CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Siti Nordiana Dikritik Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza Langsung Tak Sedap

18-9-2018 03:44 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11173| Komen: 35|Original author: Oleh: Azza





Apabila Siti Nordiana dijemput sebagai penyanyi undangan di dalam program realiti Big Stage, ramai yang memandang sinis. Bagi mereka Nana menyanyi dengan nada monotanous sahaja yakni langsung tiada kepelbagaian tonasi. Biarpun sepatutnya tumpuan utama diberikan kepada peserta BBNU ini, namun ternyata penyanyi undangan juga tidak terlepas dari pelbagai kritikan netizen.

Berduet dengan Afieq Shazwan dalam pusingan separuh akhir, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana dikecam kerana membawakan lagu secara sambil lewa. Apatah lagi tatkala menggalas tanggung jawab menyanyikan lagu Muara Hati (penyanyi asal Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip) membuatkan ramai netizen menyerangnya.


Kredit foto: Twitter



Ramai yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka kerana Siti Nordiana tidak membawakan lagu tersebut dengan baik. Apatah lagi penyanyi asal lagu tersebut, Dato' Siti Nurhaliza berada di hadapan sebagai panel juri didakwa kononnya berasa sedih.

Selain itu, Nana juga didakwa bukanlah rakan duet yang bagus kerana dilihat agak malas hingga memberi kesan buruk kepada peserta iaitu Afieq yang dilihat sangat bersungguh-sungguh ketika membawakan lagu tersebut. Netizen juga turut memberi contoh ketika dia dijemput sebagai rakan duet Lan Kristal dalam Gegar Vaganza yang mempersembahkan nyanyian hambar.


Foto : IG Afieq

"Sebenarnya Siti Nordiana tak berapa sesuai nyanyi sebarang lagu Siti Nurhaliza. Tona suara yang seakan sama membuatkan semua orang buat perbandingan. Sepanjang Nana nyanyi lagu Tok Ti, kebarangkalian lagu Siti jadi tak best adalah sangat tinggi."

Itu kata-kata mereka yang mempertikaikan suara Siti Nordiana. Namun begitu, masih ramai yang mempertahankan penyanyi hitam manis ini dalam mengalunkan lagu dengan stail tersendiri. Komen yang terlalu merendah-rendahkan Nana ini sebenarnya sangat tidak beradab kerana mengkritik tanpa asas. Malahan Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana sudah biasa dikritik, cuma usahlah keterlaluan hingga menyentuh peribadi seseorang individu tersebut.




"Yang komen Siti Nordiana nyanyi tak best, cuba fikir. Mungkin dia buat-buat biasa sebab tidak mahu overshadow Afieq, kalau dia nyanyi betul-betul, tenggelam peserta sebenar nanti."


Malahan ramai yang menuding jari ke arah pihak stesen televisyen yang sebenarnya sengaja mencipta kontroversi untuk melakukan lagi program tersebut. Walhal dari awal pihak stesen sudah tahu isu ini akan meletus kerana perbandingan nyanyian antara dua Siti tersebut.


Foto : IG Afieq

Antara Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana, kedua-duanya mempunyai keistimewaan sendiri. Adalah lumrah jika Siti Nordiana mempunyai lenggok seperti penyanyi nombor satu negara kerana Nana muncul agak lambat berbanding Siti Nurhaliza dan ketika itu memang ramai yang menyanyi seakan-akan ibu kepada Afiaa ini.

Bagaimanapun untuk mengkritik Nana seperti malas menyanyi agak keterlaluan kerana ramai yang nampak usahanya untuk memberikan yang terbaik kepada penonton. Apa yang penting, duetnya bersama Afiq membawa tuah kerana Afieq mara ke peringkat akhir bersama empat lagi peserta. Adakah keputusan mungkin berbeza jika bukan Nana yang menyanyi? - CARI 


30

Bagus
24

Marah
23

Terkejut
24

Sedih
24

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 18-9-2018 03:54 PM
aah mmg nana nyanyi tak sedap sikit malam tu...iols syak sheols taknak overshadow afieq
Quote sukacactus 18-9-2018 04:03 PM
Aku bukan karat mana2 penyanyi tp mlm tu mmg nana nyanyi xsedap
Ingat aku je yg rasa dia mcm malas & x sungguh2 nyanyi
Quote masdiana-ana 18-9-2018 04:26 PM
sapa yg kata lagu tok tie senang..ingat lg nana dah dua kali menhaukkan lagu tok tie..so lain kali tak pyahlah bg lagu tok tie suruh nana nyanyi..
Quote eija2013 18-9-2018 04:27 PM
ai pon dgr x sedap...tapi mgkin sbb xnak sungguh2 sgt...kang tenggelam plak budak afiq tue....kena hentam lagi klu overshadow peserta....
Quote masdiana-ana 18-9-2018 04:31 PM
masa siti nana nie berduet dgn amir masdi untuk konsert afmegastar pun nampak sambil lewa jer duet ..mcm nak tak nak jer.. ada beza overshadow peserta dgn sambil lewa tapi biasalah astro memang suka jemput siti nana nie untuk jadi penyanyi jemputan duet so GV 5 harap siti nana tak pyah dijemput lagi untuk jadi rakan duet
Quote buragazz 18-9-2018 04:56 PM
hyie replied at 18-9-2018 03:54 PM
aah mmg nana nyanyi tak sedap sikit malam tu...iols syak sheols taknak overshadow afieq

Aku penyokong Nana aku tak pasti lah kes tak nak overshadow ke hapa.. tapi mlm tu memang kureng sikit nyanyian dia mungkin kerana CTNana punya suara halus dan bak kata Tokti penghayatan kene sangat bagus suara DCT besar sikit so bila dia nyanyi terdengar padat bila Nana nyanyi bunyi kosong sikit pasal tone suara.. cer tgk Sarah nyanyi Nisan Cinta memang padat dan sedap..
Lagi satu lagu Muara HAti tu ada modulation masa awal.. lagi la hauk... all in all memang off sikit CTNana nyanyi malam tu sorry Nana i tetap love u..


