Kira-kira pukul 1.20 petang tadi, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilaporkan tiba di pekarangan Bangunan DUN Sabah di Kota Kinabalu.
Beliau dilihat terus masuk ke dalam bilik Speaker DUN, Datuk Syed Abas Syed Ali selepas sejam kemudian. Memetik laporan Berita Harian, bekas Ketua Menteri Sabah itu selesai menyempurnakan proses angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga pada pukul 3.33 petang ini. Tegas Tan Sri Musa yang juga merupakan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, dirinya bukan seorang pelarian dan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia.
"Saya berada di luar negara atas sebab-sebab kesihatan dan perlu menjalani rawatan rapi. Perkara ini dibuktikan dengan laporan kesihatan daripada para doktor yang bertanggungjawa merawat saya." " Hari ini saya kembali ke Sabah demi menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat meskipun dalam keadaan kurang sihat." Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas selesai mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga di Kota Kinabalu sebentar tadi. Tambah Musa, beliau merupakan anak pribumi Sabah yang selama ini telah memberikan khidmat bakti terhadap kawasan DUN yang diwakili.- CARI |
23
Bagus |
31
Marah |
23
Terkejut |
34
Sedih |
22
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 5-9-2018 02:12 PM
Sabah nak pilih yg lebih aman atau yg lebih apdal?
ADVERTISEMENT