CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilihan PKR: Rafizi Dedahkan Ahli Parti Ditawarkan RM100 Untuk Satu Undi

17-10-2018 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3468| Komen: 34

Dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang sedang berlangsung di seluruh negara, ahli parti itu ditawarkan wang tunai RM100 bagi setiap undi untuk calon tertentu.

Perkara itu didedahkan oleh naib presiden PKR, Rafizi Ramli kepada pemberita selepas majlis Amanat Rafizi Ramli Sempena Pemilihan PKR 2018 di Senawang, Seremban baru-baru ini.

Kredit foto: www.utusan.com.my

Memetik laporan Utusan Online, calon Timbalan Presiden PKR itu berkata, perbuatan itu didakwa berlaku dalam pemilihan yang telah diadakan di enam negeri sejak 20 September lalu.

“Saya tidak dapat kata sama ada ia serius atau tidak kerana perbuatan itu tidak pernah berlaku dalam sejarah PKR."

Rafizi menggesa ahli parti itu menolak mana-mana calon yang menawarkan wang untuk meraih undi dalam pemilihan PKR kali ini.


Untuk rekod, pemilihan PKR sedang dilaksanakan bermula di Pulau Pinang pada 22 September lalu, Johor (30 September), Kelantan (5 Oktober), Pahang (6 Oktober), Wilayah Persekutuan (7 Oktober) dan sebahagian Selangor (Ahad lalu).

Sehingga kini, bagi saingan jawatan Timbalan Presiden, penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang mendahului dengan memperoleh 28,972 undi atau 50.65 peratus manakala Rafizi meraih 28,225 undi atau 49.35 peratus.- CARI

10

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
16

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeed 17-10-2018 12:08 PM
Mmg pun. Aku yg bukan ahli pkr pun diorang call suruh vote dr xavier.. transportation mkn semua provided. Suruh undi je.. aku cakap tak berminat dgn politik. Dia pujuk lg. Tp mls nak layan.
Quote FailFish 17-10-2018 12:26 PM
zeed replied at 17-10-2018 12:08 PM
Mmg pun. Aku yg bukan ahli pkr pun diorang call suruh vote dr xavier.. transportation mkn semua prov ...

mcm mana boleh call tu kalau bukan ahli pkr?
Quote zorrro_03 17-10-2018 12:53 PM
mcm lah lapiji tak main wang!  
Quote tobby 17-10-2018 12:54 PM
Laaaaa  ... Kau baru tahu ke rafizi. Chegu bard dah report byk kali dah sampai dia kena pecat dari PKR
Quote JohnnySins 17-10-2018 01:16 PM
tudia rafizi ramli dah ada amanat...apa amanat dia...selagi tak jadi kerajaan selagi tu fitnah buat ceghita bohong ka??? wakakakakakakkakakakakakakak

majlis amanat rafizi ka majlis lahanat rafizi...wakakakakakakakakakakak
Quote aHoi83 17-10-2018 01:28 PM
zeed replied at 17-10-2018 12:08 PM
Mmg pun. Aku yg bukan ahli pkr pun diorang call suruh vote dr xavier.. transportation mkn semua prov ...

Adakah data peribadi kita dijual kpd geng2 politician juga?
Quote zeed 17-10-2018 01:52 PM
FailFish replied at 17-10-2018 12:26 PM
mcm mana boleh call tu kalau bukan ahli pkr?

Aku tak tau la.. yg dia call tu number yg company provide kat aku. Mungkin recycle number orang dulu2. Tapi dah dekat 10 tahun aku pakai nombor tu. Tak tau la dpt dari mana. Dia mcm nak push jugak aku pegi undi dr xavier tu. Aku cakap i'm not interested.. really.. pastu dia mcm bengang sebab aku mati2 taknak gi.. tak kuasa aku. Lagipun bukan tempat aku mengundi kut.  
Quote tobby 17-10-2018 01:58 PM
pecah sudah tembelang parti memerintah
Quote bbalik 17-10-2018 04:30 PM
bam piji nak buktikan heshe sangat bersih..
Quote aHoi83 18-10-2018 12:17 PM
Update:

Akhlak kamu rendah, beli undi kerja haprak syaitan - Anwar

Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat aduan berhubung kegiatan politik wang sepanjang pemilihan parti berlangsung dan membidas mereka yang berbuat demikian.

Mengulas pemilihan parti itu, katanya, beliau masih boleh bertolak ansur dengan pemimpin yang menjamu makan dan minum untuk penyokong yang datang dari jauh, tetapi tindakan 'membeli undi’ sama sejkali tidak boleh diterima.

“Kerja membeli undi itu adalah kerja haprak syaitan!

“Kamu tak hebat, akhlak kamu rendah. Orang sokong kamu kerana kamu ada wang.

“Kita lawan selama 20 tahun sistem ini (politik wang), dan kita tak harus izinkan ia kembali,” katanya, dalam sesi soal-jawab program Meet Anwar Ibrahim di Dewan Canselor Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, malam semalam.

Anwar turut mengaku mendapat panggilan daripada beberapa orang pemimpin yang mengadu mengenai masalah itu.

“Memang ada berlaku. Ada beberapa orang telefon saya, tetapi saya minta kemukakan bukti,” katanya.

Isnin lalu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyuarakan kebimbangan terhadap budaya politik wang yang semakin berleluasa pada musim pemilihan parti PKR.

Rafizi berkata antara sebab utama beliau mengambil keputusan bertanding jawatan timbalan presiden parti adalah bagi membendung budaya politik wang daripada terus merebak dalam PKR.

