Malang nasib pengantin baru apabila bapa mentua tergamak menodainya selepas meletakkan sesuatu ke dalam minuman mangsa. Lebih menyedihkan, perbuatan bapa mentuanya itu dirakam kakak iparnya dan mengugut akan menyebarkannya jika dia melaporkannya kepada polis, lapor Mirror.
Menurut laporan, mangsa mendakwa kakak iparnya telah memasukkan sesuatu di dalam susunya yang kemudian menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Wanita itu, bagaimanapun nekad membuat laporan di balai polis di Ambala, India pada 12 September. Memetik Times of India, polis menahan bapa mentua dan kakak ipar mangsa atas tuduhan menganiaya dengan memberi racun, merogol, bersubahat merancang jenayah dan melakukan jenayah seksual terhadap wanita sudah berkahwin.
"Kami sudah memulakan siasatan ke atas kes, tetapi tiada tangkapan dibuat buat masa ini," kata jurucakap polis. Menurut media tempatan, keluarga mentua mangsa tidak berpuas hati dengan hantaran kahwin daripada pihak perempuan apabila dia berkahwin pada Februari lalu. Lebih mengeruhkan keadaan, suami mangsa juga dilaporkan melakukan penderaan fizikal terhadapnya. Mangsa kemudian mengadu kepada kakak iparnya yang kemudian berkomplot melakukan serangan berkenaan. - CARI
|
14
Bagus |
13
Marah |
19
Terkejut |
14
Sedih |
28
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 18-9-2018 12:19 PM
Seperti yang dijangka pasti berita dari India
shernazz replied at 18-9-2018 12:43 PM
Gila.lah..
Smalam iols baca.thread blogger n search pasal yang minah taiping tu..
Astaga..ada yang ...
raxief replied at 18-9-2018 01:22 PM
minah tepeng mane ni
shernazz replied at 18-9-2018 01:25 PM
Ada yang kena rogol dek kawan kawan bf dia kat taiping tu
Nurul nafisha.kot.nama.dia...
raxief replied at 18-9-2018 01:28 PM
oh dia tu ke? kes tu dh masuk court kan
shernazz replied at 18-9-2018 12:43 PM
Gila.lah..
Smalam iols baca.thread blogger n search pasal yang minah taiping tu..
Astaga..ada yang ...
umbut replied at 18-9-2018 01:51 PM
Mana nak baca?
Ni kes instafamous kena rogol tu ke?
ADVERTISEMENT