CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Remaja Malu Nak Keluar Rumah Lepas Tukang Gunting 'Jahanamkan' Rambut

5-10-2018 11:55 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 7465| Komen: 23|Original author: Oleh: Suzy


Ramai yang tertipu dengan salun rambut apabila pergi dengan harapan, tetapi pulang dengan kekecewaan kerana potongan rambut idaman menjadi sangat hodoh. 

Ianya bukanlah sesuatu yang baru kerana telah ramai mengalami pengalaman serupa. 

Terbaru, seorang remaja berasa sangat terkejut dengan keadaan rambutnya yang 'buruk' selepas pulang dari salun membuatkan dia enggan meninggalkan rumah kerana terlalu malu dengan imejnya. 

Amy Gallagher, 19, memutuskan untuk melakukan sedikit perubahan pada potongan rambutnya di salun Supercuts di Orpington, Kent, namun terkejut apbila ianya tidak menjadi seperti yang diharapnya. 

Gadis itu mendakwa, pada mulanya dia hanya meminta potongan rambut berharga 30 British Pound (RM158) sebelum pendandan rambut memotong rambutnya sehingga paras bahu. 



Foto: Mirror UK

"Saya rasa gaya itu cantik walaupun agak pendek, tetapi saya akan terbiasa juga dengannya," kata Amy kepada News Shopper sambil menambah bahawa dia kemudiannya ditanya sama ada dia mahu fringe di bahagian hadapan dipotong. 

Selepas bersetuju, baru Amy tersedar bahawa dia telah membuat keputusan yang salah. 

Ternyata pendandan rambut itu mula 'mencincang' rambutnya dan kemudian ianya tidak berhenti di situ apabila pendandan menawarkan pula ‘curly blow dry’ untuk memudahkan penggayaan potongan rambut yang baru. 


Foto: Mirror UK
Amy menyedari bahawa ptotngan itu lebih buruk daripada apa yang disangkanya selepas melihat hasilnya.

"Ibu saya amat terkejut melihat rambut baru saya. Dia memberitahu saya perlu melihat rambut saya kerana ia benar-benar buruk.

"Mereka telah terpotong sebahagian besar rambut saya di sebelah kiri dan cuba mengemaskan rambut saya untuk menyembunyikannya. 

Saya pulang ke rumah dan berasa sangat kecewa apabila melihatnya. Saya tidak mahu keluar rumah!" ujarnya.

Bagaimanapun, Amy mengunjungi salun itu pada hari berikutnya dan menerima bayaran balik, tetapi ditanya oleh penggunting rambut sama ada dia mahu memotong bahagian lain untuk "mengimbangi" wajah barunya. 

Tidak mahu perkara sama berulang, Amy pantas menjawab tidak dan berlalu pergi bersama wangnya. 

Pasti ramai di antara pembaca pernah mengalami perkara serupa, kan? Cuba kongsikan sedikit di ruangan komen. - CARI
17

Bagus
22

Marah
18

Terkejut
14

Sedih
27

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 5-10-2018 12:17 PM
Taklah teruk mana pun macam sesuai je dengan bentuk wajahnya tu, melainkan beliau kurang minat fashion mungkin gaya sebegitu rasa janggal buatnya.
Quote mieymiey 5-10-2018 02:21 PM
Pakai la tudung sisturrr
Quote pai.kacang 5-10-2018 03:49 PM

ahhahha..baru nak cadangkan camni
Quote afie_m 5-10-2018 04:22 PM
ingatkan teruk sangat..alahai...
Quote belilies 5-10-2018 04:33 PM
Remaja? Why nampak cam late 20s? Dramatic.
Quote fushimi 5-10-2018 04:56 PM
remaja apa macam ni

cam kertu je aku tengok

bukan rambut tak cantik tapi ko yang hodoh
Quote Bangku 5-10-2018 08:42 PM
Boleh repair lagi tu....boleh buat straight bob cut...bob cut layer...layer biasa pun ok...
Quote RatuDunia94 6-10-2018 01:02 AM
Pakai je la cap..
Quote uori 6-10-2018 10:21 AM
remaja?  
Quote nishikido 6-10-2018 02:09 PM
Tapi memang tak kemas pon potongan dia..kalau camni lah potongan yg berharga puluh2,mau i santau jah tukang gunting tu..helok lagi potong kat kedai gunting rambut kampung harga 8ringgit
Quote Hessa 8-10-2018 08:34 AM
motip ramai terkejut tgk remaja omputih ni?..diorg mmg nampak tua dari usia la omputih ni berbanding orang2 asia..
Quote Foxey 8-10-2018 02:03 PM
belilies replied at 5-10-2018 04:33 PM
Remaja? Why nampak cam late 20s? Dramatic.

kan? tengok gambar tak macam remaja
Quote belilies 8-10-2018 03:54 PM
Foxey replied at 8-10-2018 02:03 PM
kan? tengok gambar tak macam remaja

Ha'ah. Tp ni kat UK mmg xup2date pun fesyen
Quote puanbintang 16-10-2018 02:21 PM
wow...ingatkan wanita dewasa..remaja rupanya..matured ..tapi ok je gaya rambut tu..nampak comel.
Quote niena90 16-10-2018 03:00 PM
Alahaiii kalau ko tak bercerita pun org takkan perasan rambut ko dijahanamkan.
Quote dani-rox 16-10-2018 08:37 PM
ek elehh... salah potong rambut pun masuk berita.

lama2 nanti panjang baliklah rambut ko tu. ataupun gunting stail short pixie bob cut.
Quote meklalala 16-10-2018 08:46 PM
Biasalah lah tu sisturrr hidup tak selalunya indah
Quote cik_sssara 17-10-2018 10:14 AM
Potong boycut jelah sis. Takpun pakai beanie. Takpun pakai duck


* * * * * *
I potong sendiri je rambut. Ikat bunjut ke dahi, ikat lagi satu getah setakat panjang yang I nak, potong. Bukak getah, sikat & touch up sikit. Siap. (tapi ni untuk rambut panjang jela)
Quote diss69 23-10-2018 11:19 PM
Artemesiaa replied at 5-10-2018 12:17 PM
Taklah teruk mana pun macam sesuai je dengan bentuk wajahnya tu, melainkan beliau kurang minat fashi ...

Akk pon fikir yg sama..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038178 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top