CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parlimen & Restoran Terbuka Akan Diisytiharkan Kawasan Larangan Merokok

6-9-2018 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3983| Komen: 21


Pelbagai usaha diambil kerajaan untuk menangani gejala merokok sekaligus membolehkan negara kita mencapai sasaran sebagai Negara Bebas Asap Rokok menjelang 2045.


Antaranya seperti kenakan cukai rokok yang lebih tinggi dan mengambil langkah memperluaskan kawasan larangan merokok di seluruh negara.

Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Utusan Online, kerajaan berhasrat mulai Disember ini semua restoran terbuka mungkin akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye, Kementerian Kesihatan masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa pihak berkepentingan berhubung cadangan berkenaan.

Katanya, langkah ini merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.


“Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau dan mematuhi panduan di bawah Artikel 8 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)."

“Saya memohon sokongan anda semua. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, mereka terbabit boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.” 

Tambah Boon Chye, selain restoran terbuka, pihaknya turut mencadangkan bilik merokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok.- CARI

27

Bagus
26

Marah
27

Terkejut
36

Sedih
39

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-9-2018 12:45 PM
Berasap kepala para perokok tegar mendengarnya
Quote ultra78 6-9-2018 12:50 PM
Tengoklah mcm mana penguatkusaannya nanti.
Quote fushimi 6-9-2018 12:55 PM
bagus bagus

buat je tempat tempat khas yang dibolehkan untuk merokok

Quote Aerhys 6-9-2018 01:04 PM
Kalau penguatkuasa pun merokok? Saya sangat tak suka orang yg tanpa segan silunya merokok di restoran. Terus hilang selera sebab bau rokok.
Quote saviour_09 6-9-2018 01:09 PM
restoran terbuka tu sendiri jual rokok
ko rasa?
Quote sufi^_^ 6-9-2018 01:14 PM
Ramai je buat bodoh bendul merokok betul2 bawah papan tanda larangan merokok.
Tah laaa...
Quote hyie 6-9-2018 01:17 PM
sufi^_^ replied at 6-9-2018 01:14 PM
Ramai je buat bodoh bendul merokok betul2 bawah papan tanda larangan merokok.
Tah laaa...

waima kat holy area seperti masjid yang terang2 terpampang kawasan larangan merokok pon diorang buak derk je...ko rasa?
Quote nisako 6-9-2018 01:18 PM
ala kalu x de penguatkuasaan x guna jugak…….
Quote Intanmahsuri 6-9-2018 01:22 PM
Rules banyak banyak tapi penguatkuasaan lemah, org buat main main je..
Quote kasibiman 6-9-2018 01:35 PM
We'll see.

-perokok
Quote kasibiman 6-9-2018 01:36 PM
hyie replied at 6-9-2018 01:17 PM
waima kat holy area seperti masjid yang terang2 terpampang kawasan larangan merokok pon diorang bu ...

Belum citer sekitar masjidil Haram lagi tu.

Ko ghase?
Quote kasibiman 6-9-2018 01:40 PM
fushimi replied at 6-9-2018 12:55 PM
bagus bagus

buat je tempat tempat khas yang dibolehkan untuk merokok

Masalahnya ialah smoking room Pon ditutop.

TBS-smoking room Ada kemkes paksa tutop. Atas arahan.

Senai airport - kemkes arahkan cabut bangku. Tak lama Pastu arahkan tutop.

Klia2 - smoking room ditutop. Tinggal satu bilik kecik Kat departure yg row jauh.

Klia - smoking room main terminal tutop. Tinggal sattelite. Tu Pon bangku suruh buang.


Kem kesiharan = fascist sundals. The lot of them.
Quote Skuau 6-9-2018 04:11 PM
nisako replied at 6-9-2018 01:18 PM
ala kalu x de penguatkuasaan x guna jugak…….

itu kalo depa perokok jugak???
Quote Skuau 6-9-2018 04:14 PM
kasibiman replied at 6-9-2018 01:40 PM
Masalahnya ialah smoking room Pon ditutop.

