Seorang pelajar kolej di Aligarh berusia 17 tahun dibelasah hingga mati selepas didapati berdua-duaan dengan anak perempuan penghulu kampung pada awal pagi Khamis.
Memetik Times of India, kejadian berlaku di perkampungan Jatpura, Pradesh, kerana menjalin hubungan yang tidak direstui keluarga kekasihnya. Hampir 18 jam selepas kejadian, kekasihnya berusia 18 tahun pula dilaporkan meninggal dunia dan keluarga wanita itu mendakwa mangsa menggantung diri sendiri. Namun, polis tidak mempercayainya dan kematian pasangan itu disifatkan sebagai kes pembunuhan bermaruah.
Susulan kejadian, polis menahan empat anak lelaki Kashmiri Devi iaitu Raju, 42, Mukesh, 44, Dinesh, 32, dan Brijesh, 30 sejurus mendapat aduan daripada bapa Mridul Kumar, Janki Prasad. Menurut laporan polis, Mridul dikatakan bertemu Kumari Soni di rumahnya pada lewat malam Rabu sebelum mereka kantoi berdua-duaan oleh keluarga wanita itu keesokan paginya. Janki Prasad yang juga seorang guru sekolah rendah berkata, dia menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di rumah Kashmiri Devi selepas dihubungi Brijesh sebelum bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Kira-kira jam 5 petang Khamis, Kumari Soni pula dilaporkan membunuh diri. Bagaimanapun, polis yang masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian tidak percaya dakwaan keluarga mangsa itu. "Bagaimana seorang gadis boleh membunuh diri sedangkan rumahnya dipenuhi orang ramai?" kata jurucakap polis. Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. - CARI
|
33
Bagus |
23
Marah |
27
Terkejut |
18
Sedih |
28
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
abangadek replied at 28-9-2018 02:26 AM
kt mesia dulu ada kan kes pasangan kekasih dibunuh tanpa motif selain nk puaskan hawa nafsu boy ...
buapakperut replied at 28-9-2018 11:45 AM
ganasnye story ni. ngeri
abangadek replied at 28-9-2018 10:26 AM
kt mesia dulu ada kan kes pasangan kekasih dibunuh tanpa motif selain nk puaskan hawa nafsu boy ...
mieymiey replied at 28-9-2018 12:00 PM
Yang merogol meliwat tu manusia ke setan?
abangadek replied at 28-9-2018 12:04 PM
i baca masa kena rogol & liwat serentak dua lelaki sekaligus tu dia pengsan banyak kali.. mcm mero ...
abangadek replied at 28-9-2018 10:26 AM
kt mesia dulu ada kan kes pasangan kekasih dibunuh tanpa motif selain nk puaskan hawa nafsu boy ...
mieymiey replied at 28-9-2018 12:10 PM
Yang paling setan tu boleh dia panjat pokok, landing atas pompuan tu
zameyla replied at 28-9-2018 12:10 PM
ha betul...
ingat lagi kes nie.
Dia org panjat pokok, lpas tu lompat..
abangadek replied at 28-9-2018 10:26 AM
kt mesia dulu ada kan kes pasangan kekasih dibunuh tanpa motif selain nk puaskan hawa nafsu boy ...
ADVERTISEMENT