CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resepi Ayam Ala 'Panggang' Garam Mudah Guna Periuk Nasi. Tak Perlu Ketuhar Katanya!

28-9-2018 11:51 AM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 11726| Komen: 20|Original author: Oleh: CSuy

Siapa yang teringin untuk memasak ayam persis ayam panggang, tapi tak memiliki ketuhar? Hanya dengan periuk nasi, hasrat anda boleh tercapai! 


Kredit foto: Eater Chicago

Resipi ayam yang dimasak menggunakan garam ini unik kerana ia dimasak menggunakan periuk nasi saja! 

Mari cuba resipi yang dipetik daripada portal berita EraBaru ini. Resipi ini pada asalnya telah dikongsikan oleh seorang pengguna YouTube. Mudah sahaja!


Bahan-bahan: 

1 ekor ayam (bergantung kepada saiz periuk nasi)
2 paket garam kasar
3 batang daun bawang (dipotong dua)
5 ulas bawang putih
1 tangkai bunga lawang
1 potong halia
Sedikit pati Anggur
3 tangkai bunga lawang (ditumbuk kasar)
1 sudu besar lada hitam
½ sudu kecil garam
Minyak masak


Cara-cara:

1. Bersihkan ayam dan lumurkan dengan sedikit garam. Picit-picit seluruh bahagian ayam sehingga garam tersebut mesra.
2. Tuang sedikit pati atau perahan anggur ke atas ayam. Lumurkan sehingga rata di luar dan dalam ayam.
 

Kredit Foto: EraBaru

3. Kemudian, tuangkan sedikit minyak masakan dan lumur ke seluruh bahagian ayam sehingga mesra.
4. Toskan ayam untuk mengasingkan lebihan minyak masakan, pati anggur dan garam.


Kredit Foto: EraBaru

5. Setelah itu, masukkan bawang putih, daun bawang, halia dan setangkai bunga lawang ke dalam perut ayam. Ikat kedua-dua kaki ayam untuk menutup ruang yang terbuka.


Kredit Foto: Buzzfeed

6. Sediakan sekeping pembalut kerajang aluminium berdasarkan saiz ayam. Sapukan sedikit minyak di permukaan pembalut.
7. Kemudian, bungkuskan ayam dengan pembalut kerajang aluminium tadi dengan kemas.
8. Tuangkan dua paket garam kasar ke dalam kuali panas. Sangrai (goreng tanpa minyak) sebentar dengan api kecil.
9. Kemudian, campurkan tiga tangkai bunga lawang yang telah dihancurkan dan lada hitam dengan garam. Sangrai campuran garam, bunga lawang dan lada hitam itu sehingga kering.


Kredit Foto: EraBaru

10. Sapukan permukaan dalam periuk nasi dengan sedikit minyak masakan. 
11. Tuangkan sebahagian campuran garam yang telah disangrai kedalamnya. Kemudian, masukkan ayam yang telah dibalut dengan kertas kerajang aluminium tadi ke dalam periuk nasi. Timbuskan ayam dengan sebahagian lagi garam sangrai tadi sehingga ayam tertutup sepenuhnya.


Kredit Foto: EraBaru

12. Masukkan periuk nasi ke dalam bekasnya. Tekan butang memasak sebagai mana proses memasak nasi lazim dilakukan. Biarkan selama kira-kira 35 minit.

13. Setelah masak, ayam bolehlah dipotong kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Siap dimakan!


Kredit Foto: EraBaru

Anda juga boleh mengolah resipi di atas mengikut cita rasa masing-masing. Yang penting, pastikan ayam dibalut dalam kerajang aluminium dengan kemas. Jangan sampai terkoyak atau berlubang ya balutannya! Selamat mencuba! - CARI


Kredit resipi: EraBaru

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 28-9-2018 01:36 PM
membazirnya garam bebanyak tuh....

nampak pon mcm x sdp je...hehe....kalo mcm gmbr 1st tu baru la best
Quote krustykrab 28-9-2018 02:46 PM
merrissa replied at 28-9-2018 01:36 PM
membazirnya garam bebanyak tuh....

nampak pon mcm x sdp je...hehe....kalo mcm gmbr 1st tu baru la ...

hahha kejamnya komen chuols...tp betul la nmpk mcm tak memberangsangkan langsung

Quote moonbug 28-9-2018 02:52 PM
Menarik resipi ni. Tapi tgk 2 peket garam buat tuang dalam periuk tu, rasanya nak senang grill jelah pakai pemanggang ajaib hehe
Quote makton 28-9-2018 03:25 PM
nampak tak sedap.. mcm berkuah.. aku suka yg mcm gmbar 1st tu.. kering crispy kat luar tp moist kat dalam
Quote merrissa 28-9-2018 05:58 PM
krustykrab replied at 28-9-2018 02:46 PM
hahha kejamnya komen chuols...tp betul la nmpk mcm tak memberangsangkan langsung

hehehe...alaaa....sorry terkejam plak

sebab boleh je masak gune periuk bese...
Quote amon_79 29-9-2018 11:40 AM
pakai pati anggur hitam ka.. anggur hijau ka atau anggur merah?
Quote umbut 29-9-2018 12:23 PM
Ada tgk cef nik masak ikan.. berpaket garam dilumur kat kulit ikan.. tapi menang.. yg mkn ckp sedap
Quote syue86 1-10-2018 09:09 AM
wahhh ni style masak  cina ni
selalu tgk diorg timbus ngan garam
nak try la resipi ni..tq share!
Quote serawadurian 1-10-2018 04:44 PM
Garam? Mmm... nak cuba pun seram
Quote TonyCaruso 1-10-2018 09:05 PM
Mcm menyusahkan kan jer
Quote MarissaOberlin 25-12-2018 10:29 PM
Complicatednya chuols garam segala. tak ke nanti jadi masin
Quote missDollie 26-12-2018 01:15 AM
Pls jangan sangai garam kasar dalam kuali non stick..habis terhakis..guna kuali bodo jer la kalo nak sangai..lagipun periuk nasik ni fungsi dia kan mengukus, tanak nasik..memang takkan dapat la efek panggang tu..
Quote wallame 7-1-2019 01:55 PM

boleh cuba ni.. thanks
Quote komotthecat 26-1-2019 11:35 PM
kt ipoh byk ni kedai ayam panggang. cina semuanya. packaging spesel dlm paper bag

Quote None68 6-2-2019 08:35 PM
missDollie replied at 26-12-2018 01:15 AM
Pls jangan sangai garam kasar dalam kuali non stick..habis terhakis..guna kuali bodo jer la kalo nak ...

Rosak periuk ye..sayanglah klu gitu.
Quote None68 6-2-2019 08:36 PM
Betul ler sayang pulak byk sgt garam digunakan.
Quote leogirl8902 18-2-2019 03:23 PM
proses rumit. mesti sedap.
Quote ttp 6-4-2019 08:09 PM
nak cuba ni
Quote Felycya 7-4-2019 02:35 AM
Leceh ya..
Beli je lah nak murah pi giant baru 15.00

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.196098 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top