CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rumah Ada Hantu? Ternyata Aplikasi Bijak Ini Menguntungkan Pembeli Rumah!

5-9-2018 04:36 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 8089| Komen: 4|Original author: Oleh: CSuy

Kredit foto: Pixabay

Jika anda dimaklumkan bahawa kediaman yang menarik minat anda itu memiliki sejarah yang kurang enak, mahukah anda membelinya? Sudah pasti anda akan berfikir banyak kali. Kemungkinannya, anda akan menolak untuk membeli kediaman tersebut bukan? Lebih-lebih lagi jika ‘sejarah’ kediaman tersebut melibatkan kehilangan nyawa.

Namun, segelintir penduduk di Hong Kong kini tidak lagi 'berkira'. Menurut sebuah artikel dari The Telegraph, Hong Kong menduduki tempat keenam bandar yang paling padat di dunia pada tahun 2017. Kepadatan yang tinggi telah menyebabkan harga hartanah di sana melambung tinggi. Awal tahun ini, South China Morning Post (SCMP) telah melaporkan bahawa sebuah flat nano yang hanya bersaiz 121 kaki persegi telah memecah rekod penjualan hartanah di Hong Kong dengan mencatatkan harga jualan sebanyak HKD1.93 juta! (bersamaan RM1.01 juta).


Mahal bukan? Ini menyebabkan ada pihak yang mengambil pendekatan yang di luar kotak demi memiliki sebuah kediaman di Hong Kong. Sebuah syarikat berasaskan teknologi telah memperkenalkan sebuah laman sesawang, Spacious.hk bagi membantu mereka yang sanggup mengabaikan sejarah kurang elok sesetengah kediaman demi harga yang lebih mampu milik.

Kredit Foto: Spacious.hk


Spacious.hk yang diperkenalkan sejak 2013 menyediakan kemudahan carian kediaman menggunakan visual peta yang interaktif. Dengan memanipulasi peta tersebut, seorang pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai kediaman-kediaman yang pernah dilaporkan berlakunya kes melibatkan kehilangan nyawa seperti pembunuhan atau bunuh diri. Kediaman-kediaman ini akan ditandakan dengan ikon yang menyerupai seekor hantu berserta satu penerangan ringkas berkenaan kes yang berlaku.

Kredit Foto: Spacious.hk

Memetik sebuah artikel berlainan dari SCMP, CEO merangkap pengasas Spacious.hk, Asif Ghafoor menegaskan bahawa latarbelakang sesebuah kediaman tidak boleh disangkal sebagai salah satu faktor yang nyata mempengaruhi harga kediaman tersebut. Menurutnya lagi, harga jualan bagi kediaman yang memiliki laporan kes kematian boleh merosot sehingga 50 peratus dari nilai asalnya.


Data dari laporan media

Data-data bagi kediaman bermasalah ini dianalisis dari laporan-laporan media tempatan. Walau bagaimanapun, Ghafoor turut mengakui wujudnya implikasi undang-undang sekiranya berlaku kesilapan data. Oleh itu, penandaan menggunakan ikon hantu hanya dilakukan setelah data yang diperoleh adalah sahih dan melampaui keraguan. Selain itu, alamat terperinci bagi kediaman-kediaman bermasalah ini turut dirahsiakan.

Kredit Foto: Spacious.hk

Kediaman-kediaman sebegini kini menjadi tumpuan golongan ekspatriat dan mereka yang tidak mempercayai hal mistik. Bertindak secara dua hala, Spacious.hk turut dimanfaatkan oleh pemilik rumah konservatif yang mahu mengelak dari terbeli mana-mana kediaman bermasalah.

Namun bukan laman sesawang Spacious.hk sahaja yang melaporkan kediaman-kediaman bermasalah. Satu carian Google yang dilakukan oleh penulis berjaya menemukan sebuah lagi laman sesawang, Squarefoot.com.hk. Walau bagaimanapun, maklumat kes-kes kematian disediakan dengan lebih terperinci dan disusun dalam bentuk jadual.

Alangkah bagusnya jika terdapat laman sesawang yang serupa di Malaysia. Barangkali, ini merupakan peluang yang wajar direalisasikan oleh syarikat tempatan yang berasaskan teknologi. Menurut anda pula bagaimana, masalah besarkah andai kediaman idaman anda memiliki sejarah yang menakutkan? - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Foxey 5-9-2018 05:42 PM
wo... bagus gak kalau ada website nih...
Quote merrissa 5-9-2018 05:44 PM
best plak kalo ad benda ni.....leh la dpt rumah murah sikit

n kepada sesapa yg ad hati jual mahal, wpon hakikat rumah ada penunggu....

aku tak kesah sb ak jenis xde deria ke enam bagai hehehehe
Quote AbukRokok 5-9-2018 11:49 PM
kat msia dah ada ke?
Quote dani-rox 6-9-2018 02:26 AM
kalau kat murica nun, dia org tengok papan tanda mcm ni jah... selalunya yg beria2 letak "not haunted" ni lah yg berhantu






Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.192012 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top