CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bagi Saya Kenapa Nak Membazir Duit Kat Kereta Mahal? - Rhys William Puji Wira

20-9-2018 11:27 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9205| Komen: 46|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Rhys William dan Google
Ramai yang mengimpikan untuk memiliki kereta mewah kerana ia melambangkan status dan darjat. Lebih-lebih lagi, mereka yang memakai kereta mahal dan mewah lebih dipandang orang dan dianggap seorang yang berduit. Sebab itulah, ada dalam kalangan rakyat negara ini yang gemar membeli dan memakai kereta keluaran luar negara dan langsung tidak berminat dengan kereta buatan tempatan yang dikatakan tiada class.  

Seorang pengguna Twitter yang juga seorang individu yang dikenali iaitu Rhys William yang berasal dari United Kingdom tetapi sudah lama menetap di Malaysia telah memuat naik status tentang kereta. Dia berpendapat mengapa perlu memakai kereta yang mahal atau mewah jika keperluannya hanya sama bagi setiap orang. 

Dia sebelum ini telah memuat naik status tentang kereta Wira yang dianggap sebagai kereta yang mampu mencorakkan zaman yang mana turut menjadi kereta kebanggaannya. Oleh itu, ada netizen yang bertanyakan mengapa dia memilih kereta tersebut berbanding Range Rover? Jadi, status ini menjawab kepada soalan tersebut dan ditujukan juga buat netizen yang terlalu ghairah ingin memiliki kereta mahal atau mewah tetapi tidak berkemampuan. 



 Status Twitter Rhys William yang bangga menggunakan kereta Wira


Ramai kutuk kereta keluaran Malaysia 
Ada netizen yang bersetuju dengan tipikal kebanyakan orang Melayu yang tidak mahu menggunakan kereta keluaran Malaysia kerana dikatakan tidak berkualiti dan lebih mempercayai kereta buatan negara luar. Kadang-kala ia bukan kemahuan seseorang untuk tidak menggunakan kereta buatan tempatan tetapi malu atau lebih kepada menjaga status. Bak kata pepatah, biar papa asal bergaya. 



Pakai kereta mahal untuk kepuasan diri
Ada netizen yang berpendapat, kebanyakan yang memakai kereta mewah adalah untuk memuaskan kemahuan mereka. Bagi yang mampu dan bergaji besar, apa salahnya. Tetapi, kalau yang kerja biasa-biasa dan rumah pun masih menyewa tetapi memakai kereta mahal dan mewah, ia memang tidak berbaloi. 

Kenapa mat saleh suka pakai kereta keluaran Malaysia?
Yang peliknya, ramai netizen yang perasan kebanyakan mat saleh atau orang negara luar yang tinggal di negara ini lebih suka memakai kereta keluaran Malaysia sedangkan ada yang mampu untuk memakai kereta yang lebih mahal harganya. Kenapa agaknya ya? 


Kereta Wira tahan lasak
Ramai yang bersetuju kereta Wira adalah salah satu kereta berkualiti keluaran negara dan tidak banyak menimbulkan masalah kepada si pemakai. Sebab itulah ramai yang gemar menggunakan kereta Wira walaupun mampu membeli kereta Honda, Toyata atau sebagainya.


Pakai saja kereta apa pun, asalkan kereta itu boleh memudahkan untuk bergerak ke mana-mana dan tidak banyak menimbulkan masalah pada diri sendiri. Jangan terlalu mengikut nafsu atau mengambil kira pandangan orang sekeliling kerana kita sendiri tahu dan sedar akan keperluan dan kehendak dalam hidup. Setuju tak? - CARI

14

Bagus
22

Marah
19

Terkejut
12

Sedih
48

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 20-9-2018 11:42 AM
Mmg ada org bangga pakai kereta jenama luar
Peleceh kita yg pki kereta proton
Walaupun kereta tu mak pak dia yg byr
Quote palmolive 20-9-2018 11:42 AM
bukan fiat picanto..kia picanto
Quote nisako 20-9-2018 11:53 AM
wira mmg tahan oooo
Quote EvieWanKenobi 20-9-2018 11:58 AM
wow.. dia boleh berbahasa Melayu..
Quote BebeQ 20-9-2018 12:10 PM
EvieWanKenobi replied at 20-9-2018 11:58 AM
wow.. dia boleh berbahasa Melayu..

