CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Johnny Depp Terkesan Tuduhan Mendera Bekas Isteri

28-12-2018 12:08 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7363| Komen: 31|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Pelakon Johnny Depp menegaskan dia tidak pernah mendera bekas isterinya, model dan pelakon Amber Heard. Dalam temubualnya yang terkini dengan majalah GQ, pelakon itu menceritakan kesan insiden tahun 2016 itu apabila Amber menuduh Johnny membaling telefon bimbit kepadanya sehingga mukanya lebam. Kejadian dikatakan berlaku di rumah mereka di Los Angeles.


Kredit Foto: E!News

"Saya sangat terkesan dengan tuduhan itu, reputasi saya dilebelkan sebagai seorang yang jauh daripada diri saya sebenar," katanya. 

Pihak polis Los Angeles memberitahu majalah People bahawa beberapa orang pegawai polis telah melawat ke kediaman mereka sejurus menerima laporan tetapi tidak menemui sebarang bukti.


 

Kredit Foto: Z103.5

Beberapa bulan selepas kejadian itu, Johnny dan Amber memutuskan untuk bercerai dan mengeluarkan kenyataan bersama ???hubungan kami sangat hangat dan kadangkala menjadi ganas tetapi kami saling mencintai???.

 

Kredit Foto: BuzzFeed

Johnny menegaskan beliau bukanlah lelaki yang ganas. "Saya tidak tergamak mencederakan seseorang yang saya sayangi, tuduhan itu tidak benar, jadi saya mendiamkan diri"


Johnny juga mendakwa Amber meneruskan hidup gembira dan normal susulan kejadian itu. "Dia berpesta siang malam, matanya terbuka, dia kata saya menumbuknya, saya duduk 25 kaki daripadanya ketika berbalah, macam mana saya boleh menumbuknya dengan jarak itu, itu tuduhan bodoh", katanya lagi.

 

Kredit Foto: US Weekly

Ketika dihubungi oleh CNN untuk mendapatkan komen, peguam Amber kesal kerana majalah GQ tidak menemubual saksi kejadian ketika Amber diserang. "Penerbitan GQ berat sebelah," kata peguam Amber. -CARI

13

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
21

Sedih
16

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makbedah 28-12-2018 01:15 PM
Ada video kan dia menagmuk? Tapi tak clear exact dia pkl ex.
Quote Spicymami 28-12-2018 02:17 PM
Amber heard time tu konpiden sgt dpt sambar elon musk tu yg beriye nk cerai, ujung2 kene tinggal jugak . Putih mata je
Quote sinalegna 28-12-2018 10:21 PM
Hoi perampas.. sape suh bitchy. Gigeh le tu nk suh feminist bekap dia
Quote Ketypurry 29-12-2018 10:21 AM
sinalegna: Hoi perampas.. sape suh bitchy. Gigeh le tu nk suh feminist bekap dia


Kenapa dia perampas?
Sorry iols banyak tertinggal ketapi
Quote tumpanglalu74 29-12-2018 10:51 AM

Quote dani-rox 30-12-2018 04:03 AM
minah amber nih pernah ditahan polis sbb mendera pasangan lesbo nya
tiba2 dia pulak berangan jd poster girl kempen anti domestic violence. blah la.
Quote Victorioussss 30-12-2018 07:59 PM
Mcm kes jim carey, kene tuduh smpai depressed mamat tu
Quote bintangct 31-12-2018 01:20 AM
Muka amber ni kalo tak mekap mcm muka typical matsalleh kat malaysia ni je
Quote NonaNaga 31-12-2018 05:20 PM
masa sis muda rumaja mmg suka betul ship johnny winona.....
Quote Iris. 12-3-2019 02:51 PM
tak ada sesiapa ke yang upkan kes ni.....
kat twitter dah hangat pasal kes ni... plot twist hujung amber yang dera my johnny depp..
zilake punya psychopath
Quote mieymiey 13-3-2019 10:32 AM
Iris. replied at 12-3-2019 02:51 PM
tak ada sesiapa ke yang upkan kes ni.....
kat twitter dah hangat pasal kes ni... plot twist hujung  ...

