Hasil rungutan netizen apabila nilai kad prabayar telefon mereka dipotong berdasarkan peratusan SST, Kementerian Kewangan hari ini mengambil keputusan mengecualikan cukai perkhidmatan kepada pelanggan warganegara Malaysia.
Memetik laporan Sinar Harian, semua syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi kad prabayar diarahkan melaksanakan pengecualian tersebut mulai esok. Menterinya Lim Guan Eng berkata pengecualian itu berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuatkuasa mulai esok iaitu 6 September 2018. "Ianya perlu bagi mengatasi masalah syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera."
“Melalui pengecualian ini, pelanggan akan mendapat nilai kredit penuh apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan,” katanya. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini. Semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan segera bagi mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan itu.- CARI
|
6
Bagus |
20
Marah |
20
Terkejut |
7
Sedih |
21
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT