CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Report Khalwat, Cepat Je Tangkap. Kalau Orang Susah Minta Bantuan, Sebulan Pun Tak Muncul Lagi"

9-10-2018 01:04 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3975| Komen: 10|Original author: Oleh: Azza



Rentetan isu penangkapan khalwat tidak dibenarkan selepas ini, ramai netizen mempunyai pandangan tersendiri. Ada yang menyokong ia dilaksanakan tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Bagaimanapun, tulisan netizen ini membuatkan kita menelusuri persepsi berlainan iaitu mengenai tugasan serta tanggungjawab badan-badan agama. Antaranya ialah sikap sambil lewa pekerja kerajaan hinggakan tidak memberi bantuan kepada golongan yang sepatutnya seperti fakir miskin dan ibu tunggal.


Kredit foto: Twitter


Rata-rata bersetuju dengan pendapat ini kerana pernah berhadapan dengan masalah sebenar. Pelbagai jenis borang perlu diisi semata-mata untuk mendapatkan bantuan. Itu belum dikira perlu mendapatkan pengesahan ketua kampung dan kesemua ini memakan masa berbulan-bulan pula prosesnya.
Menurut netizen, proses untuk mendapatkan bantuan zakat agak sukar berbeza dengan proses umat Islam berzakat pula sangat mudah hinggakan setiap ceruk bandar pun mempunyai kaunter zakat ini. Hal ini membuatkan ramai berasa sistem pengagihan sebegini tidak relevan dalam situasi sekarang.

Kredit foto: Carian Internet

"Ada 8 Asnaf Zakat menjadi penerima zakat. Antaranya ialah fakir, miskin, mualaf, amil, riqab, gharimin, fisabillah dan ibnu sabil. Jadi, sebelum mengata, mohon buat kajian terlebih dahulu. Jika bantuan badan zakat agak lambat, apa kata korang dulu yang beri bantuan."

Bagaimanapun, ia dibangkang oleh segelintir netizen yang menegaskan bahawa maksiat dan zakat adalah dua perkara berbeza. Jadi ia ditangani oleh dua badan berlainan, maka tidak adil untuk mengaitkan antara satu sama lain. Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri bertanggungjawab untuk menangkap mereka yang berkhalwat manakala Lembaga Zakat/Pusat Zakat/Baitumal pula menangani pengagihan zakat.
Kredit foto: Carian Internet

Namun tidak kesemua proses pengagihan zakat mengambil masa yang lama. Mungkin juga ia mengambil kira tahap kecemasan pengadu bagi membolehkan mereka mendapatkan bantuan. Jadi, janganlah menyamakan tindakan mencegah maksiat yang dilaksanakan dengan proses pengagihan zakat. Kedua-dua perkara tersebut dilakukan oleh dua badan berbeza.


Kredit foto: Carian Internet

Mungkin ramai yang tidak mengetahui fungsi badan-badan kerajaan. Oleh sebab itu, menjadi tanggung jawab pihak tersebut sentiasa memberi kesedaran tugas mereka dan lebih mesra dengan orang awam bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Dalam masa sama, orang awam diharapkan turut rajin membuat kajian terlebih dahulu sebelum menunding jari. - CARI 
20

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
17

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 9-10-2018 01:46 PM
Beza tuh..tp kalau boleh,bab agihan zakat tu,pegawai pegi tgk cpt2,supaya tak terseksa org y betul2 memerlukan bantuan tu..y khalwat ni ok ler,cegah maksiat,nti x psl2 byk baby kne buang merata2..sadis woah,drpd zina dah jd pembunuh..
Quote rosasen 9-10-2018 02:00 PM
kalau lambat attend org report khalwat mmg melepas la...lagi2 kt hotel. mesti sempat lari..
yang bg zakat tu plak mesti la nk kena cek betul2 sebab ada kes si polan2 ni byk je dpt bantuan.
aku tau sbb aku pernah tgk rekod bantuan tu..

silap besar la buat comparison mcm ni
Quote tom2 9-10-2018 02:11 PM
salah tu. patut buat comparisan kejar khalwat dengan kejar lelaki yg culas bagi nafkah kat anak2.
Quote chandrahusin 9-10-2018 03:08 PM
ye.. patut cari bapak2 yg culas bagi nafkah, kahwin lain smpai anak bini terabai
cari sekali mak2 yg sibuk berboifren smpai anak terbiar smpai mati kena dera dek boifren bagai
yg ni kalau dicari dirotan sekali aku rasa boleh selesai separuh dr masalah moral
sbb masalah moral ni byk bermula dr keadaan famili yg tak stabil
Quote tagas 9-10-2018 09:14 PM
kena la semak betul2

either betul2 susah melarat

mudah2 je nak bg bantuan

berdedai la esok biawak idop

bikin wayang idop susah melarat

anak berderet kecik2

pd hal sendiri pemalas
Quote whitePoison 9-10-2018 09:55 PM
Dah kenape nak samakan kes khalwat dengan bantuan zakat..Benggong
Quote MarryPottet 9-10-2018 10:46 PM
so kita perlu swap penguatkuasa jabatan agama ke pusat agihan zakat supaya proses pemberian zakat kpd asnaf jadi pantas, sepantas mereka serbu pelaku maksiat. while staff zakat pulak bila pindah ke bhg penguatkuasaan maksiat, mereka akan bergerak mcm three-toed sloth masa serbuan. boleh gitew?
Quote ffbeauties 10-10-2018 12:41 AM
Aku lebih suka kalau jabatan agama ambil berat kes makhluk makhluk yang ambil title ustaz utk menyeleweng. Contoh ustaz 'pengamal rawatan alternatif', ustaz tahfiz, ustaz jual jus bacaan surah al quran dll. Dorang giat duk tipu org kiri kanan, tipu duit, rogol cabul liwat.
Lebih berat lagi memesongkan akidah.
Pernah tag jabatan agama pasal ustaz yg duk tipu org buat rawatan alternatif haram tak ada tindakan.
Kalau kes khalwat mesti laju kan
Quote batmana 10-10-2018 07:15 AM
tagas: kena la semak betul2 either betul2 susah melaratmudah2 je nak bg bantuanberdedai la esok biawak idopbikin wayang idop susah melaratanak berderet kecik ...

betul tu
aku sndiri trlibat bagi bantuan kt org miskin. psl duit bukan duit sndiri.itu amanah.ramai yg trrima bantuan zakat jkm ade yg salah gune beli smartphone bagai
dh jadi mslah.tu yg amik masa nak bagi bantuan
Quote obses_budak 28-11-2018 03:46 PM
Anak kau main..kerajaan kene sport cek...
Kau as mk bapak tau main beranak je...Ank kau main gn jantan betina pun tk tau...
(kata ada acik sebelah masa tunggu bapak ambik ){:hooray{:nose

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.052366 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top