CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"PhD Dalam Nuklear Fizik, Dari Oxford" - CV Pengerusi MARA Yang Baharu Buat Ramai Kagum

27-9-2018 03:31 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7687| Komen: 38|Original author: Oleh: Azza




Jika sebelum ini, banyak jawatan tertinggi di dalam agensi kerajaan dipengerusikan oleh ahli politik yang sebenarnya tidak berpengalaman dalam profil tersebut, kini stigma tersebut seakan beranjak. Beberapa kerusi Pengerusi kini diberikan kepada golongan profesional yang mampu menyerlahkan lagi keupayaan agensi tersebut.

Terbaharu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri disandang oleh Dr.Hasnita Hashim yang mempunyai 26 tahun pengalaman dalam kewangan global. Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kewangan. Apatah lagi dengan gelaran doktor falsafah dalam Nuklear Fizik membuatkan netizen kagum dengan barisan baharu ini.

Kredit foto: Twitter

Ternyata ramai anak Melayu yang pandai tetapi tidak ditonjolkan, sebaliknya memfokuskan kepada budak Melayu yang kurang bijak. Lebih-lebih lagi apabila ada ahli politik Melayu yang gilakan kuasa hingga membuatkan bangsa lain memandang serong kepada orang Melayu.

Biarpun ramai yang pelik dengan resume Hasnita yang terbang dari Fizik Nuklear ke Kewangan, namun ada netizen yang menyatakan sesiapa yang master dalam Fizik Nuklear, maka subjek kewangan adalah kacang bagi mereka.



Kredit foto: Carian Internet

Maklumlah sebelum ini kebanyakannya dipengerusi oleh ahli politik iaitu Tan Sri Anuar Musa dan Dr.Awang Adek. Banyak kes yang memalukan ketika Anuar memegang Mara, hingga membabitkan hartanah di luar negara membuatkan keseluruhan rakyat Malaysia malu dengan insiden seperti ini. Biarpun Dr.Awang Adek memiliki Doktor Falsafah (PhD), namun ramai yang tetap sinis dengan kemampuan barisan ahli politik ini.

Jadi, pelantikan baharu ini seakan memberi sinar kepada orang Melayu untuk bergantung harap kembali.



Kredit foto: Carian Internet

Bagaimanapun, ramai juga yang skeptikal dengan pelantikan ini. Menurut mereka, kekaguman mengenai resume yang hebat tidak membawa apa-apa kesan seperti penurunan harga minyak atau menangani masalah negara.

Malahan, fungsi Pengerusi itu sendiri boleh dipertikaikan kerana banyak keputusan besar masih memerlukan persetujuan menteri. Apa yang diperoleh hanyalah manfaat iaitu kereta dan pejabat yang besar sahaja. Tiada manfaat kepada rakyat secara keseluruhan. Apa yang warga Malaysia mahukan lebih daripada itu.


Kredit foto: Carian Internet

Ada juga kegusaran pada segelintir netizen yang melihat trend ramai wanita menjadi ketua. Lebih menjadi tanda tanya adakah Hasnita sesuai memegang jawatan tinggi ini? Apa tindakan beliau dalam menangani rasuah yang bermaharajalela sebelum ini?



Walau apapun tanggapan netizen, pembaharuan telah dilakukan. Sekurang-kurangnya kita mempunyai golongan profesional yang memegang jawatan penting dalam agensi kerajaan. Adalah menjadi harapan keseluruhan bangsa Melayu untuk melihat Mara memainkan peranan yang sebenarnya, bukan sekadar membuat keputusan atas arahan pihak tertentu. Sama-sama kita nantikan. - CARI 
27

Bagus
15

Marah
29

Terkejut
13

Sedih
24

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 27-9-2018 03:50 PM
{:good ni baru betul layak. {:good
Quote kawahapi 27-9-2018 04:08 PM
Jangan bersorak dulu, lupa ke haritu korang semua puji Mazlee Malik bukan main?
Awal2 masuk Kementerian siap ada gambar imamkan solat dekat surau
Melambung2 cakap dia Dr. la, layak la, hebat semua
Sekarang?
Quote chicozinn 27-9-2018 04:08 PM
bagus la,,meluat lak meollss sume GLC puak2 politik nk pegang..len la ko founder company tu..choiiii
Quote otai_g 27-9-2018 04:10 PM
x de masalah dr nuklear pg kewangan.

yg jd masalah dr degree apa2 bidang ke grabcar driver fulltime.

nmpk sgt bidang pekerjaan profesional kat msia ni dah tepu.
Quote merrissa 27-9-2018 04:36 PM
kawahapi replied at 27-9-2018 04:08 PM
Jangan bersorak dulu, lupa ke haritu korang semua puji Mazlee Malik bukan main?
Awal2 masuk Kement ...

khennnnnn.....jasanya belom tau
konon phd bagai....lepas tuh kalo xde duit bg je alasan duit kerajaan guna 'bayar' hutang bijan bagai katanya


duk menyorok belakang nobita jah...mcm si tony pua tu....ceit!


AND! dah ada 3 thread YANG SAMA pasai pengerusi baru mara ni...pleaseee lah
Quote Meiizu 27-9-2018 05:28 PM
kawahapi replied at 27-9-2018 04:08 PM
Jangan bersorak dulu, lupa ke haritu korang semua puji Mazlee Malik bukan main?
Awal2 masuk Kement ...

haa betoi.jgn bersorak dulu

tapi kagum jugak dgn cv dia
otak apa weihh pandai sgt ni
(sedih merenung diri
Quote RatuDunia94 27-9-2018 06:22 PM
Kelayakan resume tu mmg la penting.  Tp ada 1 lg benda yg lbh penting bila dufuk kat atas ni. Bwnda ni x boleh dibeli atau belajar kat mana2 pon. Ianya nya adalah INTEGRITI! org yg ada double PHD pon boleh hancur kalo xde integriti dpm kepimpinan.
Quote smeetasmitten 27-9-2018 07:09 PM
Dah ada tak org tanya 'tudung mana tudung?'
Quote Foxey 27-9-2018 07:54 PM
Girl power
Quote precious_chicas 28-9-2018 03:57 AM
You go girl!!!!
Quote krustykrab 28-9-2018 09:05 AM
RatuDunia94 replied at 27-9-2018 06:22 PM
Kelayakan resume tu mmg la penting.  Tp ada 1 lg benda yg lbh penting bila dufuk kat atas ni. Bwnda  ...

yes betul....kita tak payah puji melambung sgt... tengok dulu mcm mana she handles new job.

Quote krustykrab 28-9-2018 09:06 AM
smeetasmitten replied at 27-9-2018 07:09 PM
Dah ada tak org tanya 'tudung mana tudung?'

tudung??? sy pinjamkan kak semah...sian dia kena pi sprm
Quote amon_79 28-9-2018 09:13 AM
citer sikit achievement acik ni dlm dunia pekerjaan... kalo stakat kejayaan dlm dunai pelajaran iols x pandang sgt... ramai jer Phd candidate iols jumpa yg level2 pensyarah kena paksa masuk dunia pekerjaan sebenar utk tempoh 1-3 tahun sbb pihak uni kata teori xsama dgn praktikal lebih2 buat pensyarah yg jenis xpernah masuk job market.. kiranya lps SPM amik diploma pastu sambung degree..pastu sambung master pastu sambung Phd...
Quote riantika 28-9-2018 02:03 PM
wow!! hebat her profile
Quote arm_band 28-9-2018 02:18 PM
dalam poster kat atas tu dah cerita sister.

26 tahun pengalaman dalam global financial management.

Chairman Maybank Asset Management.

BOD MBB.

memang otai financial management
Quote Artemesiaa 28-9-2018 03:49 PM
Harap hasil kerjanya nanti sehebat profilenya juga
Quote soulskull 28-9-2018 08:44 PM
Wow so proud
Quote ohnoLia 28-9-2018 09:03 PM
Taniah... ai percaya dia boleh deliver..

Klu org melayu pegang je ramai yg negative...  
Quote Qaseemah 29-9-2018 02:35 PM
Saya dah lama bekerja dengan org hebat2 ni terutama dalam bidang akademik. Mereka memang pandai dalam akademik tetapi intergriti hauk... Terlalu bongkak dengan pencapaian yg depa ada... Apatah lagi utk menjadi pemimpin.. Kita tengok jelah dulu...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.097394 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top