Komposer yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia, pada jam 3.02 petang semalam.
Berita Harian melaporkan, berita berkenaan disahkan penyanyi, Noraniza Idris yang mendapat perkhabaran duka mengenai pemergian Pak Ngah menerusi anak komposer itu yang bernama Megat. “Salam famili semua. Saya Megat mewakili bapa saya. Dengan rasa sedih kami ingin memaklumkan Pak Ngah selamat kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah,” tulisnya. Sementara itu, menurut sumber terdekat daripada Pak Ngah Production, Abdul Rahman Mahadi, Pak Ngah dihantar ke hospital setelah allahyarham mengadu tidak sedap badan pada malam Maghrib ketika berurusan kerja di Batam Jumaat lalu.
“Setelah berada di sana, allahyarham disahkan mempunyai kegagalan jantung dan kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).” Memetik laporan Bernama, jenazah Allahyarham akan dibawa dari Batam melalui feri pada 8.00 pagi ini dan akan dikebumikan berhampiran kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur. Pak Ngah meninggalkan seorang isteri, Datin Sharifah Mahani Syed Kasim dan seorang anak lelaki dan perempuan.- CARI |
24
Bagus |
28
Marah |
30
Terkejut |
24
Sedih |
29
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT