Di kala isteri keluar bekerja, seorang lelaki yang dinamakan sebagai DS menganjurkan pesta dadah dan seks sejenis di rumahnya di Sunter Agung, Jakarta Utara.
Memetik Tribun-Medan, polis melakukan serbuan sebaik menerima maklumat daripada jiran yang mendakwa rumah berkenaan sering dijadikan sebagai lokasi pesta liar. Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Asisten Komisioner Arie Adrian berkata, selain menahan 23 lelaki dipercayai melakukan hubungan sejenis, polis turut merampas 27 pil jenis ekstasi. Ketika serbuan, beberapa daripada mereka hanya memakai seluar dalam dan empat daripada mereka disahkan positif dadah. "Hasil pemeriksaan mendapati DS sudah beristeri dan ketika serbuan, isterinya tiada di rumah kerana berada di luar kawasan.
"Kebanyakan yang ditahan adalah kenalan di media sosial dan merupakan pekerja swasta," katanya. Siasatan awal mendapati, pil berkenaan dibeli dari Kuala Lumpur dan dibawa masuk ke Indonesia dengan memasukkannya ke dalam kotak ubat. "Kami sudah mengenal pasti individu yang menyalurkan 100 pil ekstasi kepada DS dan kes masih dalam siasatan," katanya. Kesemua yang ditahan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun. - CARI
|
18
Bagus |
28
Marah |
18
Terkejut |
11
Sedih |
19
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
highcastle replied at 2-10-2018 06:56 AM
Ha ha ha.. Rasa pelik pulak. Isteri di luar, laki main dengan jantan lain.........
ADVERTISEMENT