CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Ramai Bukti Kejantanan Sejati Dan Kesempurnaan Wanita? Status Ustaz Dikecam!

3-10-2018 12:15 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9311| Komen: 68|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Google
Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai bagi setiap ibu bapa. Boleh dikatakan, tiada pasangan yang berkahwin tidak mahu mempunyai anak sebagai penyambung keturunan mereka. Ada yang mempunyai anak yang sedikit, ada yang mempunyai bilangan anak yang ramai malah ada yang langsung tidak dikurniakan cahaya mata. Jadi, ia sebenarnya bergantung kepada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah untuk setiap orang. 

Seorang pengguna twitter telah memuat naik status mengecam status seorang ustaz kerana tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan. Baginya, apa guna mempunyai anak-anak yang ramai sedangkan ibu bapa itu sendiri tidak mampu memberikan hak dan nafkah yang sewajibnya. Jadi, sebab itulah ramai pasangan yang berkahwin kini, lebih-lebih lagi pasangan bukan Islam mengehadkan bilangan anak dalam keluarga mereka kerana ingin melahirkan anak-anak yang berkualiti. Lebih-lebih lagi, kos sara hidup semakin meningkat dan ramai yang sedar mereka tidak mampu untuk mempunyai anak-anak yang ramai. 



Bagaimanapun, status ustaz tersebut pula menggalakkan orang Islam mempunyai anak-anak yang ramai dan jangan terikut-ikut dengan cara hidup orang bukan Islam. Menurutnya, agama Islam menggalakkan mempunyai anak yang ramai tetapi perlu menjarakkan kehamilan agar anak-anak mendapat hak dan nafkah mereka dengan sempurna. Tetapi, nampaknya pendapat ustaz ini yang mengatakan mempunyai anak-anak yang ramai adalah bukti kejantanan sejati dan kesempurnaan wanita telah menimbulkan kemarahan ramai netizen!


Netizen marah

Netizen wanita ini dilihat begitu marah dan tidak bersetuju dengan kenyataan ustaz tersebut. Benarlah anak-anak yang ramai itu rezeki tetapi tidak semua orang mendapat rezeki yang sama dan menuduh pasangan yang tidak mempunyai anak atau anak yang sedikit itu tidak 'jantan' dan tidak sempurna kewanitaannya. Sedangkan ramai yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat dan menambah bilangan anak, tetapi rezeki sebegitu tidak berpihak kepada mereka. 



Anak ramai biarlah semuanya menjadi

Netizen ini pula bersetuju sekiranya umat Islam kini mempunyai bilangan anak yang ramai kerana ia adalah sunnah. Tetapi dikecam oleh beberapa orang netizen. Zaman sekarang bukan mudah untuk mendidik anak-anak. Amanah membesarkan anak-anak adalah terlalu besar dan berat agar kesemua anak-anak terdidik dengan sempurna oleh ibu bapa mereka. Jadi, jangan hanya bercakap tentang bilangan anak tetapi kualitinya tiada. 

Ubah cara dakwah

Netizen turut tidak bersetuju dengan cara ustaz ini berdakwah. Ia dilihat seperti angkuh kerana bangga dengan bilangan anak-anaknya yang ramai dan kemampuan dirinya dan isteri. 


Hati netizen terguris 

Ia juga telah mengguris hati ramai netizen yang masih belum dikurniakan anak, mempunyai anak yang sedikit dan menjadi anak tunggal kepada ibu bapa mereka.


Apa-apa pun, bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan dan jangan hanya menganggap anak-anak yang ramai adalah rezeki sedangkan diri sendiri tidak mampu untuk mendidik, menjaga dan memberikan pendidikan yang sepatutnya. Anak yang sikit pun belum tentu berkualiti jika salah asuhan. Setuju tak? - CARI 
23

Bagus
17

Marah
18

Terkejut
21

Sedih
21

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 3-10-2018 12:19 PM
jadi ibubapa biologi kadang senang,nak jadi ibubapa sebenar bila dapat didik anak dan besarkan sebaiknya,tu yang susah.
Quote oak.balustrade 3-10-2018 12:25 PM
Mohon ustaz fauzi check and balance statement dia ni lps jumpa si sohai laksa & ina lembam plsss
Quote CardiGans85 3-10-2018 12:35 PM
Aku kenal dengan satu keluarga yang memang nampak alim, anak 10 yang hidup dan 4 pula keguguran dalam kandungan, ikutkan 14. Tudung besar, berkopiah dan berjubah. Rumah tidak ada tv, hidup memang sederhana.

Tapi si isteri makan hati ulam jantung, sebab apa aku boleh cakap macam ni?sebab si isteri tak redha dengan sifat yang tak bertanggungjawab si suami. Dan si isteri meluahkan pada aku.

Jadi, pada aku..kau nak beranak berapa ramai pun,up to you cuma bertanggungjawab lah pada keluarga. Dan jangan sesekali riak dengan apa yang kau ada, anak isteri dan harta adalah perhiasan dunia.

Sempurnanya wanita itu adalah sangat subjektif. Kalau pun seseorang itu dah beranak, tapi nasib tak baik kena ovarian dan breast cancer yang organ2 kewanitaan kena remove? So, masih wanitakah dia? Lelaki, jika mati pucuk atau abaikan tanggungjawab pada keluarganya, jantahkah dia?

Kenyataan dia ni benar2 menyinggung aku secara peribadi.
Quote CardiGans85 3-10-2018 12:45 PM
CardiGans85: Aku kenal dengan satu keluarga yang memang nampak alim, anak 10 yang hidup dan 4 pula keguguran dalam kandungan, ikutkan 14. Tudung besar, berkopiah d ...


Kita lahir sebagai wanita dan lelaki. Bagi aku, sifat kewanitaan dan kejantanan bukan terletak pada jumlah anak atau pada fizikal tapi kepada tanggungjawab dan nilai murni yang di tonjolkan.
Quote Orix 3-10-2018 12:46 PM
Quality over quantity.

Stok2 mcm ni la nnt bila anak kecik ati ke apa sikit2 ayah la yg membesarkan kamu, beri kamu makan, didik kamu etc walhal budak tu tak mintak pn lahir ke dunia dgan berbapa kan bapak sebangang dia smpai anak2 pn stress !!!
Quote buapakperut 3-10-2018 12:55 PM
Orix: Quality over quantity.Stok2 mcm ni la nnt bila anak kecik ati ke apa sikit2 ayah la yg membesarkan kamu, beri kamu makan, didik kamu etc walhal budak  ...

kannn. acik2 bawang kalau tengok orang anak 3-4 tahun takde adik mula lah soksek2 tanya itu ini.
Quote pokaibanktokyo 3-10-2018 01:11 PM
Ramai sangat bapok lembik dungu mundur sesat macam ustaz Fauzi ni seluruh dunia. Itu sebab ummah tak boleh maju
Quote saviour_09 3-10-2018 01:15 PM
Edited by saviour_09 at 3-10-2018 01:18 PM

tipikal meleis nowadays lamenceceh bab anak beranak orang
anak beranak sendiri sememeh tak berjaga

i've got 5 yo dotter & all this makcik pakcik bloody hell punya bawang always asking adik adik adik adik adik...
effing hell laa like ko tonggeng situ skrg & i give u adik u want!
kimK la spesis semak macam ni


Quote pokaibanktokyo 3-10-2018 01:16 PM
Orix replied at 3-10-2018 04:46 AM
Quality over quantity.

Stok2 mcm ni la nnt bila anak kecik ati ke apa sikit2 ayah la yg membesark ...

Ada butut. Ada butut
Quote pokaibanktokyo 3-10-2018 01:17 PM
saviour_09 replied at 3-10-2018 05:15 AM
i've got 5 yo dotter & all this makcik pakcik bloody hell punya bawang always asking adik adik adik  ...

Hihih. Hihihih
Quote aijinmisaki 3-10-2018 01:19 PM
Sokong sangat stament sukri tuh.
Nak anak ramai2, isle galakan anak ramai2 konon.
Bila anak dah tak terjaga tu yang banyak golongan sampah penyamun, rogol etc
Quote pokaibanktokyo 3-10-2018 01:24 PM
Bukti kejantanan kepala pundek dia
Quote paz 3-10-2018 01:28 PM
Ustaz ni popular ke?
Quote Orix 3-10-2018 01:34 PM
Jantan sejati tak perlu insecure pn nk buktikan kejantanan dgan anak ramai. Gay pn lagi ramai yg subur dari yg stretttt
Quote Orix 3-10-2018 01:34 PM
paz replied at 3-10-2018 01:28 PM
Ustaz ni popular ke?

Cubaan nk popularkan diri la tu
Quote mongoose_kidz 3-10-2018 01:36 PM
statemnt yg bodoh...
nak mncari publisiti murahan la ni
xyah tgk jauh2 sudah..
tgk famili sohai n kes isteri yg suicide kat laut tu...
Quote julia5094 3-10-2018 01:45 PM
Ayat2 kat atas tu boleh diterima lagi..Tapi bila masuk part sebagai bukti kejantanan dan kesempurnaan wanita tu..iols dah tak boleh nak terima. Ini ke ayat2 seorang ustaz??

Iols ada ramai jugak kawan2 yang kahwin lama tapi tak ada anak. Duit pun tak berapa ada nak buat rawatan ivf tu semua...apa la perasaan dia kalau baca ayat2 seorang ustaz. Golongan ni la yang hanya pandai menilik kelemahan @ kesalahan orang lain...
Quote sufi^_^ 3-10-2018 01:46 PM
Setengah golongan setat stazah ni, kalau anak ramai nampak macam sebelah kaki dah masuk syurga gitu. Nak2 kalau anak2 tu kecik2 dah bertudung berkepiah bagai.

Kalau anak sorang dua ni, nampak sekular geng tak percaya anak tu rezeki katanya.

Kahkahkah.
Quote sufi^_^ 3-10-2018 01:48 PM
Bangang betul stetmen setat ni. Sungguh tak sensitif.

Mohon setat stazah dan sesapa juga, sebelum nak luahkan kritikan sosial ke apa kat socmed, pastikan pasang otak kat kepala dan ON kan dulu.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.088828 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top