CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Ziana Zain Didakwa Bersikap Dingin, Tak Sporting Dalam ICSYV Malaysia - Netizen

8-10-2018 11:11 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 21568| Komen: 118|Original author: Oleh: Azza



Apa dah jadi?
Program hiburan I Can See Your Voice minggu ke-10 tiba-tiba dikecam kerana Ziana Zain.
Penyanyi 'senior' yang dijemput sebagai penyanyi undangan ini didakwa ego, perasan bagus, poyo serta tidak mendengar pendapat orang lain.

Program yang berasal dari Korea ini menampilkan konsep rancangan muzik misteri iaitu perlu mencari penyanyi sebenar bagi berduet dengan penyanyi jemputan. Namun, ia tidak mudah kerana mungkin terkeliru dengan gelagat peserta hingga akhirnya memilih penyamar bersuara sumbang.

Ramai netizen tidak berpuas hati dengan sikap diva Ziana Zain hingga episod kali ini dikatakan paling hambar hingga  mendapat jumlah dislike lebih banyak berbanding like.

Jumlah 'dislike' lebih banyak berbanding 'like' - Youtube

"Emo giler aku malam ni! Ziana Zain tak sporting. Jom kita dislike banyak-banyak geng."

Sebagai antara rancangan hiburan yang ditunggu-tunggu, I Can See Your Voice sepatutnya dikendalikan dengan gelak tawa antara kesemua yang terlibat. Namun, apabila Ziana bersikap dingin dengan mimik muka acuh tak acuh, ia membuatkan ramai netizen menyampah.

Kredit foto: IG
Malahan menurut netizen, rancangan ini bertambah hambar apabila hos dan juga penyiasat tetap seperti 'takutkan' kelibat Ziana hingga membuatkan episod kali ini kurang menyengat. Ia dapat dilihat dengan jelas Shuk dan Alvin tidak banyak 'membahan' Ziana seperti penyanyi jemputan minggu lepas. Mungkin kerana mahu menghormati penghibur diva, namun ini antara yang membuatkan program ini hambar.
Apatah lagi ketika Ziana Zain membuat mimik muka tidak suka apabila Seelan Paul mengatakan salah seorang peserta ICSYVMY persis Ziana Zain Junior dan jawapan Ziana dianggap tidak wajar.



Oleh sebab itu ramai mula membandingkan kredibiliti Ziana Zain dengan penyanyi jemputan sebelum ini yang dikatakan lebih menghiburkan serta bersikap understanding untuk program hiburan seperti ini.


Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan Ziana tidak hambar seperti yang diperkatakan. Ia sesuai dengan statusnya sebagai penyanyi 'senior', jadi tidak perlu melebih-lebih ketika memberi pandangan.

Kredit foto: Carian Internet

Sebagai program yang telah dirakam terlebih awal sebelum ditayangkan kepada umum, pihak penerbit ICSYVMY boleh memperbaiki mana-mana kekurangan dalam musim pertama ini. Selain itu, dapatkan juga pandangan penonton yang mahukan pengisian yang lebih berkualiti di masa akan datang. - CARI 
28

Bagus
29

Marah
32

Terkejut
30

Sedih
15

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (151 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote serawadurian 8-10-2018 11:19 AM
Serious hambar. Rasa mcm nak tido je tgk. Bosan sangat. Tak sporting langsung.
Quote debab76 8-10-2018 11:23 AM
meols cringe btol bila sheols tryiing so hard nak speaking english yach. very the kg.com bunyi nya.
Quote lazim 8-10-2018 11:37 AM
bapak aku lagi teror. masa lepas episod black tu kan ada tunjuk next week zz  plk.. bapak aku awal2 ckp konfem xbest sbb zz ni jenis perasan.. memang bosan gila.

jenis  yg poyo xsesuai program ni. dia mcm xberminat sgt buat show ni. xbleh blend dengan penyiasat. kalau baca kes dia drn arminkononnya dia byk mengalah. tp epsod ni nmpk sgt contra penuh dgn ego. yg mana penyisat bagi idea semua dia tolak. mcm nk menongkah arus pon ada. terang2 akak jari tu tgk tgk lipsyinc pon dh tahu blh nyanyi.

paling xbest bila dia ckp tersingkir pon nnt viral. dia btl2 amek ringan xkisah kan peluang org. mintak maaf jauh sekali. retis lain bila silap pilih akan ckp im sorry lepas tu bg kata2 semngt. misha pon humble je mntk maaf. wolopon kadang2 penyanyi sebenar tu suara biasa2 je,,. zz plk stail mcm nk kritik ala2 juri. sian budak laki sore siti nurhaliza tu. klu dpt kat retis yg sporting mesti kelakar. ni budak & mak nya pon jadi nk menangis sbb zz lansung xada perasaan. terserlah sisi bimbo zz dlm ni. dia jenis semua org xleh menyanyi. dgr sore 0.3 saat tu semua dia konfiden xleh nyanyi.

