Jika anda berada di Subang Jaya dan teringin nak makan makanan berkeju, The Mac's Malaysia lah tempat anda harus tuju! Jika anda bertanya ada rakan-rakan Subang anda sekalipun mereka pasti bawa anda ke sini!
Antara sebab penggemar keju seperti anda perlu ke The Mac's Malaysia ialah: 1. Keju yang melimpah ruah 2. Dijual di trak makanan. Siapa yang tak suka kan? 3. Pernah masuk dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan Tak susah untuk mencari gerai ini kerana anda pasti akan ternampak sekumpulan orang yang sedang menanti makanan mereka dengan penuh sabar. Anda juga pasti akan tercium bau keju yang menusuk hidung dan kalbu. Mereka turut menyajikan hot dog dan spaghetti namun kebanyakan pelanggan tentulah memesan menu istimewa mereka iaitu mac and cheese! Antara menu yang wajib dipesan ialah Mac Me Cheese You (RM10) dan Regular Mac & Cheese(RM8). Rasa Regular Mac & Cheese tak ubah seperti KFC cheesy wedges dan keju sebenar digunakan dalam pembuatannya. Mereka juga tak kedekut dengan jumlah keju yang digunakan. Memang berbaloi! Tip: Untuk menu Mac Me Chese You ,mereka turut menggunakan bakon, jika was-was tanya dahulu sama ada ia bakon daging atau tidak ya! The Mac's Malaysia Waktu operasi: 5pm-12.30am, setiap hari Alamat: Behind Petronas USJ 14, Subang Jaya Tel: 016-601 7776 Ayuh ke sana! Tunggu apa lagi! -CARI
|
21
Bagus |
38
Marah |
24
Terkejut |
24
Sedih |
25
Lawak |
55
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT