CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dah Terlambat Untuk Menyesal, Wanita Lumpuh Akibat Gas Ketawa

4-9-2018 05:15 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4534| Komen: 14|Original author: Oleh: Suzy


Olivia Golding dikejarkan ke Hospital Southmead Bristol empat minggu lalu apabila dia tidak dapat bergerak selepas mengambil sejenis gas yang boleh membuatkan seseorang ketawa. 

Doktor mengesahkan bahawa penggunaan gas nitrous oksida(NOS), sejenis dadah boleh menyebabkan penyakit Lichtheim iaitu degenerasi pada saraf tunjang.

Menurut ibu berusia 24 tahun itu, dia tidak dapat berjalan dengan betul serta perlu bergantung sepenuhnya kepada kakaknya untuk menjaga dia kesan daripada dadah tersebut. 


Foto: Metro UK


"Fikirkan keluarga anda sebelum mencuba-cuba mengambil NOS. Lihatlah saya sekarang harus hidup dalam keadaan kurang sempurna dan ia amat menyedihkan kerana terpaksa menyusahkan keluarga saya. 

"Saya selalu khuatir tidak dapat menggunakan kerusi roda dengan cekap kerana saya tidak mampu mengawal kaki dan tangan seperti biasa kerana sudah hilang daya.

"Setiap hari saya perlu mengambil empat jenis ubat saraf untuk mengurangkan rasa sakit," ujar Olivia.

Dia juga memberitahu, gas berkenaan begitu mudah didapati. Ia dijual dengan mudah di kedai-kedai, di luar kelab malam dan di festival untuk belon. Olivia juga mengakui sekiranya dia tahu akibatnya dari awal, dia pasti tidak akan menggunakannya untuk suka-suka.



"Saya mahu semua orang tahu bahawa kesan keseronokan 10 saat tidak setanding dengan kehilangan keupayaan seumur hidup.  

"Semua ini telah menghancurkan hidup saya.  Ya, saya bodoh kerana mengambilnya, tapi saya harap saya tahu akibatnya sebelum saya melakukannya dulu," katanya.


Foto: Metro UK

Selain kecewa kerana tidak dapat menguruskan diri sendiri, Olivia mendakwa dia juga menerima ancaman daripada netizen yang mempertikaikan keupayaannya sebagai seorang ibu. 

"Hubungan saya dengan anak saya, Parker sangat menakjubkan. Saya kecewa tidak dapat bermain dengannya, tetapi dia adalah sumber kekuatan saya untuk bangkit dari katil setiap pagi. Jika tidak, saya akan berbaring sepanjang hari. 

"Bahaya dadah jenis ini perlu didedahkan. Saya mahu orang ramai tahu kesannya kepada tubuh manusia," ujar Olivia dalam wawancara bersama Metro UK. - CARI
5

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 4-9-2018 05:19 PM
Ni ubat tahan sakit orang nak beranak... dah pi buat main kenapa??
Merana seumur hidup...
Quote RatuDunia94 4-9-2018 05:19 PM
Uishhh... Bahaya nya..
Quote hadibah 4-9-2018 05:20 PM
lai lai

mai mai

mai sini @hadibahlaba
Quote Foxey 4-9-2018 08:38 PM
Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya
Quote 234126 4-9-2018 09:13 PM
Masa sekolah dulu cikgu kimia pernah bagi cuba satu kelas. Tapi kejap je la 2-3 saat je. Pastu dapat pesanan keras dari cikgu ‘gas ni bukan untuk suka2 walaupun boleh buat awak ketawa’ garang dia tetiba hahaha dia ada sebut pasal effect to urat saraf ni. That was back in 1999 tingkatan 4
Quote kerabuBiru 4-9-2018 09:16 PM
najib888 replied at 4-9-2018 05:19 PM
Ni ubat tahan sakit orang nak beranak... dah pi buat main kenapa??
Merana seumur hidup...

Wehh betul kaa..xbahaya ker

Umo 24 dah nmpak tua tp yg ko pegi telan gas turbo keta fast n furios tu kenapa
Quote putericahaya999 4-9-2018 09:55 PM
kenapa ketawa pun kena beli gas
tonton saje lah hantu kak limah
Quote chicozinn 6-9-2018 10:07 AM
najib888 replied at 4-9-2018 05:19 PM
Ni ubat tahan sakit orang nak beranak... dah pi buat main kenapa??
Merana seumur hidup...

time nak bersalin tu meollss ade amik gas tapi xde pon gelak..cuma dia cam kurangkan sakit time beranak tu la..
Quote MadameOnion 6-9-2018 11:03 AM
nak gelak banyak pi isap ganja la..yg makan gas tu dah kenapa?
Quote BoLapciOus 6-9-2018 11:34 AM
putericahaya999 replied at 4-9-2018 09:55 PM
kenapa ketawa pun kena beli gas
tonton saje lah hantu kak limah

hahhah..i like u putri..lakooo
Quote Artemesiaa 6-9-2018 11:40 AM
Nak suka2 tapi akhirnya mendapat duka.  Sebab tu tak perlu gigih nak cuba buat benda2 mengarut cam tu membahayakan diri je
Quote minguk 6-9-2018 12:06 PM
sepi sangat ke hidup sampai nak ketawa [erlu guna gas?
Quote najib888 2-10-2018 09:16 PM
Edited by najib888 at 2-10-2018 09:28 PM
kerabuBiru replied at 4-9-2018 09:16 PM
Wehh betul kaa..xbahaya ker

Umo 24 dah nmpak tua tp yg ko pegi telan gas turbo keta fast n furi ...


Ye betul.. N2O.. nitrus oxide..
utk medical, mixture antara nitrogen dan oxygen adalah 50:50.. kat hospital, outlet gas ni cuma ada di labor room dan/atau dalam dewan bedah bersalin.

Nama dagangan nitrus oxide ni yang terkenal, Entonox. Patent pending from BOC healthcare UK/ Linde..
Mungkin nitrus oxide ni bleh jadi laughing gas kalau mixture tu berlainan..

Utk NOS utk keta, tak pasti pulak macam mana..
Quote JohnnySins 2-10-2018 09:22 PM
najib888 replied at 2-10-2018 09:16 PM
Ye betul.. N2O2.. nitrus oxide..
utk medical, mixture antara nitrogen dan oxygen adalah 50:50..  ...

samo yo compound eh...nitrous yang samo ekau guno untuk racing, untuk golak2 dan juo sebagai ubat polali...dalam kes acik tu memang dio overdose la tu....wakakakakakka

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.273029 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top