CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lagu-lagu Berhantu Yang Pernah Mencetuskan Kekecohan Ramai! Pernah Kena?

18-9-2018 12:38 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 22403| Komen: 62|Original author: Oleh: Ferr_Remy

Lagu-lagu yang kononnya berhantu dan mampu menyeru makhluk halus sering kali menjadi buah mulut rakyat Malaysia mahupun negara seberang dari dulu sehinggalah kini. 

Berikut merupakan senarai lagu yang diperkatakan ramai sebagai lagu "berhantu" dan pernah menggemparkan negara.


Seksa - Ukays


(Carian Internet)

Lagu nyanyian Ukays ini pernah menjadi siulan pemuda pemudi sekitar 90-an di seluruh negara. Liriknya yang puitis lagi romantis menjadi pujaan ramai terutama di kalangan anak gadis. Tetapi, lagu ini juga dikatakan berhantu dan terdapat pelbagai cerita mengaitkan lagu ini dengan gangguan makhluk halus. 


Semuanya bermula dengan cerita seorang penghuni asrama yang dikatakan menyanyikan lagu ini ketika mandi berseorangan di dalam bilik air tempat penginapannya. Ketika menyiulkan bait-baik lirik lagu ini yang berbunyi "Walaupun lena ku panjang...", satu suara yang tidak dikenal pasti turut menyertainya menyanyikan lagu tersebut dengan suara garau dan menukarkan lirik lagu itu kepada "Walaupun leher ku panjang...". 

Sebaik lagu itu didendangkan, kelihatan satu kepala berleher jinjang mengintainya dari atas sebelah bilik mandinya. Cerita itu terus tersebar dari mulut ke mulut dan orang ramai pun mula membuka cerita seram mereka tersendiri yang kononnya dialami ketika menyanyikannya di bilik air.


Sephia - Sheila On 7



Sephia merupakan sebuah lagu yang cukup popular baik di Malaysia mahupun di Indonesia sekitar tahun 2000. Terdapat banyak kisah dan spekulasi mengatakan bahawa lagu ini dicipta oleh komposernya selepas beliau diganggu panggilan telefon lewat malam daripada gadis bernama Sephia disertai dengan pelbagai kejadian aneh. 

Akhirnya, beliau meyiasat sendiri dari mana asal usul Sephia dan dikhabarkan bahawa Sephia telah lama meninggal dunia dan merupakan salah seorang peminatnya. Eross mendedikasikan lagu tersebut khas buat peminatnya yang bernama Sephia.


Nina Bobo - Mustika



Nina Bobo merupakan lagu yang amat popular di negara seberang yang digunakan untuk menidurkan bayi kecil. Asal usul lagu ini dikatakan dicipta oleh pasangan suami isteri berketurunan Jawa-Belanda bernama Van Rodjnik dan Mustika. 

Mustika sering mendodoikan bayi mereka bernama Nina sehingga tertidur menggunakan lagu ini sehinggalah Nina meninggal dunia ketika berusia 6 tahun. 

Walaupun Nina sudah tiada, ibunya Mustika dikatakan masih mendengar tangisan Nina yang memanggilnya mendendangkan lagu tersebut waktu larut malam. Akibat tidak dapat menerima kenyataan bahawa Nina sudah tidak wujud lagi selain tekanan perasaan dan kesedihan memeritkan, Mustika menyusul pemergian anaknya. 

Selepas kematian Mustika, suaminya pula diganggu Nina setiap malam sehingga membuatkan beliau turut menyanyikan lagu tersebut sehinggalah meninggal dunia.


Menanti Kekasih - Alda Risma



Dikatakan merupakan lagu terakhir nyanyian arwah Alda Risma, lagu ini kononnya dirakam Alda sendiri selepas beliau meninggal dunia. Pengurus Alda khabarnya tidak pernah tahu dari mana datangnya lagu tersebut. 

Pelbagai andaian dan spekulasi dibuat mengenai lagu ini dan ianya masih menimbulkan tanda tanya penduduk di Indonesia mahupun Malaysia sehinggalah saat ini. 

Seni kata lagu yang menyeramkan ditambah dengan hilai tawa penyanyinya di pengkahiran lagu mampu membuatkan bulu roma sesiapa saja yang mendengarnya, berdiri tegagk!


Pulangkan/Ku Seru - OST Pontianak Harum Sundal Malam



Kedua-dua lagu ciptaan Ajai, nyanyian Misha Omar ini juga dikatakan berhantu apabila terdapat bermacam-macam cerita seram dilaporkan di seluruh negara. 

Misha Omar sendiri mengaku pada mulanya, beliau berat hati untuk menyanyikan lagu Ku Seru iaitu kesinambungan lagu Pulangkan akibat diganggu makhluk tersebut ketika sesi rakaman. 

Ada juga yang mengatakan, sekiranya lagu ini dipasang pada malam hari ketika memandu berseorangan, kereta anda akan ditumpang "seseorang". Seseorang yang dimaksudkan, bagaimanapun bukanlah manusia, tetapi dikatakan pontianak atau langsuir! 

Entah betul entah tidak, hanya anda yang membacanya dapat membuktikan kesasihan cerita ini.


Selamat Malam - OST Malam Satu Suro



Siapa saja yang pernah menonton filem seram Malam Satu Suro lakonan Suzanna pasti tidak asing dengan lagu ini, bukan? Mendengar lagu ini sahaja sudah cukup untuk menaikkan bulu roma kita, apatah lagi ketika menonton adegan kuntilanak di dalam filem tersebut ketika mendendangkan lagu ini diiringi alunan piano. 

Lagu ini juga dikatakan mampu untuk menyeru makhluk halus terutamanya pontianak sekiranya dimainkan pada tengah malam.


Kelam Malam - OST Pengabdi Setan 



Lagu yang dipetik dari runut bunyi filem Pengabdi Setan ini tidak kurang hebatnya. Nyanyian membuai perasaan disertai muzik yang cukup syahdu ini sekiranya didengari pada waktu malam mampu membuatkan kita mengalami mimpi ngeri. 

Lagu ini juga dikatakan berhantu kerana terdapat pelbagai cerita yang kurang enak berlegar di laman sosial mengenai penampakan susuk kelibat hitam apabila lagu ini dimainkan pada waktu malam.


Cindai - Datuk Seri Siti Nurhaliza



Lagu ciptaan Pak Ngah nyanyian penyanyi nombor satu negara ini pernah diangkat sebagai lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu pada tahun 1998. Kehebatan lagu ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi, malah lagu ini masih menjadi siulan ramai tidak kira peringkat umur sehinggalah sekarang. 

Lagu ini juga dikaitkan dengan pelbagai cerita mistik di seluruh negara, malah ia turut menjadi buah mulut di negara seberang. Cindai yang bermaksud "pontianak" dalam bahasa Indonesia dikatakan boleh menyeru makhluk halus tersebut sekiranya lagu ini diputarkan pada waktu lewat malam. 


Lingsir Wengi



Lagu yang berasal dari Indonesia ini dikatakan merupakan lagu pemujaan makhluk halus di negara seberang. Lagu ini juga sangat popular sehingga sering digunakan sebagai lagu latar filem-filem seram terbitan produksi filem di Indonesia. 

Lagu yang disertakan dengan seni kata seakan mantera ditambah pula dengan nyanyian yang mendayu-dayu menambahkan keseraman lagu ini. Cerita penampakan pontianak mahupun langsuir ketika lagu ini dimainkan bukanlah asing untuk penduduk di sana. 


Ulek Mayang - Lagu Rakyat Terengganu/Malaysia



Ulek Mayang merupakan lagu rakyat negeri Terengganu dan digunakan untuk tujuan perubatan ghaib yang diamalkan suatu masa dahulu. Pelbagai cerita seram dan menakutkan dikaitkan dengan lagu ini dilaporkan di seluruh negara. 

Cerita mengenai ganguan makhluk halus, histeria dan sebagainya bukanlah sesuatu yang pelik untuk didengari sekiranya lagu ini dimainkan. Tetapi kini, lagu Ulek Mayang hanya diperdengar dan dipersembahkan sebagai lambang kesenian budaya Melayu semata-mata tanpa bacaan mantera yang dianggap khurafat.

