CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Founder, Susah Ke Nak Berhati Mulia Bila Berniaga Dan Tak Menipu?"

12-10-2018 04:34 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6280| Komen: 19|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Ema Adresia
Apabila kalian mempunyai masalah kulit muka seperti jerawat, kulit kusam dan sebagainya, pasti kalian akan risau dan mula tercari-cari produk yang dapat menyelesaikan masalah kalian. Tidak dinafikan, terdapat lambakan produk untuk merawat dan mencantikkan kulit yang dijual di pasaran. Pengasas produk dan penjual masing-masing mempromosi keberkesanan produk mereka bagi melariskan jualan. 

Walaupun kerajaan ada menggariskan peraturan dan kandungan yang dibenarkan sahaja untuk dimasukkan ke dalam produk yang dihasilkan, tetapi masih ada pengasas produk yang menggunakan bahan terlarang dan berbahaya pada kulit. Ia tidak lain dan tidak bukan, untuk memberikan kesan yang cepat dan memuaskan hati para pelanggannya tanpa memikirkan akibat yang perlu ditanggung setelah kulit muka mereka rosak.  


Seorang pengguna Facebook telah memuat naik status mengenai beberapa produk yang diharamkan tetapi masih lagi dijual dalam pasaran.Dia berasa geram dengan sikap pengasas-pengasas produk yang degil dan tidak jujur dalam berniaga yang mana sanggup menipu pengguna semata-mata mahukan keuntungan untuk diri mereka.


Lagi 14 produk yang dikesan mengandungi racun berjadual yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Senarai ini telah dikeluarkan di dalam akhbar pada 10 Oktober lalu. Jadi, ia bukanlah khabar angin atau fitnah yang disebarkan ke atas pengasas-pengasas produk tempatan.  

Contoh beberapa produk berbahaya yang telah disahkan oleh KKM

Masih banyak produk berbahaya yang dikesan
Netizen sedar yang masih banyak lagi produk kecantikan timbang kilo dijual dalam pasaran. Ini bermakna, orang ramai masih terpengaruh dengan iklan-iklan yang dikeluarkan dan ghairah untuk memiliki kulit yang cantik dengan kos yang murah. Pada awal penggunaan memanglah kulit semakin cantik, tetapi ia hanyalah sementara dan lama kelamaan kulit akan rosak teruk. Jadi, lebih baik elakkan. 


Netizen degil masih mahu guna
Ada beberapa orang netizen yang merupakan pengguna kepada produk-produk yang disenaraikan itu berdegil dan masih berani untuk meneruskan penggunaan walaupun ia berbahaya kepada mereka. Mungkin mereka teruja dengan kesan baik produk tersebut kepada wajah mereka sehingga sanggup mengguna dan menangguh untuk berhenti memakai produk tersebut. 


Jadi, berhati-hatilah memilih dan membeli produk-produk yang dijual dalam pasaran. Jangan disebabkan harganya yang murah dan mampu milik serta teruja melihat testimoni yang ditunjukkan, kalian mudah terpengaruh. Apabila kulit sudah rosak atau berlaku kemerosotan kepada kesihatan badan, lagi besar kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat. Setuju tak? - CARI

24

Bagus
24

Marah
34

Terkejut
29

Sedih
38

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (179 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 12-10-2018 04:53 PM
Sebab mereka hanya fikirkan untuk dapat keuntungan bukan nak buat kebajikan sebab tu jadi sebegitu
Quote Foxey 12-10-2018 04:59 PM
it is safer to buy products that have been in the market for a long time. jenama pun orang kenai.
Quote syidasaleh 12-10-2018 05:19 PM
Serupa je semua
Quote ayjay 12-10-2018 07:59 PM
Padan muka siapa beli ni semua.
Quote sapeka 12-10-2018 08:45 PM
gigih p beli buat pa?
beli kat guardian n watson abis cite
Quote debab76 13-10-2018 07:50 AM
packaging very the kg.com
Quote judicata 13-10-2018 08:03 AM
sebab tu aku tak penah beli produk yang tetiba muncul mcm cendawan selepas hujan.

aku beli apa yg kat kedai watson/guardian or beauty shop eg sephoran or hermo ja...
Quote mehmet 13-10-2018 08:05 AM
Keyword Jangan Percaya Muka2 Founder. Itu semua Muka Playdoh.

List komestik Yg guna bahan terlarang ini kena post di sini. Update everytime KKM post di akhbar.
Quote SalenaGomez 13-10-2018 08:38 AM
Produk timbang kati ni mana ade murah...mahal laaa...cream nye skit je...bekas je nampak mcm besar
Quote BedahBedul 13-10-2018 08:43 AM
Syma magical serum tu produk yg founder dia syima_eima tu ke? Wow putih melepak & kaya raya hasil jual produk timbang kilo kah?
Quote hyie 13-10-2018 10:58 AM
diorang sendiri pon tak pakai produk yang dia jual la...yang ko gigih sangat beli tu dah kenapa nyah?
Quote diss69 13-10-2018 11:23 AM
Walaupun kulit gelap akk rela n redho dari pakai produk2 tmbg kati ni..
Quote chicozinn 13-10-2018 02:31 PM
Aku berharap yg tokey2 produk timbang kati ni akan tumbang & papa kedana sumenye..bukan sebab aku dengki ngn peniaga meleis tapi deyyollss ni la setan dalam diam sbb mendatangkan kemudaratan kat pengguna..yg pengguna pn bongok g guna produk meleis watpe??
Quote makita 13-10-2018 04:22 PM
Wpon byk kempen kt fb..sokabar...percaya la msih ade lg yg baru nk beli n guna produk mercuri ni. Mmg heran samade sejenis ngok xleh pk atau mmg betul2 x tahu.
Quote LostStar 14-10-2018 02:42 AM
makita replied at 13-10-2018 04:22 PM
Wpon byk kempen kt fb..sokabar...percaya la msih ade lg yg baru nk beli n guna produk mercuri ni. Mm ...

Cara menanganginya.. kkm tampal poster produk2 yg dah kne banned ni kat hospital atau klinik dorg.. plus dengan muke yg breakout akibat produk2 onar ni.. baru ramai terkesan..  ni takat pos kat fb dengan website.. apa la sangat.. hanya kaki on9 jek yang ngadap.. kalau buh poster tampal kat semua ceruk kg tu hah.. kompemmm sedikit sebanyak akan timbul kesedaran dari masyarakat.
Quote chinta89 14-10-2018 08:51 AM
penjual karisma cosmetic kat fb ak duk meroyan, perli2 netizen.... sentap ooooo sb diorg stokis.
Quote mehmet 14-10-2018 04:11 PM
Boleh post itu List Komestik Berbahaya. Sakit barai muka tanggung sendiri. After sales service haprak.

Baik post List itu pasal tak nak thread begini kena humban kena archive. Pasal apa product2 mereka Hencap.

Quote mohdcrow 10-3-2019 02:14 AM
nak dipandang tinggi melalui kekayaan
Quote ninu 21-3-2019 02:59 PM
lepas sy stop pakai jerawat timbul banyak gila..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.277370 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top