Seorang lelaki membawa kepala isterinya dalam beg plastik hitam selepas membunuhnya dengan sebilah parang. Times of India melaporkan, Satish, 35 bertindak kejam selepas mengesyaki isterinya Roopa, 25 berlaku curang terhadapnya.
Jurucakap polis berkata, ”Pada mulanya, tiada sesiapa mempercayainya, tetapi setelah dia membuka beg ternyata terdapat kepala wanita di dalamnya. ”Dia meminta segelas air kerana letih dan dahaga. Setelah minum, dia berkata ingin menyerah diri dan memberitahu bagaimana dia melakukan jenayah tersebut." Difahamkan pasangan tersebut telah berkahwin sejak enam tahun lepas atas dasar cinta.
Namun 7 bulan kebelakangan mereka mengalami masalah rumah tangga sehingga memaksa isterinya membuat aduan di balai polis menyatakan yang suaminya tidak memberikan duit perbelanjaan untuk rumah dan dua anak mereka. Semasa kejadian, suspek dan mangsa makan tenghari bersama-sama di sebuah gerai sebelum Roopa beredar terlebih dahulu dengan alasan mahu pulang ke rumah. Namun bila Satish menelefon berulang kali, mangsa langsung tidak menjawab panggilan. Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena Seorang lelaki membawa kepala isterinya dalam beg plastik hitam selepas membunuhnya dengan sebilah parang. Dia kemudiaannya menjumpai Roopa sedang berbual dengan seorang lelaki berhampiran sebuah kilang dekat rumah mereka. Berang melihatnya, Satish mengambil parang dan cuba membunuh lelaki tersebut namun dihalang oleh Roopa. Satish terus mencekik isterinya menggunakan sari dan memotong kepalanya. Lelaki tersebut berjaya melepaskan diri dengan beberapa kesan luka. Kepala Roopa dimasukkan dalam beg plastik sebelum Satish membonceng motosikal menuju ke balai polis Ajjampura sejauh 20 kilometer. Polis menyatakan suspek langsung tidak menyesal malah sebaliknya masih tidak berpuas hati kerana tidak dapat membunuh lelaki yang disyaki sebagai kekasih isterinya itu. -CARI
|
29
Bagus |
46
Marah |
43
Terkejut |
31
Sedih |
42
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
suspek langsung tidak merasa kesal akan perbuatannya itu malah dia tidak berpuas hati kerana tidak dapat membunuh kekasih isterinya.
zulka replied at 13-9-2018 09:59 AM
elok la ko bunuh bini ko, kalau ko bunuh lelaki tu bini ko gak yg untung.. ko dah tentu2 hukum mati
jazaa100 replied at 13-9-2018 01:10 PM
Entah entah isteri dia nk pinjam duit nk beli susu anak.....dah dia tak bg duit belanja....
ADVERTISEMENT