Anda pernah dengar lagu-lagu tersebut pada waktu malam? Pernah diganggu? Atau anda ada pengalaman diganggu ketika mendengarkan lagu-lagu berhantu lain yang tiada di dalam senarai di atas? Jangan lupa tinggalkan komen dan pengalaman anda ketika mendegar lagu-lagu tersebut di sini! - CARI
28

Bagus
29

Marah
42

Terkejut
20

Sedih
19

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (176 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 18-9-2018 01:00 PM
Tu blom.lagi.kena
Marrobbuka...
Lagi seram okeh
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 01:05 PM
shernazz replied at 18-9-2018 01:00 PM
Tu blom.lagi.kena
Marrobbuka...
Lagi seram okeh

Lagu ape tu?
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 01:06 PM
Nak tambah dlm list, SEMALAM BOBO DI MANA?
Quote supernaturalee 18-9-2018 01:12 PM
pic last
batu besar kt belakang penari
sebelah kiri tu
mcm muka org



Quote kikuri 18-9-2018 01:14 PM
lagu bobo dimana pun hantu jugak... dah berapa hari melekat sora sajat dalam pala aku neh
Quote shernazz 18-9-2018 01:19 PM
Ferr_Remy replied at 18-9-2018 01:05 PM
Lagu ape tu?

Hahaha..saje je uols...
Soklan.malaikat kat kubur..kui kui kui..
Dolu ada cite pasal.lagu berhantu yang damasutra ke apa
Tajuknya umpama.mimpi.dalam mimpi..
Kesah org eksiden tunggu di simpang kot...
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 01:22 PM
shernazz replied at 18-9-2018 01:19 PM
Hahaha..saje je uols...
Soklan.malaikat kat kubur..kui kui kui..
Dolu ada cite pasal.lagu berhan ...

Patutla dengar tajuk Marabukka terus iols meremang huhu. Nnt i check pasal lagu Damasutra tu.
Quote buapakperut 18-9-2018 01:22 PM
lagu yang paling berhantu nyanyian kelly azman yaitu no no no. seram hokehh
Quote shernazz 18-9-2018 01:26 PM
Ferr_Remy replied at 18-9-2018 01:22 PM
Patutla dengar tajuk Marabukka terus iols meremang huhu. Nnt i check pasal lagu Damasutra tu.

Ok..try cr..iols dengar dengar dr mulut aje pasal.mende tu...
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 01:27 PM
supernaturalee replied at 18-9-2018 01:12 PM
pic last
batu besar kt belakang penari
sebelah kiri tu

Cuba bulatkan. X nmpak.
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 01:29 PM
buapakperut replied at 18-9-2018 01:22 PM
lagu yang paling berhantu nyanyian kelly azman yaitu no no no. seram hokehh

Seram2 catchy smpai waktu iols dengar, terus melekat dlm kepala walaupun penyanyi n sorenya hauk.
Quote salmon-suki 18-9-2018 01:36 PM
Penah dlu2 cube nyanyi lagu cindai duk sensorg dlm bilik,ngadap cermin sbb nk tgk btul ke x lagu tu berhantu..rasa seriau seram sejuk tu ade,tp Alhamdulillah,xde pape mncul..hehehe
Quote umbut 18-9-2018 01:40 PM
Lagu umpama mimpi dlm mimpi.. damasutra
Quote Minah Komando 18-9-2018 01:57 PM
lagu menanti kekasih alda risma tu serius seremmmmm
Quote dakewa 18-9-2018 02:02 PM
Lagu cindai tu kawan2 hakak penah cakap jgn nyanyi dalam bilik air nanti ade org nyanyi sekali.
Punyalah gigih hakak menahan menyanyi lagu tu walaupun dalam hanya menyanyi dalam hati.
Akott itew
Quote matchstick 18-9-2018 02:10 PM
lagu nasyid 'bila izrail  datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan....'
Quote tikusmontok 18-9-2018 02:29 PM
Minah Komando replied at 18-9-2018 01:57 PM
lagu menanti kekasih alda risma tu serius seremmmmm

lagu 'aku tak biasa' pun lagu dia rupa2nya. sedap jugak suara dia.

cuba nak dgr lagu menanti kekasih..starting jer dah seram terus tak jadi.
Quote supernaturalee 18-9-2018 02:33 PM

mcmn nk bulatkan gmbr?

ekceli sblh kanan kita


Quote supernaturalee 18-9-2018 02:41 PM
tikusmontok replied at 18-9-2018 02:29 PM
lagu 'aku tak biasa' pun lagu dia rupa2nya. sedap jugak suara dia.

cuba nak dgr lagu menanti ke ...

melodi lagu ni sedap je
lirik je mcm tut

"ayuh mati..bunuh diri"

what the heck???

xrs lh ni alda
xmcm suara die pun
alda tu suara dia lbh halus
ni mcm besar sikit




Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.061012 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top