|
Seorang anggota bomba cedera akibat terkena renjatan elektrik ketika memadamkan kebakaran kedai runcit di Lido, Kota Kinabalu, kira-kira jam 12.40 malam tadi.
Harian Metro melaporkan, anggota berkenaan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) selepas diberikan rawatan awal di lokasi kejadian oleh pasukan Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan (EMRS). Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu berkata, 21 anggota bersama dua jentera, satu lori tangki dan EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 12.44 tengah malam. “Api dapat dikawal 19 minit kemudian dan kebakaran membabitkan satu lot kedai menjual barangan runcit. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Difahamkan, anggota berkenaan dilaporkan kini dalam keadaan stabil. - CARI
|
|
29
![]() Bagus |
18
![]() Marah |
14
![]() Terkejut |
16
![]() Sedih |
17
![]() Lawak |
20
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.164551 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.