Jika suatu ketika anda masih mengingati rancangan kanak-kanak anda. Adakah anda masih mengingati lagu temanya? Pernah suatu ketika dulu anda sempat menyanyikannya bersama-sama adik-beradik dan rakan-rakan anda.Ayuh! Apa tunggu lagi , mari menggamit kenangan Ini senarai lagu tema rancangan kanak-kanak 90-an untuk anda mengimbau kenangan. Ada yang masih ingat liriknya, ke tu?
Kluangman
Bagi kanak-kanak yang pernah membesar pada tahun 90-an, sudah tentu kartun animasi tempatan ini pernah menjadi kegemaran mereka. Kartun ini mengisahkan tentang dua orang jejaka dari hospital gila, menyelinap keluar dari hospital pada waktu malam untuk menjadi superhero bagi membanteras jenayah. Lagu temanya menjadi salah satu kegemaran untuk kanak-kanak hingga sekarang pun masih ada yang mengingatinya. Kalau lihat di laman Youtube, anda akan menjumpai segelintir yang cuba membawa lagu ini dengan cara yang tersendiri.
Doraemon Haa! Tidak dapat dinafikan, dari zaman
kanak-kanak anda ke anak-anak anda, pasti meminati kartun animasi ini . Ini
jelas terbukti apabila kartun bersiri dari Jepun ini menjadi salah satu kartun
yang masih ditayangkan di kaca TV Malaysia sehingga ke hari ini. Tidak mustahil lah, jika anda begitu
mengingati lagu temanya disamping mengingati barang ajaib dikeluarkan dari poket Doraemon
untuk membantu Nobita yang dalam kesusahan.
Sailormoon Jika kini kanak-kanak perempuan menggemari lagu dan watak Anna Elsa, tidak kurangnya kanak-kanak 90-an. Mereka gemar meniru karakter dalam kartun ini sehinggakan membawa mereka menyanyi bersama-sama sambil membuat gaya Sailormoon saat mendengar lagu temanya. Inilah salah satu kartun menjadikan 5 gadis dengan kekuatan super dari elemen-elemen alam dan tata suria melawan musuh dari kegelapan.
Power Rangers "Go! Go! Power Rangers..." masih terngiang-ngiang intro lagu dari cerita ini. Rancangan ini merupakan rancangan bersiri kanak-kanak yang pernah ditayangkan di TV Malaysia dengan pelbagi versi. Kepada anda kaki Power Rangers, sudah pasti anda masih ingat beberapa versi Power Rangers costum yang berbeza tetapi warnanya masih sama. Antaranya, Power Ranger Ninja Storm, Power Rangers: Lost Galaxy dan banyak lagi. Malah yang paling terkini adalah, filem Power Rangers Shattered Grid.
Scooby Doo Scooby Doo, kisah seekor anjing yang boleh
berbicara bersama-sama dengan 4 remaja telah mengembara dengan sebuah van yang dinamakan
"Mystery Machine". Bagi kanak-kanak yang menggemari cerita ini, tentu
sahaja mereka mengingati lagu temanya di samping jalan cerita bergenre misteri yang berkaitan dengan hantu dan
kekuatan ghaib yang mana pada akhir setiap episod, kekuatan ghaib itu
ternyata mempunyai suatu penjelasan yang masuk akal.
ALONG Seterusnya, lagu tema dalam cerita ini juga
pernah menjadi hafalan kanak-kanak pada suatu ketika dulu. A.L.O.N.G adalah sebuah
rancangan dalam bentuk hiburan yang memberi pengajaran dan pelajaran kepada
kanak-kanak. Rancangan ini juga menggunakan maskot kucing sebagai daya tarikan.
Comel betul bila melihat watak kucing adik-beradik iaitu Along, Angah dan Acik
ni. Ada yang rindu dengan lagu A.L.O.N.G ? Tahukah anda orang di sebalik maskot Along kini
merupakan seorang pelakon terkenal? Orang itu adalah Beto Khushairi.
Crayon Shin Chan Ingat lagi watak kanak-kanak yang nakal ini? Crayon Shin Chan mengisahkan tentang kanak-kanak berumur 5 tahun yang mempunyai gelagat lucu dalam penggunaan bahasanya yang kadang-kadang salah ,serta perangainya yang nakal. Oleh itu cerita ini pernah memberi kontroversi, kerana ibu bapa menganggap karakter Shin Chan boleh memberi contoh yang tidak baik kepada anak-anak mereka. Apapun lagu temanya masih boleh mengingatkan kita kepada kartun comel ini.
Anda masih ingat lagu tema kartun kegemaran anda, tetapi tidak disenaraikan? Jom share. Inilah masanyanya untuk anda menggamit kenangan... - CARI |
17
![]() Bagus |
14
![]() Marah |
22
![]() Terkejut |
27
![]() Sedih |
16
![]() Lawak |
24
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 22-10-2018 04:21 PM
ak dlu minat Usop Sontorian... dia ade lagu tema ke idok? iols dh x ingat
mieymiey replied at 22-10-2018 01:44 PM
Lagu Frootees mana?
Frootees sahabat setia
hotmak replied at 22-10-2018 02:03 PM
lagu pink panter, rasa semua tau kot
Artemesiaa replied at 23-10-2018 10:53 AM
Thunder cars ngan siti sifir tak da ke
ADVERTISEMENT