Tular di media sosial rakaman video penjaga tempat letak kereta di sebuah hotel di ibu negara dimarahi seorang lelaki, baru-baru ini. Harian Metro melaporkan, polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada 18 September lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ruslan Khalid, kejadian berpunca apabila suspek menjadi berang selepas penjaga parkir berkenaan enggan menaikkan palang keluar. Tindakan penjaga parkir itu susulan mendapati suspek tidak membayar tiket parkir berjumlah RM3. “Kita terima laporan daripada pengadu yang juga penjaga parkir itu pada 19 September lalu.
“Mangsa tidak mengalami kecederaan serius, cuma cedera ringan di bahagian lengan," katanya. Kredit foto: FB VideoMalaysia Tambah Ruslan, pihaknya sudah mengenal pasti suspek dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ringan. - CARI
|
31
Bagus |
30
Marah |
21
Terkejut |
30
Sedih |
12
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kucen_miang replied at 10-10-2018 08:48 PM
musim dato2 mengamuk..sbelum ni kat melaka...ahhh jilaker
becir replied at 11-10-2018 07:55 AM
YH tu APA? Yang Hina?
ADVERTISEMENT