Gara-gara menjual kostum Halloween kanak-kanak yang menggambarkan seorang puteri berlumuran darah, Carole Middleton menerima kecaman hebat daripada peminat Puteri Diana.
Kostum Halloween dengan dress putih berlumuran darah tiruan yang menunjukkan organ dalaman itu diberi nama 'Zombi Puteri Beradu'. Ia dijual menerusi laman web Party Pieces yang menjual barangan berparti kanak-kanak pada harga 10.99 British Pound (RM57.73). Memetik Daily Star, kostum berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ia dikatakan ada kaitan dengan kematian tragis ibu kepada Putera William itu. Sahabat Puteri Diana, Simone Simmons mengecam sekeras-kerasnya tindakan ibu kepada Duchess of Cambridge itu dan berharap orang ramai memboikot laman berkenaan. "Ada banyak lagi tempat orang ramai boleh dapatkan kostum Halloween. "Ia melampaui batas kerana seolah-olah mempersendakan Puteri Diana," katanya. Sementara itu, salah seorang peminat diraja juga mempertikaikan tindakan Carole menjual kostum berkenaan. "Ia sangat keterlaluan bagi Carole untuk menjual pakaian seperti itu. Apa yang dia fikirkan?" soalnya. Penerangan mengenai produk berkenaan di laman Party Pieces menyatakan "Puteri ini akan menjadi puteri yang paling menakutkan di mana-mana parti Halloween." - CARI
|
14
Bagus |
34
Marah |
40
Terkejut |
33
Sedih |
51
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT