CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Patut Ke Gaji Askar, Polis Dan Bomba Lagi Rendah Dari Pemain Bola Yang Main Tak Seberapa?

11-10-2018 03:46 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 15350| Komen: 10|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Google
Setelah berlakunya tragedi malang yang meragut nyawa enam orang anggota bomba baru-baru ini, ramai yang sedar pekerjaan seperti mereka adalah berisiko tinggi. Bukan sahaja kerjaya bomba tetapi polis, askar dan pengawal keselamatan turut berhadapan dengan risiko bahaya. Tetapi hakikatnya, gaji bulanan yang mereka terima, masih rendah dan dilihat tidak wajar dengan nilai nyawa yang dipertaruhkan. 

Seorang pengguna twitter telah memuat naik status mencadangkan agar gaji yang dibayar kepada anggota bomba, polis, askar dan seangkatan dengannya dinaikkan agar bersesuaian dengan risiko pekerjaan mereka yang bertugas untuk melindungi negara daripada pelbagai ancaman termasuk nyawa dan keselamatan orang ramai. Dia juga tidak bersetuju dengan gaji pemain bola sepak yang mencecah puluhan ribu setiap bulan sedangkan mutu permainan mereka kurang memberangsangkan. 



Netizen setuju gaji bomba lagi tinggi
Nampaknya ramai netizen yang bersetuju dengan status yang dimuat naik oleh lelaki ini. Ini kerana rakyat negara ini sangat terkesan dan sedih dengan kehilangan enam anggota bomba sekaligus ketika dalam operasi menyelamat seorang mangsa yang tergelincir di dalam sebuah lombong baru-baru ini. Demi menyelamatkan satu nyawa, tetapi enam nyawa yang telah terkorban.

Kurang percaya dengan pekerja asing
Malah, netizen turut berpendapat, keselamatan orang ramai lebih terjamin jika rakyat negara ini yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berbanding pekerja warga asing. Lagipun, latihan dan kursus kepada anggota beruniform termasuk sukarelawan negara seperti RELA sentiasa diberikan agar dapat melahirkan anggota yang terlatih. 




Netizen juga yakin sekiranya gaji anggota polis, askar dan bomba dinaikkan lebih tinggi, ia dapat mengurangkan malah menghapuskan gejala rasuah dalam kalangan mereka. Malah ada netizen yang mahu gaji para menteri turut dikurangkan. 


Setiap pekerjaan mempunyai risiko tersendiri tetapi ada baiknya juga jika gaji anggota polis, bomba dan juga askar dinaikkan. Biarpun gaji yang diperolehi itu mungkin tidak setanding pemain-pemain bola sepak negara yang mampu mengharumkan nama negara tetapi, biarlah gaji mereka juga berbaloi dengan risiko pekerjaan mereka. Setuju tak?- CARI 

42

Bagus
21

Marah
18

Terkejut
16

Sedih
21

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 11-10-2018 04:23 PM
Baik ko cakap patut ke retis2 dibayar ribu2 especially penyanyi yg established nyanyi 30 minit pun terima bayaran smpai 40k-50k utk level2 tokti, dayang, nuar jen tu ? Setakat pemain bola masih penat lagi kerja diorg hari2 training n berpeluh sakan. Retis menyanyi tu lagi la. Melawa pstu nyanyi.

Baik ko ckap patut ke penulis novel mcm JK Rowling tu dpt bayaran billion2 pdehal menulis cerita fantasi je pn.

Ini dinamakan bakat dan value. Setiap manusia ada value dia. Toksah la nak banding2 kan.

Somehow pemain bola tu smpi umur 28-32 ramai dh tak boleh go on lagi ramai yg bersara. Bomba polis bersara umur brp?

Adoi la comparison mcm hapa
Quote sarahmirza 11-10-2018 04:24 PM
Pemain bola ni sepatutnya gaji ikut mata kemenangan..
Manjang kalah je dapat gaji basic.
Ada seri, ada la tambah sikit macam OT..
Ada menang, ada la bonus kiranya..

Barulah tak main macam kaki bangku..
Quote fushimi 11-10-2018 05:43 PM
Orix replied at 11-10-2018 04:23 PM
Baik ko cakap patut ke retis2 dibayar ribu2 especially penyanyi yg established nyanyi 30 minit pun t ...

ada pencen lagi tau


Quote Sang_Pencinta 11-10-2018 06:18 PM
Gaji pemain bola kerajaan ke yg bagi atau duit persatuan sukan dari kutipan tiket? Kenapa ada pemain yg tertunggak gaji sampai 6 bulan?
Quote Orix 11-10-2018 06:38 PM
fushimi replied at 11-10-2018 05:43 PM
ada pencen lagi tau

Kann... semua benda pros n cons... dh kalau bomba n polis tu terer main bola suh la dia gi jd pemain bola gaji ribu2 ada yg cecah puluh ribu sebulan... dh ko xde bakat pstu nk menyalak....

Ibarat ko xde bakat menyanyi tp ko pertikai gaji kau yg belajar smpai phd dgan bayaran tokti terima dgan bakat yg dia ada tapi dia bljr smpi spm jah. Adoi
Quote AbukRokok 11-10-2018 09:27 PM
xpatut.... askare polis bomba je dah beratus ribu org...negara hutang bertrillion lg
nk kje ...kje... xnk kje berisiko.. brenti je..jadi pemain bola
Quote pokaibanktokyo 12-10-2018 06:50 AM
Tak payah meroyan. Pemain bola yang tak bagus ...kontrak mereka tak akan disambung
Quote meteorspeed 12-10-2018 07:29 AM
malaysia nie sekali bencana skali kecoh suh naik gaji..
Quote bakingsoda 12-10-2018 01:05 PM
Sang_Pencinta replied at 11-10-2018 06:18 PM
Gaji pemain bola kerajaan ke yg bagi atau duit persatuan sukan dari kutipan tiket? Kenapa ada pemain ...

kalau main wakili skuad negara tak pasti la kerajaan bayar elaun ke cane. tapi yg gaji berpuluh ribu tu kelab yang bayar. so tak boleh la nak compare dgn bomba polis askar yg kerajaan bayar gaji.

yang saya setuju gaji menteri dikurangkan lagi 30-50%. tun m sendiri pernah cakap gaji dia sbg pm sebelum ni tak sentuh pon sebab segala mala urusan ada elaun. kerja menteri pon ape je melainkan keluar statement bodo setiap minggu, buat decision pakai lutut pon kalau rugi kerajaan tanggung bukan gaji diorang yang kena potong, mcm biasa rakyat la yang didahulukan mai tang potong sana sini. dah tahu hutang negara bertimbun tak payah la menteri nak bergaji 5 angka. dah mcm sohai pulak, kalau tgh susah anak2 yang kena berlapar tapi dia kenyangkan diri sendiri, beli data internet lagi penting dari beli makanan anak bini.
Quote kawankau 14-10-2018 12:10 AM
Agak menyampah dengan perbandingan begini.

Tapi jangan bimbang, ia topik international.... orang warna puteh pun pertikai benda ni jugak.
Maka sudah level international gitu


Pemain bola, dibayar tinggi bukan pasal dia pandai main bola.
Pasal orang sanggup bayar nak tengok dia main bola.
Apa benda pun, kalau orang sanggup bayar kau untuk buat benda tu, dapat la kau duit.
Kalau makin ramai, makin banyak la duit kau dapat.
Macam tu jugak la dengan penyanyi, pelakon, pelawak kebenda semua.
Ada yg kaya bukan pasal dia pandai menyanyi berlakon, tapi pasal orang sanggup bayar untuk
tengok dia menyanyi berlakon.

Bomba, askar, polis, jugak akan jadi kaya kalau ada org sanggup bayar nak tengok mereka bekerja.
Tapi tak... mereka bukan offer show.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035908 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top