CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Didakwa Amal Ilmu Hitam, Bekas Pemain Dram Halang Beyonce Dari Mendekatinya

24-9-2018 12:50 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5832| Komen: 19|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kimberly Thompson, bekas pemain drum penyanyi terkenal Beyonce telah menfailkan satu perintah mahkamah untuk menghalang penyanyi itu daripada mendekatinya. Kimberly menuduh Beyonce mengamalkan ilmu hitam yang melampau terhadapnya.


Kredit Foto: ICONICHIPSTER.COM 



Memetik laporan The Blast, Kimberly telah cuba menfailkan perintah itu di Mahkamah Los Angeles pada 19 September lepas tetapi ditolak. Masih tidak berpuas hati, Kimberly menfailkan satu lagi perintah baru menghalang Beyonce mendekatinya. Keputusan mahkamah untuk permohonan baru ini hanya akan didengar pada 10 Oktober nanti.


Kredit Foto: Empressive


Menurut dokumen tersebut, Kimberly mendakwa Beyonce menggunakan magik untuk mengawal kewangannya dan telah membunuh seekor binatang peliharaan kesayangannya. Beliau turut menuduh Beyonce memasang peranti rahsia untuk mendengar perbualan telefonnya. Kimberly juga mengatakan Beyonce telah mencuri hakcipta muzik dan hard drive komputernya.


Kredit Foto: Consequence of Sound

Selain pernah bekerja dengan Beyonce, Kimberly juga pernah bekerja dengan Band 8G dan menjadi salah seorang pemuzik dalam Late Night With Seth Meyers.  Kimberly mempunyai syarikat rakaman sendiri bernama KTMUSIC Productions.


Kredit Foto: PageSix


Kimberly bagaimanapun tidak menerangkan kenapa Beyonce menjadikannya sebagai sasaran untuk ilmu hitam. Pihak Beyonce yang dihubungi oleh laman web Pitrchfork belum membuat sebarang kenyataan berhubung tuduhan Kimberly ini. -CARI

18

Bagus
42

Marah
32

Terkejut
23

Sedih
49

Lawak
44

Bosan

Friends Rank (208 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 24-9-2018 01:32 PM
Wht to expect? Sheols will do anything to put her name on top. Queen of illuminati.
Quote BoLapciOus 24-9-2018 02:33 PM
xkesahla illuminati ke ape..tp ske tgk dia perform..all out!ngeh3
Quote kisahkeaku 24-9-2018 02:55 PM
tp kenapa queen bey nak kenakan ilmu hitam kat org x pemes eh??patutnya buat kat kim k baru laa buku dgn ruas.hahahaha
Quote Sang_Pencinta 24-9-2018 03:03 PM
Pemain dram tu yg ting tong kot?
Quote armin 24-9-2018 03:29 PM
Kalau fikir illuminati macam nak percaya tp mcm delusional pulak sampai nak control kewangan minah tu? Beyonce practically billionaire kot
Quote borrow 24-9-2018 04:35 PM
*Beyoncé’s former drummer claims the singer used “witchcraft” and “powerful dark magic” to control her and her finances.

Kimberly Thompson also accuses the singer of taping her calls, killing her cat and using witchcraft to molest and sexually assault her. Now she wants a restraining order against Bey.


Obviously akan kena reject lor. Ai predict judge juga akan hantar sheols check mental. Kes sihir camni camna nak buktikan ke mahkamah.




Quote giyomi 24-9-2018 05:45 PM
klu betul pengamal ilmu sihir, tak perlu lah nak taping calls dia, bling jer terus dia bole dengar perbualan mereka, tak gitu...lain lar klu bling dia very outdated and tak bole tembus talian tepon
Quote dani-rox 24-9-2018 06:57 PM
kalau beyonce ada black magic, baik sheols jampi apps Tidal lakinya lebih popular drpd Apple Music. ni ala2 sendu di senja nan merah gitu.
Quote Spicymami 24-9-2018 07:51 PM
armin: Kalau fikir illuminati macam nak percaya tp mcm delusional pulak sampai nak control kewangan minah tu? Beyonce practically billionaire kot



Slalunya kewangan dikawal supaya mangsa sentiasa dlm keadaan cukup2 makan je. Klu terlebih kaya nnt takut g publish buku ke buat documentary ke pasal kisah sebenar Beyonce susah plak kan.
Quote missyL 28-9-2018 11:37 PM
kisahkeaku replied at 24-9-2018 02:55 PM
tp kenapa queen bey nak kenakan ilmu hitam kat org x pemes eh??patutnya buat kat kim k baru laa buku ...

She doesn't care about kim k at all.
Quote fazamania 29-9-2018 01:26 AM
Bengong beyonce ni.
Dia curi style amerie dari 2003 sampai berkubur karier minah tu.
Quote evlinne 30-9-2018 12:01 PM
Illuminati pun ada amalkan sex magick laki-laki, laki-pompuan, pompuan-pompuan. Sebab tu pengikut illuminati dorang praktis weird sex magick since Baphomet pun ada boobs mcm pompuan sbb Baphomet tu khunsa. Baca lagi psl pendedahan illuminati n baphomet. Bey is indeed a witch along with Lady Gaga, Katy, Madonna, etc. Katy pun pernah disaman dgn nun sebab nun tu ada bukti Katy tu witch n mental
Quote sharlenetexas 30-9-2018 02:10 PM
Beyonce pun percayakan mak esah.
Quote Orix 30-9-2018 03:00 PM
armin replied at 24-9-2018 03:29 PM
Kalau fikir illuminati macam nak percaya tp mcm delusional pulak sampai nak control kewangan minah t ...

Eh ? Dia dh billionaire ke? Rsenye msih taraf ratus juta je net worth dia
Quote Achubam 30-9-2018 07:01 PM
Beyonce flips hair je baca gossip ni
Quote puccafan 30-9-2018 11:12 PM
evlinne replied at 30-9-2018 12:01 PM
Illuminati pun ada amalkan sex magick laki-laki, laki-pompuan, pompuan-pompuan. Sebab tu pengikut il ...

What...... Ingat kat nusantara je main bomoh2 ni.... Gila la.
Tapi kan, lagu lady gaga tu dulu i selalu dengar, it makes me insane. Tak reti nak cakap. So, i dah stop dengar lagu dia. Last2 dengar lagu backstreet boy & westlife. Hahaha
Quote ibuiqah 19-10-2018 11:37 AM
camana lah gaya omputeh ni guna ilmu itam ye
Quote armin 20-10-2018 02:14 PM
Orix replied at 30-9-2018 03:00 PM
Eh ? Dia dh billionaire ke? Rsenye msih taraf ratus juta je net worth dia

Campur dgn laki heols almost billion dah
Quote minguk 22-10-2018 05:02 PM
mat saleh  pun percaya ilmu hitam?
ewwww so tak maju!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.120065 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top