CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dah Tak Masuk Dapur, Selalu Makan Luar" - Ahmad Maslan Buktikan SST Lebih Murah Dari GST?

21-9-2018 11:49 AM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 5506| Komen: 15|Original author: Oleh: Ain


Jika sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Maslan sering berkongsi resipi masakannya di laman sosial, kini Ahli Parlimen Pontian itu sering 'makan luar' dan berkongsi resit makanan yang dianggapnya mahal sejak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).




Menerusi laman Twitternya kebelakangan ini, Ahmad Maslan sering 'mengeluh' dengan harga makanan di restoran yang dianggapnya mahal sejak pelaksanaan cukai berkenaan.






Selain berkongsi gambar resit, Ahmad mendedahkan terdapat 'caj tersembunyi' dikenakan beberapa restoran tersebut.





Tindakan Ahmad Maslan itu bagaimanapun mendapat kecaman netizen memandangkan beliau sebelum ini tidak pernah berkongsi mana-mana resit di laman sosial ketika era Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Dalam masa sama, netizen juga menyindir Ahmad Maslan yang kini sudah jarang 'masuk dapur', sebaliknya kerap makan di luar sejak cukai SST dilaksanakan.


Masa GST dulu, tak ada pun kongsi resit di Twitter

"Zaman GST dia kata harga murah, tapi selalu masak dan cipta resipi tanpa GST.

"Tapi, zaman SST dia kata harga melambung, tapi asyik makan di luar," sindir netizen.



Malah, ada yang menyifatkan Ahmad Maslan sebagai seorang tidak tahu malu dan bersikap seperti meludah ke langit.


Saya tak lah bodoh sangat - Ahmad Maslan

"Kalau tak nak SST, beli beras makan nasi goreng tanpa SST. Ahmad Maslan ni macam meludah ke langit, tak tahu malu ke?" perli netizen.




Bumbu Desa Malaysia juga telah menjelaskan hal sebenar berhubung 'caj tersembunyi' didakwa Ahmad Maslan, namun dipercayai beliau masih belum membalas tweet berkenaan.


Dah balas tweet Bumbu Desa belum?


Kredit foto: Twitter

Mungkin selepas ini Ahmad Maslan boleh cipta resipi tanpa SST untuk dikongsikan bersama rakyat yang tidak mampu makan di luar? - CARI
41

Bagus
21

Marah
32

Terkejut
29

Sedih
31

Lawak
47

Bosan

Friends Rank (201 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolita737 21-9-2018 12:11 PM
xpernah xkelakar dia ni..
Quote Artemesiaa 21-9-2018 12:15 PM
Yang gi layan orang politik buat hapa buang masa je
Quote sinalegna 21-9-2018 12:32 PM
Kupikir ex menteri2 ni yg tade kije dok post food adventure memasing.. ghopernye netizen lagi takde kije dok melayan siap proof bagai
Quote skinsandstars 21-9-2018 01:50 PM
lolita737: xpernah xkelakar dia ni..


Kan? Aku rasa dia ni kelakar. Tak pernah tak entertaining. Btw dia pegi sarawak kan, bukan rumah dia kan? Korang expect dia masak kat hotel dia ke? Or rumah kawan dia?
Quote prettyuglybabe 21-9-2018 02:10 PM
apa yang dia maksudkan charge tersembunyi tu?
Quote Foxey 21-9-2018 06:02 PM
Tak sangka banyak gak resipi dia dulu2
Quote matkpop 21-9-2018 09:54 PM
gigih nya snap segala. kat sarawak plak tu, jauh nau.
Quote matkpop 21-9-2018 09:55 PM
Foxey replied at 21-9-2018 06:02 PM
Tak sangka banyak gak resipi dia dulu2

nak belajar resipi dia tak?
Quote Foxey 22-9-2018 12:40 AM
matkpop replied at 21-9-2018 09:54 PM
gigih nya snap segala. kat sarawak plak tu, jauh nau.

Jauh eh Sarawak?
Quote Foxey 22-9-2018 12:41 AM
matkpop replied at 21-9-2018 09:55 PM
nak belajar resipi dia tak?

Apa kata you cuba dulu
Quote matkpop 22-9-2018 12:52 AM
Foxey replied at 22-9-2018 12:40 AM
Jauh eh Sarawak?

20 mins kan?
Quote Foxey 22-9-2018 01:18 AM
matkpop replied at 22-9-2018 12:52 AM
20 mins kan?

Naik apa tu boleh sampai in 20 mins?
Quote matkpop 22-9-2018 01:43 AM
Foxey replied at 22-9-2018 01:18 AM
Naik apa tu boleh sampai in 20 mins?

hahah cuba tanya empunya badan yang bagitahu 20 mins tu ahahah
Quote honeystar_11 22-9-2018 06:36 PM
Rasanya betel la kot. Mc'D punya harga rasanya mahal sikit lepas ada SST compare masa GST dulu.
Quote ayamserati 23-9-2018 08:13 AM
Aiii..Wak Mat...balik laa jaga kawasan..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.270521 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top