Pernahkah anda memasuki butik berjenama hebat di mana-mana pusat beli belah terkemuka Malaysia? Jika pernah, adakah anda membeli atau sekadar meninjau sahaja? Soalan seterusnya dan paling penting adalah bagaimana layanan petugas butik tersebut atau lebih dikenali sebagai SA (Sales Assistant)? Mesra atau menjengkelkan? Ternyata ramai yang mengalami pengalaman buruk ketika memasuki butik berjenama ini. Antaranya ialah dipandang atas bawah, tidak dilayan dan paling teruk, ada yang dihalau oleh pengawal keselamatan tanpa sebarang penjelasan. Namun begitu, seorang netizen yang juga SA di sebuah butik di KLCC menjelaskan etika kerja mereka yang sebenarnya. Bagi KLCC Elevelator (nama samaran), mereka banyak menghadapi masalah pelanggan yang kelihatan takut-takut dan bila disapa terus memalingkan muka. Oleh sebab itu, dia memberitahu beberapa perkara yang sepatutnya dilakukan oleh SA. "Memang SA gaji tak besar dan tak mampu beli Chanel. But you dont have to be rude either."
Dalam masa sama, Elevators mengakui pandangan pertama pelanggan akan mendapat lebih kredit berbanding mereka yang memakai baju selekeh. Menjawab persoalan mengapa SA sentiasa mengekori bakal pembeli di dalam butik adalah kerana ia etika kerja mereka. Ia dijelaskan oleh netizen lain yang turut bekerja sebagai SA di butik terkemuka. Namun malangnya apabila ada netizen yang mengalami pengalaman buruk berhadapan dengan SA. Terutamanya apabila mereka memakai baju biasa lalu tidak diendahkan oleh SA. Hinggalah dia mengeluarkan wang tunai untuk membeli barang di butik tersebut. Tetapi bukan semua SA berperangai biadab. Ada juga yang sanggup melayan pelanggannya walaupun tahu mereka tidak membelinya. Dalam hal ini, petugas butik barangan berjenama mempunyai pertimbangan sewajarnya ketika melayan bakal pembeli yang memasuki butik mereka. Namun dalam masa sama, mereka juga harus dilatih untuk tidak prejudis kepada sesiapa pun yang memasuki butik tersebut. Manalah tahu, pakaian saja selekeh tapi poket tebal. Anda pula bagaimana? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|