Kan? Dah ko dera orang, ko pula yang kengkonon jadi mangsa.
Quote nanny_1 13-3-2019 11:40 AM
Spicymami replied at 28-12-2018 02:17 PM
Amber heard time tu konpiden sgt dpt sambar elon musk tu yg beriye nk cerai, ujung2 kene tinggal jug ...



dalam amber heard punya google tulis dengan elon musk 2016-2018 kot.
tapi dalam elon musk takda pulak nama amber heard as spouse. huhu
Quote nanny_1 13-3-2019 11:42 AM

rasanya bukan kena baling hp ni
tapi kes tengok hp time baring.
hp jatuh atas muka.
hp pulak jenis berat macam batu.
kahkahkah
kesian abam johnny kena saiko dengan pompuan ni
tengok muka pun tau sejenis saiko
Quote Iris. 13-3-2019 12:08 PM
mieymiey replied at 13-3-2019 02:32 AM
Kan? Dah ko dera orang, ko pula yang kengkonon jadi mangsa.

i tak boleh hadam tengok video amber stand for women's of worth kot kat youtube
tak nampak langsung dia abuse victim..
if compare dengan J.K Rowling cerita pasal sejarah dia kena abuse, depression tu.. beza sangat dengan amber

ishhh sian my daddy JOHNNY

original.gif

tu la... nak bini muda sangat khuen

Quote Iris. 13-3-2019 12:10 PM
nanny_1 replied at 13-3-2019 03:40 AM
dalam amber heard punya google tulis dengan elon musk 2016-2018 kot.
tapi dalam elon musk tak ...

elon musk sujud syukur uols
Quote nanny_1 13-3-2019 12:44 PM
Iris. replied at 13-3-2019 12:10 PM
elon musk sujud syukur uols



kena dump dengan elon musk.
amber heard ni lawa ingat 20an rupanya 30an dah

Quote Iris. 13-3-2019 01:31 PM
nanny_1 replied at 13-3-2019 04:44 AM
kena dump dengan elon musk.
amber heard ni lawa ingat 20an rupanya 30an dah

bagus lah elon dump dia
kalau tak dia terpaksa hidup dengan sweet but psycho
lawa... tapi nampak sangat dia jenis dominent...
Quote gerbera.memopad 13-3-2019 03:07 PM
Abam Johnny bukannya a nice guy pon. Kalau idok, takkan dia tinggalkan acik Vanessa dulu. Lepas tu masalah minum, money problem semua. Ni aku sebagai pemenat abam Johnny pon mengakui yach. Karma la utk beliau dgn segala masalah yg bertimpa2 sekarang ni.

Tapi Amber ni sedari dulu lg shady giler tindak tanduk. Sendiri dulu pernah abuse gf sendiri, lepas tu gebang sana sini dia jadi mangsa dera Johnny. Last2 sekarang Johnny nak kemuka semua bukti, dia yg sebenarnya didera siap patah jari semua.

And Johnny saman Amber 50mil sebab dalam document court dorang dah agree tak boleh disclose pasal rumahtangga dorang yg dah ranap tu. Aku rasa confirm Johnny menang bab ni. Si Amber ni gatal mulut sangat pergi ungkit benda ni kat artikel magazine mana ntah. Meski tak sebut nama Johnny tapi sah2 timeline yg disebut tu dia masih dgn Johnny waktu tu.

Anyway, tak sesia iols save ruang sikit utk Abam Johnny di hati meski at the same time iols mencaci jua life choice beliau . And, Amber dari dulu lagi aku memang bersangka buruk dengan dia ni
Quote shoyuna 13-3-2019 07:48 PM
gerbera.memopad replied at 13-3-2019 03:07 PM
Abam Johnny bukannya a nice guy pon. Kalau idok, takkan dia tinggalkan acik Vanessa dulu. Lepas tu m ...

Abam johnny sedari zaman muda lagi heols ada prob kan.. pernah baca kat mana ntah psl vandalism.. habis perabot hotel heols kerjakan tapi ntahla.. meols tetap minat abam johnny

Ingatkan heols end up dgn vanessa.. dah hidup bertahun tak kawen tapi dgn amber ni je terus heols kawen kan.. meols lagi tak sangka apesal amber pula yang abused abam johnny.. apesal lembik sangat abam oiii

Masa news pasal abam johnny abused amber ni vanessa siap back up heols lagi.. sian vanessa.. takde jodoh

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.061633 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top