CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Pernah Pakai Seksi Dan Meniaga Pasar Malam Untuk Sara Hidup

4-9-2018 04:13 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 55745| Komen: 283|Original author: Oleh: Amirah

Pasti ramai tertanya bagaimana Siti Nordiana menyara hidupnya suatu ketika dahulu semasa zaman kejatuhannya sebelum dirinya kembali mewarnai industri hiburan.

Nana mengakui pernah berniaga di pasar malam untuk menyara keluarga sehingga dirinya berada dalam keadaan putus asa.

Foto: IG Siti Nordiana
"Saya pernah rasa putus asa dengan kerjaya kerana buat apa sahaja tak menjadi sampai saya pernah pakai seksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi.

"Masa tu saya rasa memang sudah tiada ruang lagi buat saya salam industri. Saya berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,"ujarnya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, Nana kini sudah mempunyai buku sendiri yang menceritakan tentang perjalanan hidupnya sehingga dia bangkit kembali dari keperitan yang pernah dialami.

Buku yang bertajuk Life Goes In itu mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan serta dia turut berkongsi gambar peribadinya yang tidak pernah dimuat naik dalam mana-mana media sosial.


"Banyak foto lama masa saya susah dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arwah suami (Mohd. Faizal Yusp) ada dalam buku itu.

"Saya harap apa yang saya ceritakan dapat memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengan saya. Apa yang mereka perlu lakukan apabila berasa putus asa dengan kehidupan," ujarnya.


Dia juga telah menerima maklum balas positif daripada pembaca. Pelbagai mesej diterima serta mereka turut berkongsi rasa yang sama dengan apa yang dilalui Nana dulu. Tidak kurang juga yang bertanyakan pendapat.

Pembaca boleh dapatkan buku tersebut yang diterbitkan oleh Must read di pelancarannya pada hari Sabtu ini di MPH.

Ingat jadi artis itu senang selamanya? Tidak! Apa yang penting adalah tidak putus harap dan sentiasa berusaha cari jalan keluar dari kesempitan hidup. - CARI
33

Bagus
33

Marah
28

Terkejut
42

Sedih
28

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (195 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aldilla_zahraa 4-9-2018 04:18 PM
Masih teringat2 gambar seksi beliau dulu
Quote munchkin 4-9-2018 04:20 PM
Moga sekarang rezeki dipermudahkan utk nana. I suka nana ni
Quote matkpop 4-9-2018 04:28 PM
suka tengok nana
Quote kucingitam 4-9-2018 04:32 PM
aku suka arwah faizal tu berlakon...
Quote Orix 4-9-2018 04:39 PM
Ttbe rse cm nk beli pulak buku dia
Quote AvaAdore 4-9-2018 04:41 PM
Oh. Yg baju seksi lutut hitam tu kan..
Quote budakshinchan 4-9-2018 04:43 PM
meletop ke dia skrg?  suam suam kuku or kekal sendu?
Quote misslinkpk85 4-9-2018 04:44 PM
Ada balasan baik tuk anak yg brbakti pd ibu n bapanya. Penah jatuh trduduk tp x patah smangat. Makin melimpah ruah rezeki ko skng ye nana. Meols kagum
Quote abangadek 4-9-2018 04:48 PM
dia ni artis yang tak renovate muka kan.. sama je muka berkerak dr dulu sampai sekarang
Quote shernazz 4-9-2018 04:50 PM
Iols dolu slalu je nampak.nana neh sebab umah dia dkt area skola iols dolu
Weols panggil umah tu umah disneyland...
Tah dia dok situ lagi ke idok tah...
Tp.mmg dolu kalau tgk rupa dia mmg x cun pon..sendu je gitu...
Zila bakarin.yang seksi tu iya...pegi kedai runcit pon pakai mini skirt
Quote Nenasketum 4-9-2018 04:52 PM
Orang mesti mistaken dia ni yindon kan.. Kesian citer dia ni.. Segala duri ranjau dia tempuh.. Part buku tu krik krik sangat hokkay
Quote Sazida 4-9-2018 04:53 PM
shernazz: Iols dolu slalu je nampak.nana neh sebab umah dia dkt area skola iols doluWeols panggil umah tu umah disneyland...Tah dia dok situ lagi ke idok tah... ...



Apsal disneyland?
Quote Themilo 4-9-2018 04:58 PM
AvaAdore replied at 4-9-2018 08:41 AM
Oh. Yg baju seksi lutut hitam tu kan..

hitam ke gold? baju tu masa sheols datang party majalah apa ntah dulu tu kan?
Quote noraidil_06 4-9-2018 05:02 PM
Orix: Ttbe rse cm nk beli pulak buku dia

Me too. Wpun x minat dia
Quote refleCtion 4-9-2018 05:11 PM
Themilo replied at 4-9-2018 04:58 PM
hitam ke gold? baju tu masa sheols datang party majalah apa ntah dulu tu kan?

Parti Eh! She masa tu br keluar album baru semakin jelas mmg 360° berubah konon nk selari dgn konsep album...kaver album pn pakai skirt pendek sleeveless..semalaya tkejut.tp iols suka rambut nana yg dpendekkan time tu...lps isu tu she berubah 360° lg dgn bertudung
Quote LautBiru52 4-9-2018 05:13 PM
Manis je muka nana ni
Quote zeitabaei 4-9-2018 05:19 PM
Sazida replied at 4-9-2018 04:53 PM
Apsal disneyland?

Rumah Disneyland cheras , dulu nana duduk situ Kan, cuma curios zaman bila DIA susah Tu? Dia masa BLM kahwin seminngu menyimpan duit show berbelas2 ribu ke puluh ribu sekali simpan  , walau X glamer sgt DIA jenis sebat je show funfair ke show kg ke , lps kahwin dgn arwah Tu dia slow sikit ,lps cerai dia kerja jadi kerani kaunselor kat Taylor's college pastu berhijrah pakai tudung jual2 pakaian semua Tu xlah susah. .mak kat kg pun bukan nya susah org felda  ,bilanya kat pasar Malam ?
Quote cmf_premierleag 4-9-2018 05:19 PM
shernazz replied at 4-9-2018 04:50 PM
Iols dolu slalu je nampak.nana neh sebab umah dia dkt area skola iols dolu
Weols panggil umah tu um ...

rumah tu kat area bdr tun hussein onn cheras kan? retis2 naungan FMC mmg ramai stay area hulu langat, cheras batu 9
ct nurhaliza dulu2 pun stay area cheras ms tumpang rumah ayie dulu2
Quote cmf_premierleag 4-9-2018 05:20 PM

sbb deret rumah teres tu kalerful dan kat atas tgkt 2 ada bumbung mcm menara disney
dr highway grand saga bleh nampak area rumah disney tu

Lihat semua komen(283)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.096628 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top