Jenama Tupperware memang menjadi kegilaan ramai wanita. Sebab itulah, ada yang sanggup menabung semata-mata untuk membuat koleksi. Ada yang beranggapan mereka yang menggunakan barang-barang jenama Tupperware boleh dianggap kaya dan berduit. Maklumlah, ramai yang merasakan barang-barang jenama Tupperware ini sangat mahal. Tetapi ia sangat berbaloi kerana jenama Tupperware terkenal dengan produknya yang berkualiti dan tahan lasak. Ada wanita yang membeli semata-mata untuk membuat koleksi kerana sayang untuk menggunakannya. Iyalah, jika hilang, sudah pasti membuatkan hati pemilik Tupperware merasa resah dan sedih. Apabila membekalkan makanan kepada suami dan anak-anak di dalam bekas jenama Tupperware, pasti pesanan diberi berkali-kali agar menjaga bekas Tupperware itu dengan baik agar tidak hilang. Betul tak?
Kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini boleh dijadikan iktibar buat semua, terutamanya peminat Tupperware. Hanya di sebabkan botol air jenama Tupperware, ada netizen yang bertindak seperti orang yang tidak waras dan menuduh orang lain mencuri botol airnya tanpa memeriksa terlebih dahulu. Melalui komen-komen yang diberikan oleh netizen, ramai yang merasakan sikap menuduh tanpa memeriksa itu sangat tidak patut. Perangai wanita itu sungguh memalukan sehingga menimbulkan kekecohan di wad hospital hanya kerana botol air jenama Tupperware. Apa salahnya dia bertanyakan dengan baik atau memeriksa botol air miliknya terlebih dahulu. Netizen gelak sebab lucu Ramai juga netizen yang tergelak membaca kisah ini kerana merasakan ia sangat lucu. Hanya disebabkan botol air Tupperware yang mampu milik itu pun hendak bising dan bergaduh. Jika terlalu sayang dan takut botol air jenama Tupperware itu dicuri, lebih baik simpan sahaja di rumah dan guna sahaja botol air yang lebih murah. Barulah kes sebegini tidak berlaku dan memalukan diri sendiri. Baru botol air berjenama, belum lagi barang kemas yang hilang Ada netizen yang berasakan kes yang berlaku ini sangat tidak masuk akal. Itu baru botol air jenama Tupperware yang berharga RM25 sebotol, belum lagi barang-barang jenama lain atau barang kemas yang dikatakan hilang. Langsung tak minta maaf Netizen turut tidak berpuas hati dengan sikap wanita yang keterlaluan menuduh orang mencuri botol airnya tetapi langsung tidak memohon maaf. Sedangkan botol air miliknya nya elok tersimpan di dalam beg miliknya. Nampak sangat dirinya yang bongkak dan suka menjari pasal dengan orang sekeliling. Kalian yang mempunyai barang-barang jenama Tupperware jangan pula bersikap seperti itu ya! Sangat memalukan. Jika sayangkan barang-barang jenama Tupperware kalian itu dan tidak ingin diambil orang, lebih baik simpan dan guna sahaja di rumah. Barulah selamat. Betul tak? - CARI |
23
![]() Bagus |
33
![]() Marah |
16
![]() Terkejut |
27
![]() Sedih |
28
![]() Lawak |
39
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
skinsandstars replied at 13-9-2018 04:53 AM
Mcm kisah benar yang ditambah2 garam lada hitam dan lain2 ja ni. Macam over ja conversation yang dia ...
nisako replied at 13-9-2018 12:17 PM
wth botol air je pun...………..
ADVERTISEMENT