mereka dalam pelbagai risiko bahaya. 

Bayi ini menangis dan berpeluh kepanasan

Si kakak cuba mententeramkan adiknya tetapi dia turut menangis
Mak bapak jenis apa ni?
Rata-rata netizen mengecam ibu bapa kepada anak-anak tersebut kerana berasa sangat marah dan tidak masuk akal kerana membiarkan anak yang masih kecil di dalam kereta tanpa pengawasan. Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak dan bayi tersebut berniaga dengan membuka gerai di tapak sukan sekolah. Mungkin mereka terpaksa meninggalkan anak-anak di dalam kereta supaya mereka lebih selesa kerana cuaca di luar yang agak panas. Tetapi, tindakan mereka tidak boleh diterima oleh kebanyakan netizen. 


Bahaya, kesian kat anak-anak!
Bukan apa, ramai netizen yang risau akan keselamatan kanak-kanak dan bayi tersebut kerana sudah banyak kes anak-anak yang meninggal akibat lemas ketika ditinggalkan di dalam kereta. Malah, kereta juga tidak berkunci dan ia memberi peluang kepada penculik untuk menculik kanak-kanak dan bayi tersebut. Sepatutnya ibu bapa tersebut mengambil iktibar daripada kes-kes yang berlaku sebelum ini. 

Netizen pun berani tinggal anak dalam kereta

Ada netizen yang memberi komen bahawa mereka kadang-kadang sengaja atau terpaksa meninggalkan anak-anak di dalam kereta ketika ingin membeli barang yang hanya mengambil masa sekejap sahaja. Apa-apa pun, ia tetap meletakkan anak-anak mereka dalam pelbagai risiko walaupun kereta yang di parkir hanya di depan mata dan mengambil masa yang tidak lama.  


Takkan tinggal anak dalam kereta!
Pasti ada netizen yang sangat menjaga keselamatan anak-anak mereka. Beberapa orang netizen memberi komen bahawa mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan anak-anak mereka di dalam kereta walaupun sekejap. Mereka sanggup menanggung kesusahan membawa anak-anak kemana sahaja.  
Sebagai ibu bapa, kalian perlu sentiasa berhati-hati kerana malang tidak berbau. Setiap apa yang berlaku ke atas anak-anak, ia adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa. Ambillah iktibar daripada kes-kes yang berlaku di sekeliling kalian dan jangan terhantuk baru terngadah. Setuju tak?  - CARI 

29

Bagus
37

Marah
30

Terkejut
24

Sedih
25

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (176 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 3-9-2018 04:07 PM
tak pe ibubapa ni semua tak de masalah mandul...hilang 3, tahun depan blh ganti 6
Quote manehnya 3-9-2018 04:08 PM
pasaipa yg dua dua biaq anak tu.... ishk laaaaa
Quote Idgaf 3-9-2018 04:09 PM
bila da dapat anak cenggini pulak. orang yang nak anak and jaga betul2 susah pulak nk dapat anak. haih
Quote kucingitam 3-9-2018 04:10 PM
gila! gila! gila!
Quote RatuDunia94 3-9-2018 04:23 PM
Set2 mak bpk mcm ni la juga yg pungpang2 kat media sosial mengecam kes buang anak..
Quote moonbug 3-9-2018 04:30 PM
Orang nak beranak ko nak beranak
Quote prettyuglybabe 3-9-2018 04:35 PM
kalau i ada sana, instead of masuk fb, i call polis and then buat report..
biar mak bapak dorang ada akal sikit..
Quote rosasen 3-9-2018 04:56 PM
Tak kisah la apa skalipun alasan mak pak tinggal anak mcm ni....bahaya tau tak? kena culik baru padan muka!
Quote missDollie 3-9-2018 05:13 PM
Kalo tak boleh jaga jangan membiak pls...
Quote Nham22 3-9-2018 07:53 PM
Kalau dpt kat aku...g balai polis..aku settlekan kat balai polis...biar depa kene lecture dgn polis.....
Quote Cyempaka 3-9-2018 08:46 PM
Xde tindakan undang2 ke kat makpak mcm ni. Denda ke. Rampas anak 3bulan ke..  Ni pun kira penderaan dan pengabaian jugak. Apala dlm otak derang masa buat mcm ni. Kang mati anak tu mula lah merempan kat fb..anak syurga..anak syurga. Nanti acik2 fb pun simpati..share byk2 dgn caption allahu sabarlah sis. Pastu dpt derma pastu buat anak baru..
Quote Kadaisaku 3-9-2018 09:33 PM
Kereta hidup then anak main stereng? Seriouslahhh? Klu la tergesel gear tu? Yg manual mesti kereta mati terus. Klu kereta auto tu? Gilaaaa takda akai makpak ni.

Susah sgt ke usung anak tu? Ya Allahhhhh
Quote buapakperut 4-9-2018 12:20 AM
my opinion la kan,iols tgk chinese,anak tak ramai, 2 org je. tapi dorang jaga leklok. tapi melayu dahla suka buat anak ramai, jaga pun jadi camni, dah sekolah rendah dibiar main basikal memalam merayau. just my 2 cent
Quote 800214 4-9-2018 07:22 AM
Aku syak mak pak drg nak mkn kenduri. Tp baby tdo. So suruh anak sulung tunggu baby tdo. Mmg bangang la
Quote haryatie 4-9-2018 08:05 AM
issshh..spesis pndai membiakkkk
Quote tri-max 4-9-2018 08:21 AM
malas nk komen benda2 yg slalu berlaku
geram sbb kita susah payah pikir cara2 keselamatan utk budak2
tp ada parents lgsg x ada hati nk pikir
Quote CrowneGlory 4-9-2018 09:05 AM
gmbr ke 2 akak lebih tertengok bdk tu tonggang air
Quote chinta89 4-9-2018 09:17 AM
xpe booeh buat anak baru kan?

ape2 jd kat anak usahlah nk meratap ye.
Quote gummygummy 4-9-2018 09:53 AM
makpak takde utak begini la

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.040985 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top