Memetik laporan Astro Awani, awal pagi semalam bertempat di Jalan PSK1, Seri Kembangan, seorang bayi lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan dipercayai akibat gigitan anjing berdekatan sebuah kedai serbaneka.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Mohd Rosdi Daud dalam satu kenyataan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai bayi yang dibalut dengan kain itu kira-kira 4.13 pagi. “Terdapat kesan kecederaan di kaki dan lutut bayi itu dipercayai digigit anjing. Bayi dipercayai berumur beberapa hari dan bangsanya belum lagi dikenal pasti.” Tambah beliau, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Serdang dan ditempatkan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) hospital berkenaan dan keadaannya stabil.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bagi membantu siasatan.- CARI
|
9
Bagus |
20
Marah |
19
Terkejut |
8
Sedih |
13
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT