Baru-baru ini, Nike telah melancarkan sebuah kempen pengiklanan yang menggunakan wajah seorang bintang sukan American Football, Colin Kaepernick. Kempen tersebut serta-merta menimbulkan reaksi negatif di kalangan rakyat Amerika. Mengapa tu? Ini kerana sebelum itu, Kaepernick telah dikritik dengan hebat disebabkan tindakannya yang melutut ketika lagu kebangsaan negara tersebut dimainkan di dalam salah satu perlawanan bola yang melibatkan beliau.
Poster Nike yang menggunakan wajah beliau berserta sebuah kapsyen yang bertemakan keyakinan dan pengorbanan telah menimbulkan reaksi hangat di kalangan netizen Amerika. Memetik artikel dari laman sesawang TechWeez, beberapa pengguna Twitter mula meniru poster yang digunakan Nike dan menggantikan kapsyen di poster tersebut dengan kapsyen lucu yang memiliki rujukan kepada budaya popular tertentu. Ia seterusnya telah menular ke laman sosial lain seperti Instagram. Jom kita lihat kreativiti para pengguna Instagram! Perkongsian-perkongsian melucukan meme Internet yang menggunakan format poster Nike ini telah menyebabkan ia menjadi tular ke seluruh negara tersebut. Malah, penyanyi rap terkenal, 50 Cent turut mengambil peluang ini untuk menempelak seterunya, Kanye West menerusi sebuah meme Internet yang menyerupai iklan Nike tersebut. Sudahnya, meme Internet ini merebak ke seluruh dunia. Terbaru, para pengguna laman sosial dari negara lain turut mencuba menyerlahkan kreativiti masing-masing, termasuk seorang pengguna Instagram dari negara Czech yang secara berseloroh meminta pihak yang ingin memboikot produk Nike agar menghubunginya. Kreatif! Meme Internet menampilkan sisi lucu dunia Internet. Niat asalnya mungkin hendak menunjukkan protes terhadap tindakan Nike yang seakan menyokong Kaepernick. Tidak dinafikan juga ada yang mungkin mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan laman sosial masing-masing untuk meningkatkan bilangan pengikut. Namun siapa tahu, barangkali penularan meme Internet ini bakal melonjakkan lagi jualan produk Nike di seluruh dunia! - CARI |
ADVERTISEMENT