smlm aku tgk utub dh dkt 5k dislike.
Quote lazim 8-10-2018 11:40 AM
iols teringin nk tengok ella. mesti kelakar. ella kan sejenis kalau org xsedap pon dia akan puji

pon nk tgk tok ram yg pilih. tapi org tua ni bn penyanyi kang pemenang nk berduet lagu apa plk. bg penyiasat macm downgrade plk
Quote nipskacang 8-10-2018 11:42 AM
Tgk skejap je sbb nmpk muka bozan zz tu, hambar episod mgu ni.  
Quote nuril86 8-10-2018 11:46 AM
tgk sekejap je.. pastu xde feel..sbb muke ZZ kekwatnyeeee.....
Quote mixed 8-10-2018 11:48 AM
lazim replied at 8-10-2018 11:37 AM
bapak aku lagi teror. masa lepas episod black tu kan ada tunjuk next week zz  plk.. bapak aku awal2  ...

walupn iols minat zz dlm kes ini iols setuju dgn uols
laki iols yg xsuka tgk hiburan ni
tetiba tertgk dan terkomen
pehal zz ni suma dia buang
zz pilih yg kurus yg gemuk abis di buang
x pandai pilih x reti tgk lip sync langsung bebelan laki iols

epi kaka azraf pn best lawak2 gak
walupn abis semua yg pandai nyanyi sheol buang
yg tinggal bersuara hauk
yg win bila bdk tu nyanyi lagu 'bkn hal aku'
tpt ke muka kaka
Quote LembingDayanti 8-10-2018 11:57 AM
ziana zain adik beradik dengan manager2 semua nya perasan perasan. menurun dah sebenarnya kat erni zakry. kau tunggu... hahahhahahaha
Quote itsmeshikin 8-10-2018 11:58 AM
agak hambar jugee.. tak tau nak ketawe part mane..
Quote lazim 8-10-2018 12:02 PM
mixed replied at 8-10-2018 11:48 AM
walupn iols minat zz dlm kes ini iols setuju dgn uols
laki iols yg xsuka tgk hiburan ni
teti ...

episod kaka tu best walopon kaka retis sendu je. beriya2 jugak la penyesalan masa dia buang digital davinci tu.
Quote lazim 8-10-2018 12:06 PM
aku tgk muka zz aku pon rasa pening. sbb dia bt muka yg sangat membosankan. baik lagi ambik erra fazira. makcik ni ramah tamah sikit
Quote MadameOnion 8-10-2018 12:08 PM
LembingDayanti replied at 8-10-2018 11:57 AM
ziana zain adik beradik dengan manager2 semua nya perasan perasan. menurun dah sebenarnya kat erni z ...

dah lama tulis komen camni terutama bab ernie tu..tapi i takut kena serang dgn pemenat dia sis
Quote siape_aku 8-10-2018 12:26 PM
x pernah minat zz ni dr dulu smpai sekarang.....x tau la kenape....pada pendengaran iols die hanya menjerit2 menyanyi....

Quote helicornia 8-10-2018 12:27 PM
lazim: bapak aku lagi teror. masa lepas episod black tu kan ada tunjuk next week zz  plk.. bapak aku awal2 ckp konfem xbest sbb zz ni jenis perasan.. memang  ...

wah sportingnye bapak u tengok rancangan hiburan org muda
Quote datinamanda 8-10-2018 12:44 PM
Memang pun. Episode Nenek ni paling hambar, krik2. Padahal ada 4 kot penyanyi sebenar tetap tak boleh pilih. Dah feeling2 legend ke kak ?
Quote BebeQ 8-10-2018 01:23 PM
paling hambar ZZ la. dia macam acuh ta acuh, janji buat kerja.
Quote tikusmontok 8-10-2018 01:24 PM
lazim replied at 8-10-2018 12:06 PM
aku tgk muka zz aku pon rasa pening. sbb dia bt muka yg sangat membosankan. baik lagi ambik erra faz ...

dia buat muka bosan, kita tgk pun bosan. dah la mekap pun hauk.
Quote geenie 8-10-2018 01:27 PM
lazim replied at 8-10-2018 12:02 PM
episod kaka tu best walopon kaka retis sendu je. beriya2 jugak la penyesalan masa dia buang digita ...

sama beb. menangis penyesalan tgk dia menyesal. hahaha. wani hasrita pnye time pun tak teruk. walaupun aku tetibe rs mcm cringe tgk sisi gedik dia tetibe.
plus, mata aku tak leh rasa "damai" tgk muka dia mekap tebal 16kilometer
Quote cicicumel 8-10-2018 01:29 PM
Plg best mggu lps Black and Izzu.ziana dan aizat bosan.aizat langsung diam. Mujur ada Ain edruce.lucu dia tu.dah la cantik.

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.063665 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top