“Saya baru saja telefon Dr Mahathir memaklumkankan beliau (keputusan PRK). Beliau menyatakan cukup bangga dengan keputusan malam ini."
Astro AWANI melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian selepas diumumkan sebagai pemenang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, malam tadi. Anwar yang menyifatkan kemenangannya itu sebagai di luar jangkaan berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad 'cukup bangga' dengan kemenangan Pakatan Harapan malam tadi. Sementara itu, FMT melaporkan, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Malaysia amat memerlukan Anwar sekarang.
“Orang boleh buat apa saja, tetapi tidak boleh cabar kehendak Tuhan. Beliau telah dipenjarakan, didakwa melakukan bermacam-macam. “Ini kehendak Tuhan untuk beliau memimpin negara. “Saya menantikan beliau kembali ke Parlimen kerana ia lebih mudah bekerja dengan Anwar dalam hal ehwal negara,” katanya kepada FMT. Manakala, peguam Siti Kasim berharap Anwar belajar cara rendah hati. “Saya harap beliau belajar cara rendah hati dan memahami kelemahannya dalam kerja itu. Saya harap beliau berubah dan memahami Malaysia untuk rakyat Malaysia. "Anwar perlu memimpin orang Melayu keluar daripada kehidupan berdasarkan agama melampau dan ke dalam kemodenan. “Ini masanya untuk beliau berbuat demikian,” katanya. Pada PRK itu, Anwar diumumkan menang dengan majoriti besar 23,560 undi dan keputusan itu sekali gus akan menyaksikan Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin ini. - CARI |
38
Bagus |
52
Marah |
20
Terkejut |
41
Sedih |
28
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 14-10-2018 11:21 AM
mcm ni ke kassem?
"Anwar perlu memimpin orang Melayu keluar daripada kehidupan berdasarkan agama melampau dan ke dalam kemodenan.
AbukRokok replied at 14-10-2018 11:21 AM
mcm ni ke kassem?
AbukRokok replied at 14-10-2018 11:21 AM
mcm ni ke kassem?
Orix replied at 14-10-2018 03:54 PM
Iols setuju jah dgan siti kassim.
ADVERTISEMENT