CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Durjana Penggal Kepala, Kerat Badan Bapa Ditahan Reman 7 Hari

10-10-2018 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2119| Komen: 12

Semalam berlaku satu kes pembunuhan kejam membabitkan seorang lelaki yang disyaki membunuh bapanya dengan mengerat badan kepada enam bahagian dan memenggal kepala di Kampung Kanthan Baru di Chemor.


Kredit foto: www.utusan.com.my

Susulan itu, FMT melaporkan suspek dibawa ke mahkamah pada pukul 11.05 pagi tadi dengan diiringi anggota polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan kini dilaporkan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman di bawah Seksyen117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek berusia 52 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Salwa Ja’afar di Mahkamah Majistret di Ipoh.

Lelaki yang diberkas semalam itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kanthan Baru dekat Chemor semalam, mayat, You Su Kim, 74, ditemukan di dua lokasi berasingan dengan kepala, kedua belah kaki dan tangan ditanam manakala bahagian badan pula dibuang dalam lubang pembentungan.


Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan anak lelakinya sekitar tengah malam semalam sebelum suspek cuba melupuskan mayat bapanya itu dengan cara menanam dan membuang di belakang rumah.

Pemeriksaan polis di lokasi kejadian juga menjumpai kesan darah di dalam salah sebuah bilik selain menemukan sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.- CARI
21

Bagus
11

Marah
28

Terkejut
21

Sedih
22

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (138 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 10-10-2018 04:15 PM
Dah tua2 nak habis usia dah ujung2 kena habiskan dalam penjara kalau tak habis nyawa dlm tu pun still merempat bila keluar. Best sangat ke high dadah tu uncle? {:smile
Quote Parit.Hilton 10-10-2018 04:26 PM
laaa ingatkan si anak umur 20an. dah dekat 60 dah

kesian si ayah tuuuu
Quote EvieWanKenobi 10-10-2018 04:55 PM
kesian apaknya.. nyawa melayang di tangan anaknya..
Quote bezita60 27-5-2019 06:25 PM
Anak, kenapa sekejam itu?
Quote sharlenetexas 27-5-2019 06:26 PM
Nak jadi mona fendi ke?
Quote monreyes 27-5-2019 09:12 PM
ke potong ayah dia yg dah mati...
cina ni kadang2 pelik juga...
funeral expenses  mahal...
dulu ada kes kat Perak juga kan...
bertahun2 dia simpan mayat...
sebab x de duit...
Quote Pink_Purple 27-5-2019 09:16 PM
thread lama kenapa naik balik..

tapi kejam giler la..
Quote TravellingBear 27-5-2019 09:20 PM
Siapa naikkan thread. Dah tak jadik isu semasa

Masa baca tajuk, ckp dlm ati puasa2 ni... hmm. Sekali baca kuar nama org tak puasa & tarikh pon tak semasa aihhhh... kesian la kalau dia kerat sbb tak mampu nk bayar funeral... tak pasal2 masuk penjara. Or diri sendiri pon tak mampu nak bayar duit makan. Tu yg terpk kerat mayat & dpt masuk penjara
Quote moonbug 27-5-2019 09:22 PM
Apa motif dia bunuh bapaknya?
Quote jojoe00 27-5-2019 10:24 PM
Macam2 hal sekarang ni
Quote monreyes 27-5-2019 11:32 PM
moonbug replied at 27-5-2019 09:22 PM
Apa motif dia bunuh bapaknya?

hisap syabu...
kena marah dgn bapaknya...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.192682 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top