CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Runtuh Di Cameron Highland: Tiga Warga Myanmar Maut Ketika Tidur

15-10-2018 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2375| Komen: 8


Hujan lebat berterusan sejak tengah malam Sabtu menyebabkan kawasan tanah tinggi di Cameron Highland sekali lagi mengalami tanah runtuh dan hakisan.


Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3 pagi semalam itu, tiga warga Myanmar dilaporkan maut dalam insiden tanah runtuh di Batu 49 Kampung 3, Terla.

Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Astro Awani, 2 daripada mangsa adalah wanita dikenali sebagai Naing Vai, 23, dan Mu Aye Aye, 34, serta seorang lelaki dikenali sebagai Aung Thong, 23.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul berkata runtuhan tanah berlaku pada bahagian atas tebing jalan menyebabkan pondok mangsa tertimbus.

“Pondok mangsa tidak dapat dilihat akibat daripada timbusan tanah itu,” katanya dalam satu kenyataan.


Kredit foto: carian internet

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Ashari Abu Samah berkata, Thong dan Vai ialah pasangan suami isteri, manakala Aye Aye adalah rakan mereka.

"Siasatan awal mendapati semua mangsa yang dipercayai pekerja kebun sedang tidur di dalam pondok yang didirikan di kawasan tidak sah, iaitu di bawah cerun curam."

Kredit foto: carian internet

Beliau berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira 10.40 pagi sebelum 28 pegawai dan anggota, termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi untuk operasi mencari serta menyelamat.- CARI

30

Bagus
28

Marah
26

Terkejut
46

Sedih
27

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (186 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tobby 14-10-2018 09:37 PM
di penang jambatan runtuh..  cameron tanah runtuh,..   ap nak jd..  salahkan mussim hujan
Quote sepiITUindah 14-10-2018 09:55 PM
tobby replied at 14-10-2018 09:37 PM
di penang jambatan runtuh..  cameron tanah runtuh,..   ap nak jd..  salahkan mussim hujan

macam kurang sempurna ayat tu bro..
tambah ler...memacam bala sejak PH memerintah
Quote tobby 14-10-2018 10:02 PM
sepiITUindah replied at 14-10-2018 09:55 PM
macam kurang sempurna ayat tu bro..
tambah ler...memacam bala sejak PH memerintah

hilton pun runtuh
Quote insulin 14-10-2018 10:13 PM
Apabila alam sekitar mula memberontak, maka rasailah padahnya.
Quote umbut 14-10-2018 10:17 PM
Baru nak bercuti ke cameron.. terpaksa tukar plan
Quote JohnnySins 14-10-2018 10:29 PM
mukjizat Islam liberal tu ajaran yang benerrr lagi ka? wow this never gets old...wakaakakakkakakakakakkaka
Quote meklalala 15-10-2018 10:37 AM
takziah kepada keluarga ketiga tiga mangsa..risau pulak musim hujan ni masih ada lagi kawan kawan mek yang pergi hiking kat cameron..semoga semua dilindungi dan dijauhkan daripada malapelaka macam ni..
Quote chinta89 15-10-2018 01:05 PM
bahayanya              

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.047648 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top