TBS-smoking room Ada kemkes paksa tutop. Atas arahan ...

salah depa tutup..ka...salah korang yg NAK SANGAT merokok(merbahayakan ore lain)???
Quote kasibiman 6-9-2018 07:37 PM
Skuau replied at 6-9-2018 04:14 PM
salah depa tutup..ka...salah korang yg NAK SANGAT merokok(merbahayakan ore lain)???

TBS : 5x ganda puduraya sizenya. Proper smoking rooms berkeluasan 1,000 kaki persegi Pon Kem kesihatan suruh tutop.

Klia 2: keluasan terminal 257,000 METER persegi. Bilik rokok 300 kaki persegi Pon kem kesihatan paksa tutop?


Bukan kah bangsat kekdahnya Kem kesihatan tu?


Soh diaorang pegi argue dgn gomen pasal bajet utk kesihatan rakyat lagik berpekdah. Dari gomen nak kenalkan insurance perubatan mandatori dgn kadar premium 30% dari pendapatan kasar. Gila Babi punya gomen.

Elokla sgtlah bangsat2 Kem kesihatan berjawab dgn gomen Gila Babi camtuh.
Quote tungkai 6-9-2018 08:02 PM
Heiii....at least gazet kan lah tempat merokok within 10m ke 20m ke on certain location..Who ever masuk dalam range ni, sendiri tanggung la. Ni semua ko banned. Apa lanciao..
Quote xy_daen 6-9-2018 08:36 PM
Haramkan jelah rokok...tak berani pulak. Duit cukai dari projek nak pulak...
Quote tobby 6-9-2018 08:55 PM
ultra78 replied at 6-9-2018 12:50 PM
Tengoklah mcm mana penguatkusaannya nanti.

baru nak cakap.  warta larangan itu ini... penguatkuasaannya hauk...  tgk kat hospital sudah la..  kawasan larangan merokok tapi realitinya...
Quote JokesCop 6-9-2018 08:56 PM
Yup, bila xde designated smoking area, mmg org akan merokok merata2. Xde pilihan. Singapore pun last year aku pergi dah ada benda ni dekat bandar. Compare dgn smoking banned last 10-15 years.

Smoking area bukan mengalakkan org merokok. Tapi mengalakkan orang tidak merokok di public area dan impact second-hand smoker. Kementerian Kesihatan perlu bijak. Bukan sempit.

Aku join quit smoking klinik KK, tapi sadly interaction between doctor dan perokok je. Xde support group, mcm alcoholic punya group yg selalu kita tgk dekat TV. Bila tanya doktor, did you ever smoke? None. Did you ever overcome any sort addiction? None. 1st step is kaunseling, 2nd appointment opt to drug supplement. In which, aku xberapa suka dan pada aku membazir. Bukan xpercaya doktor xboleh beri nasihat, tapi minda2 judgemental non-smoker towards smoker.

You xpernah tau mcm mana stress relieving smoking is compared to xanax, you'll never know. Dan percayalah, bila smoker cakap hisap rokok sebab stress adalah main faktor utama. Benda ni spiralling problem di mana Kementerian Kesihatan x mahu tahu dan xmahu peduli. They are bunch of incompetence moron. To be fair, ada doktor yg ikhlas nak bantu, tapi guideline KK sendiri bunuh niat2 ni. Kerajaan baru atau lama.

Berbalik pada smoking area, proper ventilation. Aku xnampak smoker still akan smoke dekat tempat lain selain tempat tu, xkira di dalam atau di luar negara.

Satu naluri manusia adalah mengikut undang2 yg senang diikut. Benda ni ada dalam psikologi dan dibawah bidang kementerian kesihatan sendiri. Patut mereka lebih paham. Contohnya, undang2 you xboleh merokok akan lebih kerap dilanggar berbanding, you xboleh merokok tetapi boleh di tempat yg disediakan.

In the end, lebih ketat undang2 diperkenalkan, lebih susah utk mengawal undang2 tu. Common sense, no brainer.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.627852 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top