Mamat ni selalu masuk tv kot. Masuk blog & youtube pun muka dia juga. Who r yusss ke sis?
Quote BoLapciOus 20-9-2018 12:11 PM
jnji bln2 ckup mkn..xde hutang,otak xserabut
Quote Gingerly 20-9-2018 12:15 PM
Org beli kete mahal sbb body kuat safety lebih baik. Atas jalan nyawa jgn dibuat main. Kereta kalau tahan lama tapi sekali accident remuk mcm kancil, kau nak kata apa? Body kete msia tau2 jelah.
Quote shernazz 20-9-2018 12:25 PM
Tapi.wira lama.mmg org cari la...
Pakcik iols pakai.wira yang lama...masih org cari..nak.buat racing katanya...
Racing atas litar.la...
Quote saviour_09 20-9-2018 12:28 PM
my 1st car
betul tak banyak ragam
cuma jodoh tak berpanjangan
Quote Artemesiaa 20-9-2018 12:28 PM
Betul tu beli ikut kemampuan bukan ikut poket orang.  Tapi kalau berkemampuan silakan jer.
Quote haliamerah 20-9-2018 12:32 PM
ade makcik tu kate beli kete mahal,baru lah org xpandang rendah...

xksh pun nak ade kete mahal ke local car ke..local car tu blh je ko gune buat ulang alik keje n paso...kete mahal utk weekedn car je la..ni beli kete mahal2,bawak g keje yg kena ulang alik puluh km..pastu kete xde parking xde garaj.. sedih jgk kan...

beli ikut kemampuan n kesesuaian memasing..beli nak menunjuk pun bt pe...

Quote insulin 20-9-2018 01:04 PM
shernazz replied at 20-9-2018 12:25 PM
Tapi.wira lama.mmg org cari la...
Pakcik iols pakai.wira yang lama...masih org cari..nak.buat racin ...

Mentang-mentanglah ia pakai enjin Mitsubishi memang hot habis kereta ni. Sanggup juga ada yang mencuri kereta ni walaupun model lama.
Quote shernazz 20-9-2018 01:13 PM
insulin replied at 20-9-2018 01:04 PM
Mentang-mentanglah ia pakai enjin Mitsubishi memang hot habis kereta ni. Sanggup juga ada yang men ...

Kan..
Sebab enjin tu je sebenornye
Pakcik iols sayang okeh wira buruk dia tu..haha
Quote insulin 20-9-2018 01:21 PM
shernazz replied at 20-9-2018 01:13 PM
Kan..
Sebab enjin tu je sebenornye
Pakcik iols sayang okeh wira buruk dia tu..haha

Enjin dia memang power. Kereta buruk? Dah start berkarat ke? Sayanglah. Cuba nasihatkan dia untuk cat semula kereta dia tu.
Quote lolita737 20-9-2018 01:30 PM
beli keta mewah tp menyewa kt PPRT lepastu keta kena calar sana sini sbb parking xda..

xguna jugak..
Quote shernazz 20-9-2018 01:33 PM
insulin replied at 20-9-2018 01:21 PM
Enjin dia memang power. Kereta buruk? Dah start berkarat ke? Sayanglah. Cuba nasihatkan dia untuk  ...

Not so buruk
Dia pandai jaga
Kata dia la..sebab wira tu dh brapa tahun dh...belas tahun kot..
Huhu....
Sayang lagi kete dari benda.lain woo
Quote L_Z 20-9-2018 01:41 PM
Beli keta mewah.... Pastu meratip petrol mahal.   
Beli keta mewah... Tapi dok umah sewa...
Beli keta mewah... Tapi time cuti Mampo balik kampong ja
Beli keta mewah.. Anak anak sekolah gomen ja

Tepikal org melayu totok
Quote Sazida 20-9-2018 01:44 PM
Gingerly: Org beli kete mahal sbb body kuat safety lebih baik. Atas jalan nyawa jgn dibuat main. Kereta kalau tahan lama tapi sekali accident remuk mcm kancil,  ...


Yeke? Sbb iols penah terlanggar bontot kete wish 4bulan lepas. Sikit je langgar, tp skirt kete wish tu terbukak pastu besi terkeluar. Kete saga iols cuma hancur nom plate n bumper depan terangkat je.,  
Quote Bilissey 20-9-2018 01:46 PM
Saya pernah baca kisah yang viral dulu. Pasangan doktor guna kereta biasa2 je. Kalau pergi jalan jauh, baru sewa kereta besar macam alphard. Idea bagus tu, sebab dia sibuk kerja, pakai kereta mahal pun tak berbaloi

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065410 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top