CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Turun, Ringgit Pun Ikut Turun" - Najib

12-9-2018 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6376| Komen: 37

"Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14), pemimpin Pakatan Harapan (PH) kata, "Najib turun, ringgit akan naik". Saya pelik kerana saya sudah turun empat bulan, tetapi ringgit semakin turun juga."


Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan menyatakan kebimbangannya berhubung penyusutan nilai ringgit.


Kredit foto: Sayang Sabah

Menurutnya, nilai ringgit sebelum ini bergantung kepada harga minyak dunia dan secara amnya, ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik dan sebaliknya.

"Selepas PRU14, keadaannya agak menggusarkan.

"Jika diperhatikan trend ini sudah bercanggah. Walaupun harga minyak dulu semakin kuat sehingga ASD78 satu tong sekarang, ringgit tidak mengukuh tetapi tetap turun 30 sen sehingga RM4.15," tulisnya dalam catatan terbaru di Facebook.

Jelasnya lagi, ada sebab mengapa beliau tidak menambat ringgit ketika negara berdepan krisis ekonomi dunia sekitar tahun 2008 dan 2009.

"Kenaikan harga minyak dunia dan pemulihan ekonomi hasil pakej ransangan ekonomi terbesar dalam sejarah negara, ringgit mengukuh sehingga di bawah paras RM3.00 berbanding Dolar Amerika pada 2010 hingga 2013, iaitu sebanyak 30 peratus," ujarnya.

Dan pada akhir 2014 apabila harga minyak dunia turun dengan teruk, Najib sekali lagi mengambil keputusan untuk tidak menambat ringgit.

"Keputusan saya terbukti betul apabila eksport negara melonjak naik berpuluh peratus setiap bulan dan pertumbuhan ekonomi sangat kukuh pada tahun 2017 sehingga awal tahun 2018," katanya.


Loading FB Post...

Najib menyuarakan kebimbangannya berhubung matawang ringgit yang akan menerima impak jika harga minyak dunia turun dengan kuat.

"Apapun, saya harap kerajaan PH akan mengambil kira kerisauan saya mengenai nilai ringgit sekarang sebelum ia memudaratkan," katanya. - CARI
41

Bagus
20

Marah
36

Terkejut
25

Sedih
30

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (178 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 12-9-2018 08:59 AM
ala pak jib penyokong gov skrg akan jawab persoalan ni dengan meratib bab beg tangan....

mujur bab 2.6 billion tu dah kurang ratibnya..
Quote Xixie 12-9-2018 09:14 AM
Ko tetap busuk dna hina  dan ditolak sehingga lumpuh oleh rakyat Malaysia.
Quote belilies 12-9-2018 10:04 AM
Bodoh betul. Bukan main lagi heols and minions melalak kurang itu lah salah ini lah CONSEQUENCES dari benda yang dia and konco konco bengap tu buat sepanjang dia jadi pm dulu! Tak malu eak blaming it all on the new gov. Meluat tengok!
Quote dinopower2 12-9-2018 10:07 AM
belilies replied at 12-9-2018 10:04 AM
Bodoh betul. Bukan main lagi heols and minions melalak kurang itu lah salah ini lah CONSEQUENCES dar ...

sptutnya tanya lge titik perpuluhan tu la.., skit2 hutang 1 trilion...  
Quote Yahudi_Bisex 12-9-2018 10:13 AM
Ko Pon sama bodoh Najib...sebok pasal ekonomi lepastu tonggang bangsa macam Mahathir tu ha.

Quote belilies 12-9-2018 10:19 AM
dinopower2 replied at 12-9-2018 10:07 AM
sptutnya tanya lge titik perpuluhan tu la.., skit2 hutang 1 trilion...

Asalkan ada bunyi nak kutuk kjaan baru. Kat bod ci ni kemahen benang dr puak deyols bercambah bagai juara.
Quote xpdckelate 12-9-2018 10:22 AM
ala bang bijan,macai cakap harini kawen xkan esok beranak....tggu la lagi tigo puloh tahun ringgit akan sama lebel dgn dolar la,tapi dolar bangla
Quote dinopower2 12-9-2018 10:39 AM
belilies replied at 12-9-2018 10:19 AM
Asalkan ada bunyi nak kutuk kjaan baru. Kat bod ci ni kemahen benang dr puak deyols bercambah baga ...

yg atas pagar pun bersuara... yg sokong ph dulu nak jatuhkan bijan bersuara....

jgn kata semua tu cyber terompah umno....
Quote kyleril 12-9-2018 10:48 AM
nampaknya sis xleh nak bercikur la sgt di obersea.....
Quote seri_mawr 12-9-2018 10:57 AM
dinopower2 replied at 12-9-2018 10:39 AM
yg atas pagar pun bersuara... yg sokong ph dulu nak jatuhkan bijan bersuara....

jgn kata semua  ...

betulllll................

bukan umno je pandai bersuara.....

yang atas pagar n yg bukan penyokong tegar PH akan bersuara....mereka bukan penyokong PH class 1...
mata dan hati mereka belum tutup sepenuhny dgn lambang PH sehingga kan semua nak di iyakan....
Quote ntahapapantah 12-9-2018 11:14 AM
dinopower2 replied at 12-9-2018 10:39 AM
yg atas pagar pun bersuara... yg sokong ph dulu nak jatuhkan bijan bersuara....

jgn kata semua  ...

Macai gred A mmg camtu, kritik gomen otomatik dikatakan orang BN. Sebab tu mudah kena kencing.
Quote chazey 12-9-2018 11:22 AM
Go Najib go go go!
Quote zeed 12-9-2018 11:25 AM
Aku golongan atas pagar tp 2 kali undi ph.pasni aku undi bn pulak.
Quote dinopower2 12-9-2018 11:32 AM
chazey replied at 12-9-2018 11:22 AM
Go Najib go go go!

che det maintain pedajal sabah sarawak... skrg kelate trg kena balik.... khinzir perangai kata kelate byk hutang pusat.... royalti ko sekat.... sumber apa ade ngok... infra ke laut.... jahat nak mamous org tua tuh
Quote meisapoya 12-9-2018 02:26 PM
Troll of the day. I terhibur
Quote buapakperut 12-9-2018 02:33 PM
tapi ironi pak jib oii
Quote chicozinn 12-9-2018 02:42 PM
bukan nk ckap la tpi tggu je la lg 5 thun..xpuas hti lagi kasi tukar la..melainkan ad 1 parti yg kukuh slain bn n ph bru meolss undi yg baru wujud tu..teeheee
Quote Mahathirina 12-9-2018 02:51 PM
belilies replied at 12-9-2018 10:19 AM
Asalkan ada bunyi nak kutuk kjaan baru. Kat bod ci ni kemahen benang dr puak deyols bercambah baga ...


Eh..  tak boleh pulak?  Sasau..  Dulu korang yang dok berkuntum kat sini..  Sekarang dah bau hancing terpaksa la berambos..
Quote matamata 12-9-2018 03:00 PM
Ada perubahan ketara dari segi komen2 kalau refer to FB Najib....majoriti besar sokong dialah....komen dari penyokong2 PH pun ada, tp majoriti jenis "pukul curi" dan byk yg guna fake acc, dan komen lari topic/ recycle....itu yg aku nampak perubahan pola komen sblm dan selepas Najib jadi PM...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.083475 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top