CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cadang Cuti Sekolah Berperingkat Elak Kesesakan

10-10-2018 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4993| Komen: 59

"Berbanding cuti sekolah selama seminggu untuk seluruh negara, kita boleh mengagihkan musim cuti selama tiga minggu."

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mencadangkan supaya cuti sekolah dilaksanakan secara berperingkat, lapor The Star.

Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, langkah itu bagi mengurangkan masalah kesesakan di beberapa kawasan tumpuan pelancong tempatan ketika musim cuti persekolahan.


Kredit foto: Berita Harian

"Kami mencadangkan musim cuti sekolah dilaksanakan secara berbeza untuk wilayah pantai utara, selatan dan timur," katanya.


Tambah beliau, pihaknya sedang merangka cadangan itu yang akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran bagi mempertimbangkan penjadualan musim cuti sekolah yang berbeza bagi seluruh negara.

Jika dilaksanakan, masalah kesesakan dapat dikurangkan, sekali gus menggalakkan pelancongan domestik.

"Kita juga akan mempunyai pengurusan lalu lintas yang lebih baik dan pemain industri pelancongan tidak perlu menghadapi situasi 'feast or famine'.

"Laporan itu hampir siap. Kami memperoleh semakin banyak data.

"Jika kita katakan Cameron Highlands sesak semasa cuti persekolahan, berapa sesak keadaan yang berlaku?

"Dalam era data besar (big data) ini, kita harus teliti mengenai apa yang kita cadangkan," ujarnya.

Cadangan itu bagaimanapun tidak termasuk cuti akhir tahun yang lebih panjang, sebaliknya ia terhad untuk cuti sekolah pertengahan tahun pada bulan Mac, Jun dan September yang lebih pendek.

Menurut Muhammad Bakhtiar, cuti berbeza telahpun dilaksanakan di beberapa negeri seperti Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu yang melaksanakan cuti hujung minggu berbeza iaitu pada Jumaat dan Sabtu. - CARI
17

Bagus
21

Marah
15

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 10-10-2018 10:46 AM
setuju! klu tak time cuti sekolah je jem. ok kot klu dijalankan secara berperingkat
Quote shernazz 10-10-2018 11:11 AM
Dedolu iols suka cuti skola sebab boleh balik kampung n main dgn sepupu sepapat sambil jenjalan.di gua kerbau naik beskal...adoi l
How time flies....rindu btol zaman bebudaks....
Kalau berperingkat...naseb la.bebudak skang...hehehe...
Quote edoraixora 10-10-2018 11:13 AM
kat timeline fb aku, ramai cikgu x setuju
salah satu sebab, susah nk gathering, kenduri kendara bagai
Quote Melorqe 10-10-2018 11:17 AM
Kalau sorang anak belajar kat utara mak pak kat selatan.
bayangkan mcm mana mak pak nak melawat anak?
sekarang ni weekend pun jem juga, mak pak asik melawat anak kat asrama tiap minggu.
sebab tu la kena majukan perkhidmatan awam, supaya orang tak la guna kereta setakat nak pi makan2 kat negeri sebelah.
Quote fox. 10-10-2018 11:21 AM
kakak setuju jah
Quote talapia 10-10-2018 11:22 AM
hmmm... nak setuju ke tak setuju ek? Hahaha...

bab susah nak berkenduri kendara tu ada betul gakla... tapi bole je buat on weekends kan... xyahla aim cuti skolah manjang. Ini asal cuti skolah... aku jadi malas nak bercuti.. sebab sana sini for sure jem. Dah bertahun2 plan nak ke Cameron.. anak2 aku yg kekecik x pernah sampai.. tapi sejak abg kakaknya dah sekolah... so klau nak bercuti kena tunggu cuti sekolah.. Cameron Highlands adalah tempat paling berisiko nak pegi. Kang ada duduk dalam kete aje berjam2 kt atas nun
Quote saladin780 10-10-2018 11:25 AM
Ada pro n kontra jugak cadangan dia nih..tp antara kebaikannya..kurg skit sesak kt cameroon, melaka etc semua tu time2 cuti skolah
Quote belon 10-10-2018 11:31 AM
Tak sesuai.. Bukan semua setempat.. Tlg cari alternatif lain
Quote xy_daen 10-10-2018 11:32 AM
Setuju sesangat...
Quote seri_mawr 10-10-2018 11:36 AM
susah nak jumpa semua keluarga...
lagi satu...buatnya anak org tu dok boading school kat utara..adik beradik lain kat selatan dgn mak pak...
udahnya takde masa bercuti bersama....

aishh....x setuju akak...biar la sesak seketika...at least masa bersama keluarga tu ada...
blm cerita kenduri kendara lagi....

asihhh.....ada cadagnan yg lebih practical tak..??
Quote sarahmirza 10-10-2018 11:38 AM
Sebab anak i takde yang sekolah asrama jauh sana sini merata, i setuju aje..

Quote CardiGans85 10-10-2018 11:44 AM
Walaupun ada kebaikannya tetapi aku kurang setuju sebenarnya. Susah nanti nak berkumpul. Habis tu cuti raya aidilfitri pun nak berperingkat? Mesti semua orang tak nak kan....

Cari la alternatif lain.
Quote tensic~ 10-10-2018 11:58 AM
So klu anak sorang sekolah kt kelantan.. sorang kt johor.. mak kt kl.. bila semua org bole berkumpul
Quote leylapple 10-10-2018 12:19 PM
aku setuju jer... senang tak mahal tiket kapal terbang
Quote annabellaruz2 10-10-2018 12:24 PM
edoraixora replied at 10-10-2018 12:13 PM
kat timeline fb aku, ramai cikgu x setuju
salah satu sebab, susah nk gathering, kenduri kendara bag ...

aku pun tak rasa setuju sbb susah sepupu2 nak gathering & plan family day atau kenduri-kendara.

Quote annabellaruz2 10-10-2018 12:24 PM
yg cadangkan ni tak de sedara mara lain2 negeri ke??
Quote annabellaruz2 10-10-2018 12:27 PM
seri_mawr replied at 10-10-2018 12:36 PM
susah nak jumpa semua keluarga...
lagi satu...buatnya anak org tu dok boading school kat utara..adi ...

biarlah bersesak sesama di atas jalan rasa sambil bergurau senda adik beradik mak pak..(tp selalu yg dengar maki hamun jer sbb jammed..ahahaha)

Quote SWORKS27 10-10-2018 12:28 PM
sebab nak elak kesesakkan je, cadang cuti sekolah peringkat2???

come on la menteri PH....x kan tu aja solution dia??
cuti peringkat2 ikut negeri sekalipun, percaya la..jem tetap akan berlaku kat mana2 tempat..

cuba menteri spesifik sket tempat yg terkesan sangat2 jem sampai keluar cadangan nih???

Quote pasuoren 10-10-2018 12:32 PM
SWORKS27 replied at 10-10-2018 12:28 PM
sebab nak elak kesesakkan je, cadang cuti sekolah peringkat2???

come on la menteri PH....x kan tu ...

hahahaha...
kan..

takyah cadang cadang le...
buat je teros..

kan ke ke kerajaan baru ni ramai yang bijak pandai lulusan universiti

hanya projek kerajaan lama dan manifesto je yang nak kaji balik..

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.126948 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top