Quote BoLapciOus 18-9-2018 04:58 PM
sebenarnye kalau nk nyanyi lagu tokti korang kena improvise..buatla lagu tu jadi reggae ke,pop yeh2 ker so that org xkan comparekn ko ngan tok ti..cause without doubt sore tokti very the merdu..so artis kena lebih kretiplah yer..i love both of them..nalerekek!heheh
Quote ItisDD 18-9-2018 05:04 PM
X nak afiq tu tenggelam kot
Quote dekmieDandy 18-9-2018 05:08 PM
xde orang nak komen pasal baby shima nyanyi ku mahu tu ke

lagi hauk aku dengar
Quote datinamanda 18-9-2018 05:09 PM
suara sheols tak berapa sesuai utk lagu2 tokti
Quote hyie 18-9-2018 08:42 PM
dekmieDandy replied at 18-9-2018 05:08 PM
xde orang nak komen pasal baby shima nyanyi ku mahu tu ke

lagi hauk aku dengar

iols nak komen yach

bagi iols, baby shima bawak lagu tu dalam versi dia, atas bantuan susunan muzik yang baru. Plus haiza bawak pon sedap sebab sheols improvise ikut versi sheols sendiri. So serba sedikit hilang bayangan ct, dan iols rasa macam bukan lagu siti pon. Maybe sebab tu orang tak/kurang persoalkan. Lagipun tak berapa dengar sangat vokal baby shima..showmanship sheols kelihatan comel yach
Quote hyie 18-9-2018 08:44 PM
masdiana-ana replied at 18-9-2018 04:31 PM
masa siti nana nie berduet dgn amir masdi untuk konsert afmegastar pun nampak sambil lewa jer duet . ...

itulah komen tokram kat nana masa sheols jadi duet undangan untul lan masa GV haritu
Quote hyie 18-9-2018 08:48 PM
buragazz replied at 18-9-2018 04:56 PM
Aku penyokong Nana aku tak pasti lah kes tak nak overshadow ke hapa.. tapi mlm tu memang kureng si ...

iols pon rasa annoyed dengan vokal sheols yang halus sangat tu. Lagu2 lama dia iols tak layan sangat sebab kedengaran agak kgdotcom sket maybe bukan selera iols lah khuens...tapi single hatiku milikmu iols suka sangat dan lagu tu sangat sesuai dengan vokal halus sheols, selain lagu sebenarnya duet dengan alif satar tapi yang ni suka part intro je la hehe...lagu ciptaan sheols yang release sebelum hatiku milikmu (lupa tajuknya) pun iols rasa malas nak dengar sebab vokal dia agak kedengaran menyeringai sket...yiiihhhhhh
Quote nazrul90 18-9-2018 08:53 PM
suara nana ni kalau kena dengan lagu, ok la.
Quote wordlife 18-9-2018 09:22 PM
sitizoners mmg sejenis yg suka cari pasal khuens dekat twitter
Quote danieladam 18-9-2018 09:31 PM
Kali ni iols mcm setuju la..lama iols amati sjk persembahan ct nana masa sukan sea dan duet ct nana nyanyi lagu tok ti. Mmg di telinga iols dgr kurang sedap. Iols macam rasa lagu2 Tok Ti terlampau besar utk dibawakan oleh ct nana. Mcm x cukup rempah ratus gitu..jauh sangat perbezaan dan kemampuan suara antara ct nana utk mengejar Tok Ti.

Tp masa zaman remaja, Tok Ti dan Ct Nana pernah duet lagu Dekat Tapi Jauh, rasa masa tu mcm suara Ct Nana ok jah bila dicombinekan dgn suara Tok Ti. Mybe lagu tu senang nyanyi kot.

skrg ni pon rasa mcm terlalu halus plak suara Ct Nana. Sometimes jadi bingit bila di not2 tinggi. Manakala Tok Ti di not tinggi masih bulat suaranya, tapi kalau terlalu tinggi jadi sengau.
Quote nishikido 18-9-2018 09:32 PM
buragazz replied at 18-9-2018 04:56 PM
Aku penyokong Nana aku tak pasti lah kes tak nak overshadow ke hapa.. tapi mlm tu memang kureng si ...

Betul penjelasan chuolls..I sokong.suara nana halus jadi bila nyanyi lagu tokti rasa flat dan kosong sebab vokal tokti besar..shiha zikir i rasa antara penyanyi yg punya range sama cam tokti..

Lagi satu I perasan nana ni macam xnak overshadow pasangan duet but end up cam dia x sungguh2 .. knowing nana,dia kan cam sopan2 gitu,she takot she melebih2 kot sedangkan she cuma undangan jer..but who knows..yg penting,I tak move on lagi nana nyanyi putus terpaksa 2.. phenomenal.hihi
Quote budakshinchan 18-9-2018 09:42 PM
siti nyanyi lagu sendiri pon hauk skrg ni..  x sedap mana..  
Quote RatuDunia94 18-9-2018 11:05 PM
Style nyanyian nana tu leman kampung felda sendaya  belah2 pedalaman tepi sungai sangat.. siti pon leman juga tp xde la setiap lagu sheols nak nyanyi style kuala lipis..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035862 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top