Kebimbangan Rafizi turut dikongsi oleh pesaingnya bagi jawatan timbalan presiden, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang turut menyeru anggota parti untuk menolak calon-calon yang mengamalkan budaya itu.

Golongan 'jumud, kolot dan bengis' bawa fahaman Islam sempit

Pada sesi itu, Anwar menyeru mahasiswa agar tidak terheret dengan fahaman dan pendekatan Islam sempit yang membuatkan orang lain takut terhadap Islam.

Katanya, umat Islam tidak harus melupakan prinsip kasih-sayang yang ditekankan dalam Islam terutamanya di negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

“Kenyataannya, Malaysia ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang pelbagai kaum.

“Kalau kita bawa pendekatan islam yg sempit dan terbatas, kita akan menunjukkan sikap memusuhi dan tidak menghormati budaya orang lain,” katanya.

Justeru, Anwar menekankan kepentingan penglibatan mahasiswa dalam gerakan Islam agar ia tidak hanya dikuasai oleh golongan yang disifatkannya sebagai 'jumud, kolot dan bengis’.

“Buat golongan ini, Islam itu hanya akan tertegak dengan menghukum orang. Lagi kuat sebat, lagi hebat Islam dia.

“Padahal Islam tertegak dengan kefahaman dan kasih sayang, seperti Saidina Umar al-Khatab yang pernah menggunakan wang khazanah negara untuk membayar seorang yahudi yang hidup miskin dan melarat.

“Benda ini kita tak hebahkan pula, sebaliknya kita takut-takutkan . Pendekatan kita sebenarnya yang membuat orang takut terhadap islam,” katanya.
Quote tobby 18-10-2018 12:35 PM
JohnnySins replied at 17-10-2018 01:16 PM
tudia rafizi ramli dah ada amanat...apa amanat dia...selagi tak jadi kerajaan selagi tu fitnah buat  ...

Rafizi Ramli dirujuk ke JPP ? Adakah Rafizi akan dikenakan tindakan disiplin seperti digantung ?

Ternyata dia lakukan perkara Yang dia sendiri pernah kata Salah iaitu Komen negatif proses Pemilihan Parti Dalam media.... Kan dia cakap kena ikut saluran betul ....


Quote JohnnySins 18-10-2018 12:37 PM
tobby replied at 18-10-2018 12:35 PM
Rafizi Ramli dirujuk ke JPP ? Adakah Rafizi akan dikenakan tindakan disiplin seperti digantung ?
...

fizi kalah ka? saya tak follow sangat pemilih parti penduboq2 sotong ni..wakkakakakakakak
Quote tobby 18-10-2018 12:38 PM
aHoi83 replied at 18-10-2018 12:17 PM
Update:

Akhlak kamu rendah, beli undi kerja haprak syaitan - Anwar

bang non mcm dah jumpa lesen nak buang azmin protege mader jerr
Quote tobby 18-10-2018 12:39 PM
bbalik replied at 17-10-2018 04:30 PM
bam piji nak buktikan heshe sangat bersih..


Quote alesandra 18-10-2018 12:50 PM
zeed replied at 17-10-2018 01:52 PM
Aku tak tau la.. yg dia call tu number yg company provide kat aku. Mungkin recycle number orang du ...

xavier tu dari puak jemin kartelsetakat phone call tu belum lagi dianggap politik wang kot.sbb takde unsur2 rasuah.tapi yg bodoh baghalnya apakes pegi kempen kat bukan pengundi.dahla jahat bodoh pulak tu
Quote alesandra 18-10-2018 12:54 PM
tobby replied at 18-10-2018 12:38 PM
bang non mcm dah jumpa lesen nak buang azmin protege mader jerr

kalau jemin menang pun bukan menang selesa.surprisingly menang takat 700 undi je kat selangor setakat ni.itu belum lagi citer rapiji dah menang 3 negeri ultra melayu.senang2 ka bakal pm?
Quote tobby 18-10-2018 12:57 PM
alesandra replied at 18-10-2018 12:54 PM
kalau jemin menang pun bukan menang selesa.surprisingly menang takat 700 undi je kat selangor seta ...

oleh chegu bard

Saya pernah dedah penipuan pemilihan dengan bukti, hantar aduan rasmi maka parti gantung saya kerana kononya guna media beri imej buruk pada parti.

Ini Rafizi Ramli jelas guna media tanpa bukti dan aduan rasmi buat tuduhan.. kenapa take digantung .... Adakah PKR amalkan 'double standard' ?

Tanya je jangan lah marah ye ......

Nota kaki : bagi kupon makan sedap kepada pengundi pula macam mana ya ? Tu kira sedeqah amal jariah ke ?

INGAT ! Isunya bukan kartel atau kartun tapi keADILan... Yang Salah tetap Salah walau siapa buat... Yang betul tetap betul walau siapa buat

Satu lagi ingat kes Kata MB Selangor (pejabat) terlibat rasuah seks.... Suruh dedah sampai sekarang senyap.....





Quote tobby 18-10-2018 12:59 PM
Ini namanyaaa...
DEMOKRASI Terpimpinnnn...
Quote alesandra 18-10-2018 01:03 PM
tobby replied at 18-10-2018 12:57 PM
oleh chegu bard

Saya pernah dedah penipuan pemilihan dengan bukti, hantar aduan rasmi maka part ...

kupon tu tak jelas.betul ke pada pengundi atau pada team dia.kartel nak report ...report lah.sama gak rapiji ada hak nak report guna duit beli undi

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.300027 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top